Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, February 19, 2009

Mahaguru58 berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Siri Pertama.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Pada 9hb yang lalu, tergerak hati ini untuk terus memandu ke arah Negeri Melaka bekas Empayar Kesultanan Melayu selepas makan tengahari bersama isteri tercinta kerna memang tabiat saya begitu, membuat keputusan diluar jangka pada saat terakhir...hehehehe..

Selalunya bila cuti umum, saya akan membawa buah hati saya berjalan ke sana sini mengikut keadaan dan gerak hati.

Memandangkan saya ni 'hero bunga' sampai bila bila, makanya saya mengajak isteri tercinta pergi bersiar siaran 'Jalan Jalan Cari Makan'. Beliau pun bersetuju. Alhamdulillah! :)

Niat asalnya hendak bawa buah hati pergi makan 'Ikan Bakar' di Port Dickson tetapi entah kenapa semasa memandu di Lebuhraya PLUS ke arah selatan tanahair, hati saya berkata teruskan memandu ke arah Melaka kerna sudah lama tak merasa 'Asam Pedas Melaka'.

Makanya memandangkan buah hati sudah terlena disebelah semasa memandu kereta, maka saya terasa ingin membuat kejutan padanya dengan terus menuju ke arah Melaka yang belum habis kami terokai bersama.Terus lah saya memandu ke arah negeri Hang Tuah.

Sampai sahaja ke sempadan Negeri Melaka, isteri saya dah tersedar dan beliau sedia maklum akan perangai suami! :P

Suka buat 'surprise'. Selaku isteri mithali, beliau tetap menerima keputusan saya dan tidak membantah, membuatkan saya lebih bersemangat ingin kembali ke Melaka walaupun ketika itu sudah lewat petang.

Sebaik tiba saja ke kawasan tempat meletak kereta di depan bangunan Stadhuys yang kini menjadi Muzium Negeri Melaka, kami bernasib baik kerna mendapat ruang kosong disana dan terus meletakkan kenderaan kami di sana dan kemudian pergi berjalan jalan melawat tempat tempat bersejarah dipersekitaran itu.


















Gambar ini di ambil selepas kami selamat meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Sebaik sahaja kami tiba,ada kenderaan yang keluar. Alhamdulillah!

Kami berjalan menyusur bangunan bangunan lama yang kini di pelihara sebagai pelbagai macam muzium.


















Ni gambar saya posing dekat dinding salah satu bangunan muzium disana yang bercat merah.

Agak teruja melihat bangunan bangunan pra Merdeka masih berdiri megah meniti dedaun masa dan telah melalui perubahan demi perubahan di dalam penggunaan dan fungsi premis premis bersejarah itu.

Namun keseronokan saya serta isteri menghayati pelbagai keindahan struktur bangunan bangunan bersejarah itu diganggu bunyi bising pelbagai macam lagu dan hiruk pikuk semacam Pesta Pulau Pinang atau gegak gempita Perayaan Chap Goh Mei atau Thaipusam.


















Yang menghingar bingarkan suasana adalah berpuluh puluh beca Melaka yang dihias bagaikan kavadi orang orang India beragama Hindu.


















Memang menyakitkan hati betul melihat beca beca itu dihias semberono tanpa mengambil kira nilai estetik atau ketinggian budaya bersejarah Melaka zaman dahulu!


















Tidak ada langsung ciri ciri yang memaparkan kepelbagaian budaya warisan bangsa pada cara hias beca beca tersebut.

Lihat sendiri apa yang saya maksudkan?













Tak ubah macam cara kavadi dihias di Thaipusam. Soalnya kemana menghilangnya daya kreativiti penarik penarik beca Melaka seperti dulu dulu?


















Sayang seribu kali sayang.

Sekarang ini nampak macam sarkis. Siap dengan lagu entah apa apa dipasang kuat dan tidak memaparkan langsung budaya tradisional Melaka bersejarah.

Apa salahnya mereka memainkan lagu lagu Melayu Asli, Dondang Sayang Baba Nyonya Melaka, lagu lagu Portugis, kaum Chitti Melaka?

Memang tidak kreatif langsung orang orang yang mencari makan kat kawasan bersejarah Melaka sekarang ini.

Pihak Muzium Melaka pun sama juga.

Jika saya lah Pengarah Muzium Melaka, dah lama saya arahkan para penggiat seni bangsawan dan teater untuk membuat persembahan harian di Muzium Kesultanan Melayu Melaka itu!























Apa kah kurang para pelakon dan dramatis tempatan yang mampu membawa watak watak Sultan Melaka, Datuk Panglima Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi?
















Ramai penggiat teater tempatan yang boleh dipanggil untuk menjayakan persembahan drama pendek dan para pengunjung dicaj bayaran masuk untuk menonton persembahan teater Kesultanan Melayu Melaka tersebut?

Para pengunjung ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka mesti teruja melihat persembahan seni silat Melayu terutama nya babak pergaduhan antara Hang Tuah dan Hang Jebat berhunus keris!

























Semangat pendekar Melayu mesti dipupuk dan terus disemaikan didalam hati dan peribadi setiap anak Melayu baik lelaki mahupun perempuan!

Persilatan Melayu amat kaya dengan nilai seni bela diri dan seni tempur baik bersenjata mahupun bertangan kosong!

Tiupan nafiri dan serunai perang akan membakar semangat keperwiraan pendekar Melayu menyusun dan membuka langkah sedia mempertahankan diri pabila diserang musuh dan membela nusa dan bangsa demi menegakkan panji panji Allah di Tanah Melayu ini.

Bukankah terletak pada diri kita sekarang ini untuk mempertahankan tanahair ini dari dijajah kembali baik dari sesiapa sahaja , baik musuh luar ataupun dari petualang didalam negara sendiri!

Maka saranan saya adalah untuk Melayu Melaka bangun meneruskan tradisi dan merubah sejarah bumi Melaka dengan mengembalikan Daulah Kesultanan Melaka ke tempat asal warisan Melayu Semenanjung.

Kos untuk menonton persembahan ini sepatutnya berpatutan dengan mutu persembahan teater bangsawan sepertimana yang saya cadangkan?

Tidak payah mahal sangat. Bayar RM10.00 ke RM15.00 sekepala pun dah memadai untuk menonton persembahan selama 30 minit ke apa?

Makanya penggiat penggiat seni teater tempatan terutamanya anak anak Melaka boleh mencari makan dengan mengadakan persembahan harian disana.

Seni tari tradisi Melayu Melaka juga boleh dipersembahkan kepada orang awam. Ini juga boleh membuka peluang kepada perbadanan kebudayaan Melaka untuk menghidupkan aktiviti aktiviti mereka.

Secara tidak langsung akan timbul peluang peluang pekerjaan untuk warga tempatan mengambil kesempatan untuk :
  1. Menghidupkan kenangan zaman kegemilangan Kesultanan Melaka
  2. Menyambung warisan kebudayaan Melayu Melaka supaya tidak hilang di telan zaman
  3. Menghidupkan sejarah
  4. Para pelancung asing dan tempatan dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri dan menikmati persembahan bermutu tinggi.
  5. Nilai Kesusasteraan Melayu Lama dapat terus dihidupkan dengan cara dailog dailog yang indah disebut dan dilafazkan secara zahir untuk pendengaran sekelian penonton.
  6. Seni silat Pendekar Melayu boleh terus dihidupkan dan dipertontonkan kepada para pengunjung, menaikkan martabat seni silat tempatan supaya dipandang tinggi oleh pelancung asing dan juga warga tempatan
  7. Cenderamata berupa pakaian songket Melayu, alat alat kelengkapan perhiasan Melayu seperti kerongsang, cucuk sanggul, pin tudung dan brooch boleh dijual sebagai kenang kenangan dan ole ole dari Melaka Bandaraya Bersejarah.
  8. Pelbagai macam peluang perniagaan sampingan sebenarnya boleh dilakukan secara sistematik dan berjaya sekiranya pihak Perbadanan Muzium Melaka benar benar bijak menjalankan peranan mereka untuk terus menghidupkan budaya warisan Melayu dari Kesultanan Melayu Melaka didalam ertikata sebenarnya.
Saya mempunyai pelbagai macam ilham dan idea untuk memajukan kawasan bersejarah Melaka tetapi tengok keadaan lah samada akan saya menghubungi pihak pihak berkuasa di sana nanti.

Akan saya sambung nanti dengan paparan pelbagai lagi gambar gambar menarik yang sempat saya ambil disana dan juga kisah saya ketemu teman blogger Nobisha bersama anak isteri beliau semasa saya membawa isteri saya gi makan malam menjamu selera dengan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Terapung kat Umbai.


















Sebagai penutup untuk bahagian pertama siri jelajah kami ke Bumi Melaka ini , tatapilah gambar saya beraksi dibelakang meriam tembaga ditepi kota A Famosa di Melaka.























Ready, get set.....fire!!!!




Post a Comment