Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, February 17, 2009

Usul2 YB Zulkifli bin Noordin Kulim Bandar Bharu Sesi Pertama Penggal Kedua Parlimen ke 12

Tuan tuan dan puan puan,

Berikut adalah usul usul yang akan dibawa YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Selaku seorang rakan blogger didalam dunia siber, beliau meminta saya menyiarkan kepada umum sebagai makluman akan perkara perkara penting yang ada hubungkaitnya dengan kehidupan kita Umat Islam seMalaysia.

Sebarang persoalan hendaklah diemelkan kepada alamat beliau :
zul_lawyer@yahoo.com

~~~@~~~

USUL AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE 12

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya’.

[ Perdana Menteri]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat ianya berlawanan itu’.

[Perdana Menteri]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):-

‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi penganut ugama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam.

Bagi maksud penganut ugama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari ugama Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mutlak keatasnya.

[ Perdana Menteri ]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan membuang perkataan saperti berikut:-

‘…tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…’ dan diganti dengan perkataan berikut;

dan mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam hukum syara’ dan undang-undang Islam termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam’.

Dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 hendaklah dipinda bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas”.

[ Perdana Menteri ]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah memansuh dan menghapuskan semua amalan dan upacara bertafakkur yang diadakan di hadapan Tugu Negara dan semua langkah yang berkesan dan efektif diambil agar anggota tentera, polis dan lain-lain anggota beruniform tidak dipaksa dan/ atau diarah melakukan upacara dan amalan kawad hormat dan/ atau bertafakkur di hadapan Tugu Negara”


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa dan otoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja”.

[ Perdana Menteri ]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini sebagai ‘Jawantankuasa Caucus bagi Palestin’ dengan Perdana Menteri sendiri sebagai Pengerusi Caucus tersebut”.


  1. Zulkfifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya peruntukkan pembangunan berjumlah RM1,000,000-00 dan lain-lain peruntukkan yang selama ini diberikan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional juga diberikan kepada kesemua Ahli Parlimen termasuk dari bukan kerajaan menurut terma dan syarat sebagaimana yang diberikan kepada Ahlim Parlimen Barisan Nasional”.

[ Menteri Kewangan ]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah berkaitan dengan hal ehwal Islam dalam negara ini dengan tujuan unjtuk memartabatkan, memperkukuhkan dan mempertahankan hal ehwal Islam dan menamakan badan ini sebagai ‘Jawantankuasa Caucus bagi Hal Ehwal Islam’ dengan Perdana Menteri sendiri sebagai Pengerusi Caucus tersebut”.

[ Perdana Menteri ]


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dengan tujuan unjtuk memantapkan kedudukan ekonomi mereka dan menyelesaikan permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Caucus bagi Hal Ehwal Masyarakat India’ dengan Menteri Kewangan sebagai Pengerusi Caucus tersebut”.

[ Menteri Kewangan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pelajaran supaya dengan serta-merta memansuhkan pengajian matapelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris dan menggantikan ia dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajian matapelajaran tersebut”.

[ Menteri Pelajaran ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima dikesemua tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/ atau halangan”.

[ Menteri Penerangan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah 20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah dibebaskan dengan serta-merta”.

[ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat penerbangan Air Asia supaya kakitangan wanitanya terutama pramugari hendaklah berpakaian yang lebih sopan sekurang-kurangnya saperti pramugari Penerbangan Malaysia”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat Penerbangan Malaysia dan Air Asia supaya membenarkan kakitangan wanitanya yang beragama Islam khususnya pramugari dibenarkan memakai tudung menurut yang ditetapkan oleh hukum syara’ dengan pakaian seragam yang bersesuaian sebagaimana yang telahpun dilaksanakan oleh banyak syarikat penerbangan antarabangsa lain saperti Saudi Air, Emirates Airways, Brunei Airline dan lain-lain”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa didalam penerbangan sebagaimana yang telahpun dilaksanakan oleh banyak syarikat penerbangan antarabangsa lain saperti Saudi Air, Emirates Airways, Brunei Airline dan lain-lain”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat perniagaan runic Seven-Eleven (7-11) dilarang sama sekali daripada menjual arak dan/ atau apa-apa minuman keras dan yang memabukkan serta sebarang bentuk kondom dipremisnya”.

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya dengan segera mengambil langkah membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditahan kononnya atas dakwaan terlibat dengan kegiatan militant Islam saperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islam Malaysia (JI), Kumpulan Al Maunah dan lain-lain dan jika pihak keselamatan mempunyai apa-apa bukti dan keterangan terhadap mereka hendaklah mereka dengan segera dibawa ke hadapan sebuah Mahkamah yang berbidang kuasa untuk membicarakan mereka tanpa sebrang kelengahan lagi”.

[ Menteri Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya dengan segera mengambil langkah membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditahan kononnya atas dakwaan terlibat dengan kegiatan militant Hindu Hindraf dan jika pihak keselamatan mempunyai apa-apa bukti dan keterangan terhadap mereka hendaklah mereka dengan segera dibawa ke hadapan sebuah Mahkamah yang berbidang kuasa untuk membicarakan mereka tanpa sebarang kelengahan lagi”.

[ Menteri Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jame’ Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan marmar sabagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta memperkukuhkan bumbong Masjid tersebut agar dapat menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat Jumaat dan kedua Eidulfitri & Eiduladha memandangkan pertambahan jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini”.

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Post a Comment