Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, February 28, 2009

Mengenali Allah, Tuhan Semesta Alam yang sebenar. Bab Pengenalan.





Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Wahai anak Adam Alaihis Salam sekelian.

Seandainya anda sedang membaca artikel ini, bermakna anda berupaya membaca dan memahami Bahasa Melayu dan sadar bahawa artikel ini ditulis oleh seorang berketurunan India Muslim kelahiran bumi Pulau Pinang dan seorang insan yang membesar diperkampongan Melayu terakhir di persisiran pantai Jelutong Timur di sana.

Bagi anda yang bukan Islam, maka saya alu alukan anda supaya turut belajar tentang Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan semesta alam yang Maha Pencipta dan Maha Segala galanya.

Saya memilih untuk menulis tentang Allah Azza Wa Jalla kerana kini orang orang Kaffir Kristian sudah di izinkan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Kerajaan Malaysia untuk menggunakan perkataan 'Allah' didalam penerbitan majalah dalaman mereka didalam Bahasa Malaysia.

Selaku rakyat biasa, saya tidak berupaya untuk menentukan itu dan ini berkaitan keputusan Menteri ini tetapi selaku seorang penulis blog, saya berupaya menerangkan tentang Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada anda disini supaya lebih faham tentang Allah Tuhan Sebenar yang kita sembah dan supaya jelas tentang 'Allah' rekaan pendakyah pendakyah fahaman Kristian sedunia.

Maka marilah kita bersama sama membaca tentang apakah penerangan Islam mengenai Allah, Tuhan Maha Suci dan Maha Agung dari segala sesuatu baik yang dapat kita melihat, merasa dan memikirkannya?

Insya Allah.

Saya merujuk kepada beberapa sumber yang sahih didalam kajian saya ini. Yang pertama sekali adalah :
  • Kitab Suci Kalam Allah SWT Al Qur'anul Karim Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
  • Hadith2 Rasulullah SAW didalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim
  • Kitab Hadith Bulugh Al Maram susunan Al Hafiz ibn Hajar Al Asqalani
  • Kitab At Tauhid susunan Sheikh ul Islam Muhammad bin Abdul Wahhab
  • Kitab Taqwiyat ul Iman karangan Shah Ismail Shaheed
  • Kitab Mengenal Tuhan karangan Ulama Nusantara Syeikh Bey Ariffin
  • dan lain lain lagi.
Ya Ikhwanul Muslimin.

Dewasa ini pihak kaffir seperti Kristian amat aktif menjalankan dakyah dakyah mereka dikalangan umat Islam Melayu di Nusantara kerana di rantau inilah paling liat sekali penerimaan masyarakat terhadap doktrin dan ajaran kefahaman Kristian yang berpelbagai aliran serta bercelaru diantara satu sama lain.

Namun kita sendiri harus sadar bahawa dikalangan umat Islam sendiri terdapat perpecahan fahaman dan berlainan mazhab serta amalan disebabkan kita sendiri rajin berlawan pendapat dan senantiasa aktif mempercayai guru guru itu dan ini seraya melibatkan diri didalam pelbagai jamaah dan tariqat yang berbeza pada konsep pemahaman dan pengamalan masing masing tentang apa itu Islam dan siapakah dia yang harus kita ikuti?

Walaupun Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sudah meninggalkan bagi kita Al Quran Kitabullah dan Sunnah Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri, kita masih berdegil keras menjulang fahaman dan cara beragama masing masing yang kekadang tersasar terlalu jauh dari landasan amal ibadah yang di gariskan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri?

Sebagai manusia, kita dianugerahi Allah dengan daya pancaindera yang lima. Pancaindera itu adalah :
  1. Deria Penglihatan
  2. Deria Pendengaran
  3. Deria Bau (Mencium menggunakan hidung)
  4. Deria Rasa ( Rasa dengan lidah)
  5. Deria Sentuhan ( Dengan tangan serta kulit)
Namun segala deria ini tidak akan dapat berfungsi dengan normal sekiranya tidak disertai dengan Daya dan Kuasa Berfikir yang di anugerahi Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita dengan pengurniaan sistem Otak dimana bersarangnya kuasa akal manusia.

Daya berfikir ini lah yang kita gunakan untuk melakukan setiap sesuatu samada yang baik ataupun buruk, yang betul mahupun yang salah berikutan keputusan yang kita lakukan menggunakan akal kita yang berpusat di otak masing masing.

Bagi mereka yang mahu mengkaji akan asal usul kejadian kita, sudah tentu kita akan terpegun dan merasakan betapa hebatnya, betapa telitinya Sang Pencipta kita sehingga ke susun cara dan binaan sehalus halus sel tubuh kita ada kaedah dan caranya tersendiri!

Sebagai manusia yang hidup di akhir zaman ini, kita berhadapan dengan pelbagai perkara dan keadaan yang tidak di alami oleh mereka yang hidup di zaman zaman sebelum kita.

Dizaman zaman dahulu kita tidak akan dapat menyampaikan maklumat dan data seperti sekarang ini.

Selalunya akan dihantar penyampai berita menggunakan kuda atau berlari merentasi daerah, negeri atau negara didalam melaksanakan tugas mereka yang di amanahkan sang ketua, panglima tentera ataupun raja!

Bagi anda yang telah menonton filem 'The Message' arahan Arwah Moustapha Akkad, anda tentu akan dapat melihat perkara ini berlaku dimana Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam mengutuskan wakil wakil kepada Maharaja dan Raja Raja di ketika itu tentang amanat Islam kepada mereka.

Saudara saudari ku,

Bilamana kini telah ghairah pihak gereja Kristian untuk menggunapakai perkataan 'Allah' untuk mengganti nama 'Tuhan' seperti yang sepatutnya digunakan bagi terjemahan istilah ' God' dari dalam Bible mereka, maka saya rasa sekiranya kita tidak berupaya untuk mendesak Dato' Seri Syed Hamid Albar yang telah tunduk kepada tekanan puak Kaffir Kristian dari Gereja Katolik ini, sia sia lah hidupnya kita ini sebagai pemegang amanah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam untuk menyampaikan kepada semua walaupun hanya sepotong ayat!

Maka saya berpendapat bahawa kita sebagai Bloggers Muslim kena melipatgandakan usaha dakwah dan aktiviti penyampaian ilmu agama kepada masyarakat kita terutamanya kepada umat Islam seMalaysia supaya jelas dan faham perbezaan ketara di antara Allah Azza Wa Jalla Tuhan Sekelian Alam sebenar yang kita sembah dan dari 'Allah' ciplak Kaffir Kristian di Malaysia ini.

Ini penting supaya masyarakat Melayu seMalaysia faham dengan sebenar benar faham dan tidak terkeliru nanti bila bertemu risalah atau makalah dakyah Gereja Katolik Kristian Malaysia nanti di peti surat atau didepan pintu masing masing!

Percayalah! Perbuatan mengedar risalah risalah dakyah sebegini sudah lama dilakukan pihak mubaligh Kristian secara meluas kerana mereka mempunyai dana dan peruntukan khas bagi misi evangelis mereka.

Jamaah Islamiyyah selalunya bergantung harap kepada derma ikhlas jamaah masing masing tetapi bagi pihak pendakyah Kristian ini, mereka mendapat sumbangan dana yang amat besar dan meluas seperti dari Konrad Adeneur Foundation yang didokong oleh Christian Democratic Union dari Jerman.

Ada pelbagai lagi pertubuhan Kristian yang beroperasi disini tetapi kebanyakan dari kita tidak sedar akan kehadiran mereka kerana selalunya mereka berfungsi sebagai badan kebajikan dan tidak menonjolkan identiti sebenar mereka untuk mengelakkan tindakan dari pihak Kerajaan Malaysia yang masih berkuasa ke atas urusan hal ehwal agama rakyat negara ini.

Umat Islam Malaysia harus peka dan sedar akan segala taktik dan kaedah pihak pendakyah Kristian untuk menyusup masuk ke dalam kehidupan warga Melayu Muslim Malaysia ini secara halus.

Berikut adalah pendedahan dari website Islamonline.net tentang cara pendakyah Kristian menyasarkan umat Islam untuk dimurtadkan ke dalam fahaman mereka:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Image

"Step into Muslim neighborhoods, Muslim countries and the Muslim world," Azumah said.


Four Steps to Christianize Muslims

CAIRO — An ordained minister from Ghana recently gave participants in a high-profile international meeting of evangelicals in the US a four-step recipe to convert Muslims, The Christian Today reported on Wednesday, August 20.

"Show interest in knowing their beliefs, fears, and joys," Dr John Azumah told the Inside-Out Evangelical Conference in California last week, describing the first step.

Azumah, an ordained minister of the Presbyterian Church of Ghana, explained that Christians should do their best to get to know Muslims.

"A Muslim has a name, has a face," he said, noting that some Christians "don’t know them."

The second step, suggested the ordained minister, is for missionaries to engage Muslims as "light" not "flashlights."

He explained that some Christians tend to be like "flashlights," as they proselytize people in an imposing way.

Azumah cautioned participants at conference, hosted by the US Presbyterian Global Fellowship, that pointing light directly into people’s eyes will likely make them cover their eyes or turn away.

"Stop the flashlight approach and become lanterns.

"Do not go sniping people with Bible verses. Engage them and show that you love them before you show verses."

Gordon Showell-Rogers, the General Secretary of the European Evangelical Alliance (EEA), has called for proselytizing Muslims across Europe, considering Muslim immigration into the continent an "evangelistic opportunity."

Germany-based Evangelical Alliance distributed in last Ramadan calendars featuring special prayers for Muslims to be guided to Christianity.

Last December, the Roman Catholic Church defended its "right and duty" to spread its message to non-Christians.

"Step Out"

The third step for Christianize Muslims, Azumah said, is through sharing personal testimonies and experiences.

He insisted that such experiences are very powerful when people know the one involved.

The minister cited a story from the Bible which suggests that the personal experience of a Samaritan woman was enough reason for many from her town to follow Christ.

The forth step according to Azumah is to wait for the change to take place.

"You might have the resources; you might have enthusiasm and all the knowledge, but wait for the Holy Spirit to come to you," he told the crowd.

"It’s a spiritual business."

Azumah, who converted from Islam, urged Christians make their way into Muslim societies.

"Step into Muslim neighborhoods, Muslim countries and the Muslim world — to move into people’s cultures and learn to speak their language, not force them to speak yours."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Ikhwanul Muslimin,

Perang agama diantara Kristian dan Muslim sudah sekian lama berlangsung secara tidak di isytihar diseluruh dunia.

Di bumi Palestin dan negara negara Islam lain dimana ada pihak tentera Kaffir menakluki dan menduduki secara haram tanah tanahair umat Islam, memang ketara dan kita boleh nampak pertembungan secara zahir tersebut.

Berjuta juta umat Islam telah mati dibunuh secara terang terangan oleh puak kuffar seperti rejim Zionis yang disokong dan ditaja oleh Amerika Syarikat tetapi keseluruhan negara negara yang mengaku sebagai negara Islam tidak terdaya melakukan apa apa dan hanya menjadi buta, bisu dan kelu terhadap penderitaan warga Palestin seperti yang kita lihat berlaku di Gaza baru baru ini.

Mana dia kerajaan Negara Islam yang berani menghantar bala tentera melawan Rejim Zionis Israel itu?

Sekarang ini perang saraf sedang dilancarkan oleh pendakyah pendakyah Kristian Malaysia kerana Kerajaan Malaysia yang ada sekarang bagaikan berada di kedudukan 'telor di hujung tanduk'.

Suasana perubahan politik nesional akibat ketidakadilan kerajaan kerjaan BN sebelum ini kini menyaksikan perubahan paksi kuasa politik dari berada didalam kekuasaan Melayu Malaysia kini berkeadaan genting mungkin jatuh ke tangan gabungan Kuffar dengan pemuka pemuka Islam.

Orang orang Melayu Muslim Malaysia kini bagaikan berada di neraca yang bila bila masa sahaja mungkin berat ke arah penguasaan puak puak kuffar.

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan contoh ternyata tentang perubahan kuasa politik ini. Bilamana Kerajaan Perak Pakatan DAP-PKR-PAS menyaksikan parti DAP, sebuah parti yang diterajui oleh kuffar yang terang terangan menyeterui Ad Deenullah memenangi sebilangan besar kerusi perwakilan politik di Dewan Undangan Negeri Perak @ 18 kerusi ADUN, parti pelbagai bangsa PKR memenangi 7 kerusi ADUN dan Parti Islam seMalaysia memenangi cuma 6 sahaja kerusi ADUN, maka sudah tentu pihak Kesultanan Melayu Perak yang berkuasa ke atas negeri tersebut sudah tentu tidak mahu bermenteri besarkan seorang Kuffar memerintah kerajaan negeri mereka!

Itulah sebabnya bialamana sahaja berlaku pertualangan 3 orang ahli Kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS kepada pengisytiharan mereka bahawa mereka memilih untuk keluar parti dan bebas tetapi menyokong BN, pertimbangan kuasa politik berubah kepada BN dan membuka pintu kepada Tuanku Sultan Perak membetulkan keadaan dan serta merta memecat Kerajaan DAP-PKR-PAS untuk mengembalikan kuasa politik kepada BN (UMNO 27 kerusi + MCA 1 kerusi ADUN) dan secara dasarnya Melayu kembali berkuasa di Perak Darul Ridzuan.

Keghairahan MB dari PAS (simbolik) untuk menderhaka kepada perintah Sultan Perak untuk meletakkan jawatannya menyaksikan kerosakan imej parti PAS sebagai gila untuk berkuasa walaupun terpaksa bersekongkol dengan parti kuffar DAP diatas kesediaan untuk mengorbankan apa sahaja baik dari kesan ke atas perhitungan politik dan kuasa Melayu Islam pada jangka waktu akan datang!

Prinsip Machiaveli secara terang terangan dipraktikkan di bumi Perak Darul Ridzuan.

Itu bab politik dan kesan jangka panjang kepada percaturan politik di sana.

Kesan keputusan Dato Seri Syed Hamid Albar mengizinkan puak Kristian Katolik untuk menggunapakai perkataan 'Allah' didalam penerbitan mereka mencemarkan nama suci Allah Tuhan semesta Alam bila ianya nanti digunakan untuk menyembah Konsep Triniti ( # Tuhan dalam Satu) yang dibawa Kristian itu.

Kemana hilangnya daya pertimbangan Dato Seri Syed Hamid Albar selaku seorang Muslim didalam perkara ini?

Saya mendapat maklumbalas akan tekanan yang amat hebat dari pelbagai pihak kepada dirinya tetapi itu bukan alasan untuk mengizinkan Kuffar menggunapakai nama suci 'Allah' untuk menyembah sesuatu yang bukan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Apakah kini negara Malaysia ini telah menjadi negara dimana apa sahaja boleh dilakukan diatas tiket bebas itu dan ini?

Saya serahkan kepada Dato Seri Syed Hamid Albar sendiri untuk menanggung akibat dan natijah pemberian izinnya kepada kuffar ini tetapi saya merasa sudah tiba waktunya kita yang beragama Islam untuk bangun melaksanakan Dakwah al Islamiyyah secara total dan tidak lagi sekadar melepaskan batuk ditangga!!!

Alang kepalang hidup sebagai Muslim biarlah kita hidup dan mati di jalan Allah!

Mulai saat dan ketika ini, saya Zainol Abideen @ Mahaguru58 akan mengaktifkan aktiviti aktiviti Dakwah al Islamiyyah saya melalui Muslim Bloggers Alliance dan juga melalui rangkaian pendakwah kami di Islamic Propagation Society International dibawah pimpinan saudara seperjuangan saya iaitu Haji Kamaruddin Abdullah dan jaringan network ACCIN.

Doakan kami agar berjaya di medan jihad fisabilillah melalui usaha Dakwah al Islamiyyah ini dengan pimpinan al Ulamak al muktabar dan naungan JAKIM, IKIM, Mahkamah Syarie Malaysia dan nasihat Menteri Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri.

Saya berpegang kepada amanat Rasulullah SAW iaitu untuk berpegang kepada Tali Allah dan Sunnah Rasul serta bersama dengan semua 'Ulul 'Amri yang muktabar.

Bersama samalah kita Umat Islam seMalaysia berganding bahu merapatkan saff menyemarakkan Dakwah al Islamiyyah dikalangan keseluruhan ummah dan jamaah Muslimin na wal Muslimat di Malaysia.

Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!

Takbir!!!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Post a Comment