Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, February 10, 2009

Protes Pemuda Wilayah Persekutuan & Negeri Selangor Darul Ehsan Menentang Kebiadapan Karpal Singh terhadap Duli Tuanku Sultan Perak.

Protes Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan KL & Selangor DE terhadap Karpal Singh

14hb Safar 1430 Hijrah bersamaan Selasa 10hb Februari 2009 Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur.

Laporan Zainol Abideen @ MAHAGURU58

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sepertimana dilaporkan sebelum ini, maka saya telah pergi menghadirkan diri ke pusat Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi.

Saya memandu kenderaan kami dengan hati berbelah bagi, betul ke ada demonstrasi?

Saya berharap supaya betul lah kerana perkara mencabar Duli Tuanku ini bukan boleh diambil mudah oleh saya dan pencinta Islam sekelian kerna hal ehwal dan urusan Agama Islam dibawah amanah Duli Duli Tuanku Sultan Melayu sekelian!

Sia sia lah kita jika dayus tidak berani berhadapan dengan manusia durjana yang selama ini senantiasa mencerca, menghina dan mencabar kesyumulan Ad Deenullah di tanahair kita ini iaitu tidak lain tidak bukan si Karpal Singh yang pernah meminta maaf diatas kenyataan nya supaya 'melangkah mayatnya jika sesiapa hendak tegakkan Agama Islam di muka bumi Malaysia ini?'

Memori lama datang mengusik jiwa dan amarah saya semakin meluap bilamana semakin menghampiri tempat yang di tuju - Dataran Menara Maybank, KL.

Bilamana saya sampai ke kawasan Jalan Masjid India, saya mencari tempat letak kereta dan Alhamdulillah berjaya mendapat ruang kosong disana. Sesudah meletakkan kenderaan dan membayar yuran meletak kereta, saya berjalan menyusur Jalan Masjid India menuju ke Menara Maybank.

Pada mulanya hati saya tertanya tanya apakah benar ada demonstrasi yang di war warkan oleh urusetia Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan KL dan Negeri Selangor sepertimana di maklumkan kepada saya melalui sms tempohari?

Keraguan saya timbul bilamana saya mendapati laluan trafik seperti biasa sahaja sepanjang perjalanan saya menuju ke Menara Maybank yang dikatakan tempat berkumpul para pejuang Melayu untuk kemudian berarak ke pejabat Karpal Singh yang terletak di Jalan Pudu Lama yang tidak berapa jauh dari situ?

Betul ke ni ada demonstrasi atau saya ni dah jadi mangsa gurauan insan yang mengirim sms pada saya itu?

Macam macam lah kerisauan yang timbul didalam hati bila melihat orang kiri dan kanan macam biasa saja berjalan seperti tak ada perkara yang sedang berlaku?

Namun hati kecil saya menyuruh saya terus sahaja berjalan menuju ke kawasan Menara Maybank sebelum membuat sebarang keputusan!

Alang alang berjalan biarlah saya puas hati bahawa ada atau tidak perhimpunan pejuang pejuang tanahair pendokong Kesultanan Melayu tersebut seperti dikhabarkan pada saya?

Dalam hati saya berkata kata apakah benar atau tidak sms yang dihantar kepada saya itu?

Saya pun cuba mendail nombor 60122845222 dan menanti jawapan tuanpunya telefon tersebut. Yang saya dengar adalah bunyi bising suara suara sedang berteriak maka lega lah sedikit hati saya bahawa memang benar demonstrasi sedang berlangsung!

Si tuanpunya telefon tidak pula bersuara maka saya pun mematikan panggilan saya itu dan terus menuju ke kawasan berhadapan Menara Maybank itu.


















Terlihat saya akan kumpulan orang orang Melayu yang sesetengah dari mereka berikat kepala dengan riben warna kuning tanda mendaulatkan Sultan Melayu dan beberapa orang dari mereka memegang kain rentang yang tertera kata kata menentang Karpal Singh serta slogan slogan yang lain.


















Saya pun menghampiri kumpulan pembantah tersebut dan mula merakam video serta gambar gambar suasana protes itu.


















Ikuti lah segala apa yang terjadi melalui rakaman video saya yang sedang diproses sekarang dan akan saya muatnaikkan ke You Tube nanti.

Buat sementara ini, sila lihat foto foto rakaman saya pagi tadi.

Didalam keriuhan suasana itu saya terlihat kelibat susuk tubuh seorang rakan blogger cuma beliau ini lebih dikenali sebagai jurugambar tak rasmi mantan manusia yang mula mula menghadkan kuasa kuasa Sultan dan Raja Melayu.

Manusia itu adalah Dr.Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri kita sebelum Pak Lah Badawi.

Saya akan menulis tentang kenapa masyarakat Melayu secara amnya pada zaman Mahathir mencabut immuniti Raja dan Sultan Melayu tidak melenting seperti sekarang didalam artikel yang akan datang. Insya Allah!

Berbalik kepada rakan seperjuangan yang saya sempat bertegur sapa tadi.


















Beliau adalah jurufoto terkenal Minaq Jinggo dan saya pun memberi salam seraya menepuk belakang nya, bertegur sapa dengan beliau.


















Minaq Jinggo menyambut baik salam saya dan mempamerkan budi bahasa yang baik sekali. Alhamdulillah!

Rakan seperjuangan didalam bidang penulisan untuk ummah dan warga siber!

Semoga sentiasa beristiqamah didalam menyampaikan yang hak dan mencegah yang batil!

Amin!

Beberapa orang blogger dan ahli ahli pemuda UMNO yang turut mengenali saya telah datang bersalam dan menghargai kehadiran saya bersama sama mereka untuk membantah kebiadapan Karpal Singh terhadap institusi Kesultanan Melayu.


















Semoga protes ini memberi amaran kepada semua yang terlalu ghairah menderhaka dan berlaku biadap terhadap Duli Tuanku supaya sadar akan natijah buruk kelaku terhadap Paduka Sultan sekelian.



































Saya telah menyuarakan hasrat saya kepada pemimpin pemimpin Pemuda UMNO yang hadir tadi bahawa sekiranya mereka ingin melihat Islam tidak lagi dihina dan Ketuanan serta Kesultanan Melayu dihormati dan disegani musuh musuh Islam seperti DAP, maka tiada pilihan selain UMNO bersatu secara kekal dengan PAS dan jamaah jamaah Islam yang lain!

Mereka bersetuju dan berkata pada saya bahawa memang itu juga hasrat mereka dan sedang diusahakan.

Saya juga telah menegur mereka supaya tidak segan melaungkan Takbir kerana itulah 'slogan perang' kita terhadap seteru seteru Allah!

Didalam video saya nanti tuan tuan dan puan puan sekelian boleh melihat saat dan ketika saya melaungkan Takbir dan disambut hanya beberapa orang dari mereka!

Sesudah saya mengingatkan mereka akan bahawa sebagai Muslim mereka tidak harus segan bertakbir maka baharulah pemuda pemuda UMNO bersemangat bertakbir bersama saya! :)

Hendak seribu daya beb!

Insya Allah akan kita usahakan gabungan para pendekar dan pahlawan PAS dan UMNO sekelian!

Innad Deen na in Dallah hal Islam!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Salam seperjuangan dari hamba!

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!
Post a Comment