Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 04, 2009

Bulan Dakwah Kebangsaan. Apa peranan anda sebagai seorang Muslim atau Muslimah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara Saudari seIslam dengan saya.

Semoga anda diberkati Allah Tuhan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat sedunia.

Baru baru ini puak Kaffir Kristian Katolik telah berdrama swasta dengan menuntut supaya pihak berkuasa agama Islam didalam negara Malaysia kita ini memberi izin dan ruang untuk mereka menggunapakai perkataan 'Allah' didalam penerbitan majalah dalaman gereja mereka yang berjudul Herald.

Yang kelakarnya adalah ini.

Sekian lama ini pihak Kristian Katolik ini telah beroperasi seperti biasa mereka lakukan dengan mempertuhankan makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakni Nabi Isa al Masih ibni Maryam dan kemudiannya ada pulak Tuhan Bapa dan Tuhan Ruh sebagai objek objek sembahan mereka.

Kita tak lah pula nak ambil peduli tentang sembahan dan kepercayaan Kaffir Kristian sebab kita disarankan oleh Allah Rabbul Alamin supaya kita ikut cara kita dan biarkan sang kaffir mengikut cara mereka sendiri. Rujuk Surah Al Kafirun. Al Quran Al Karim.

Sūra 109: Kāfirūn, or Those who reject Faith

Section 1 (1-6)

1. Qul ya ayyuha alkafiroona

1. Say: O ye that reject Faith!

1. Katakanlah kepada (mereka) yang Kaffir!


2. La aAAbudu ma taAAbudoona

2. I worship not that which ye worship,

2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah!


3. Wala antum AAabidoona ma aAAbudu

3. Nor will ye worship that which I worship.

3. Dan tidak pula akan kamu sembah apa yang aku sembah!


4. Wala ana AAabidun ma AAabadtum

4. And I will not worship that which ye have been wont to worship,

4. Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah (sekian lama ini)


5. Wala antum AAabidoona ma aAAbudu

5. Nor will ye worship that which I worship.

5. Atau akan kamu mahu menyembah (Allah) yang aku sembah!


6. Lakum deenukum waliya deeni

6. To you be your Way, and to me mine.

6. Untuk kamu cara (fahaman/agama) kamu dan aku cara (agama/fahaman) aku.

~~~@~~~

Setahu saya, belum lagi ada mana mana pihak Muslim di Malaysia ini pergi mencampuri urusan kepercayaan dan fahaman mana mana kelompok bukan Islam didalam negara kita.

Yang pergi meratakan kuil itu selalunya adalah pihak berkuasa tempatan yang menerima aduan dari tuanpunya tanah peribadi dan swasta serta tanah tanah hakmilik kerajaan tempatan ataupun negeri yang diterokai sesuka hati oleh pembina pembina tokong dan sebagainya.

Saya ada membaca tentang undang undang kecil mengenai hak guna tanah baik milik kerajaan ataupun swasta dimana didalam lingkungan jarak tertentu tidak dibenarkan dibina apa apa rumah ibadat yang berlainan atau pun sama fahaman dan agama untuk mengelakkan pertindihan pengaruh atau pun sengketa agama yang akan timbul bila terlalu dekat diantara satu sama lain seperti yang tercetus didalam Peristiwa Kampong Rawa, Jalan Patani, Pulau Pinang.

Makanya kini, kita melihat cara cara puak Kaffir Kristian cuba menangguk di air keruh dengan menimbulkan masaalah ingin menggunapakai nama Tuhan Rabbul Alamin untuk menggantikan istilah biasa yang mereka guna sekian lama ini.

Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz selaku Ketua Pengarah JAKIM telah menjelaskan tentang hakikat pengertian kenapa kaffir tidak akan diizinkan sampai bila bila menggunapakai istilah istilah khusus didalam teras ajaran ajaran Agama Islam seperti 'Allah', Baitullah, Kiblat, Mufti da sebagainya kerana mereka tidak berhak untuk sama sekali mempergunakan mana mana istilah Islam yang boleh mendatangkan kekeliruan tentang perbezaan Agama Islam Wahyu Allah dengan fahaman ciptaan manusia kaffir seperti pihak Kristian Katolik ini?

Tuan tuan dan puan puan,

Tidak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan kali ini JAKIM telah merancang satu sambutan secara besar besaran dibawah pimpinan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, iaitu YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan bertumpu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kontinjen dari 8 masjid disekitar ibunegara kita Kuala Lumpur akan berarak seramai sekurang kurangnya 50,000 peserta bergerak serentak menuju ke Dataran Merdeka.

Salah sebuah masjid yang disebut Dato Hj Wan Mohamad kalau tak silap saya adalah Masjid As Syakirin, sebelah KLCC.

Akan ada kontinjen pejalan kaki dengan diiringi kontinjen motor besar seramai 430 buah dan 1430 motosikal enjin rendah kapasiti @ kapcai mengiringi kontinjen kontinjen perarakan Maulidur Rasul 1430 Hijrah kali ini.

Akan ada penyampaian Anugerah Perdana bagi seorang tokoh yang dipilih dimana beliau akan menerima hadiah wangtunai sebanyak RM50,000.00 beserta sebuah trofi dari Kerajaan Malaysia di atas jasa jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan ummah.

Seramai 5 orang Tokoh Maulidur Rasul 1430 Hijrah akan menerima hadiah wangtunai sebanyak RM22,000.00 setiap seorang dan sebuah trofi kenangan majlis bersejarah ini kelak, Insya Allah.

Kriteria memilih tokoh Anugerah Perdana yang diadakan buat julung kalinya ini berdasarkan kepada :
  • Contoh terbaik kepada masyarakat.
  • Orang yang terbukti telah banyak berjasa kepada negara.
  • Orang yang terbukti menyumbang kepada keharmonian antara kaum.
  • Orang berjasa tetapi kurang dikenali massa kerana sifat rendah diri dan tawadhuknya.
Pemilihan tokoh tokoh penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kali ini dibuat melalui pencalonan.

Pencalonan ini dibuat melalui siaran di laman web JAKIM dan Jabatan jabatan kerajaan.

Daripada 100 nama calon yang diterima, disaring sampai tinggal hanya 8 orang dan kemudiannya ditapis sehingga tinggal hanya 6 orang tokoh terbilang dan yang benar benar layak menerima penghargaan dari pihak berkuasa agama Islam Kerajaan Malaysia.

Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1430 Hijrah dibuat diatas arahan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri mengenangkan pengorbanan dan usaha tokoh terpilih nanti yang telah banyak berjasa kepada ummah dan negara tanpa mendahagakan pengiktirafan dan glamor media massa sekain lama ini.

Wang tunai sebanyak RM50,000.00 itu sendiri dianggap terlalu sedikit berbanding nilai jasa dan pengorbanan tokoh terpilih itu dan Insya Allah bilamana keadaan mengizinkan akan dinaikkan jumlahnya sesuai dengan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan dan bakti individu tersebut kepada pembangunan nilai nilai kerohanian dan kemajuan ummah.

Bilamana disoal wartawan tentang kenapa kerajaan mahu mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah secara besar besaran ini dan adakah kerana adanya cabaran dari pihak Gereja Kristian melalui sistem perundangan untuk turut menggunapakai perkataan 'Allah' oleh Kaffir Kristian?

Dato Hj Wan Mohamad menjawab telah sampai masanya Kerajaan Malaysia yang mendukung Daulah Islamiyyah secara dasarnya bangun mempertahankan kesucian Agama Islam dari dicemari dan dinodai pihak Kristian Katolik ini dan untuk menyatupadukan ummah didalam negara yang terdiri dari pelbagai jamaah dan aliran fikrah mengikut fahaman masing masing tetapi tetap bernaung dibawah panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Nabi Muhammad, Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Makanya kini saya ingin menyeru kepada saudara dan saudari, muslimin dan muslimat yang saya sayangi supaya turut bersama sama pihak berkuasa Ad Deenul Islam menyemarakkan lagi Ukhuwah Islamiyyah diantara kita dan menjalankan peranan masing masing sesuai dengan kebolehan dan keupayaan sendiri untuk menyampaikan kebenaran tentang Islam kepada rakan taulan anda dan untuk menerapkan nilai nilai murni Agama Islam kita yang maha suci supaya berdiri megah dan terbilang dipersada nusa dan bangsa.

Bagi pihak diri saya, saya senantiasa menjalankan aktiviti Dakwah al Islamiyyah saya menurut keadaan dan kesempatan yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan kepada saya seperti sesi Dakwah saya bersama Encik K.Veeran, jurukamera Radio dan Televisyen Malaysia yang sempat saya ketemu dan berkenalan baru baru ini.


















Biarpun ditohmah dan di cap itu ini serta dituduh saya bertopengkan agama oleh puak puak kaffir dan munafiq laknatullah yang membenci kelantangan dan ketegasan saya menyatakan yang hak tentang Ad Deenul Islam dan menyanggah seteru ummah didalam negara kita, saya tetap akan berusaha meneruskan jihad saya cara saya dan istiqamah didalam perjuangan saya selaku seorang Blogger Muslim dan sekaligus menerajui The Muslim Bloggers Alliance yang saya tubuhkan dan kini ada lebih dari seratus orang ahli dan semakin lama semakin banyak permohonan yang saya terima untuk mereka menyertai gagasan kami ini dari hari ke sehari.

Kebelakangan ini mahu tak mahu maka saya terpaksa bersuara menyatakan bantahan terhadap cobaan puak berkepentingan untuk mencemari kesucian Ad Deenul Islam dengan mahu pula menggunapakai nama Allah yang Maha Suci untuk menjadi bahan sembahan fahaman dan kepercayaan sang kaffir.

Didalam waktu yang sama saya terkilan melihatkan sandiwara politik tanahair yang semakin berserabut dengan puak itu dan ini berebut kuasa dan sampai terbaring baring dijalanraya memegang bendera macam watak apek dalam filem komedi 'Madu Tiga' arahan Allahyarham P.Ramlee!

















Memang satu pemandangan klasik yang sudah pasti akan terpahat didalam lipatan sejarah negara kita!

Namun, ini semua kerja orang orang yang kemaruk kuasa politik dan sanggup mempergadaikan maruah ummah dan Ad Deenul Islam demi kuasa politik yang teramat sementara sekali jika diperbandingkan dengan pengorbanan para pahlawan dan pemimpin pemimpin Islam lampau!

Cuba kita taksirkan semula apakah sumbangan puak puak pencetus masaalah sosial dan siasah ini yang sedang kemaruk dilanda penyakit cintakan dunia dan lupa pada mati ini kepada negara?

Orang orang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan semua yang sewaktu dengan mereka!

Apakah sumbangan mereka kepada kita umat Islam seMalaysia?

Apakah bukti jasa dan nilai bakti yang puak puak sebegini telah curahkan?

Saya sendiri tidak mengharapkan walaupun sekupang jua dari sesiapa disini baik dari pihak kerajaan yang sedang memerintah atau puak yang sedang rajin kemaruk berbantah membantah ini!

Wallahi!

Saya hadir bersama KP JAKIM dan pegawai pegawai atasan kerajaan kerana saya sayang akan agama kita!

Saya peduli tentang umat sesama Islam dengan saya.

Saya hormati institusi Kesultanan Melayu tetapi diwaktu yang sama saya turut terkilan dengan kelesuan Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu untuk mempertahankan maruah umat Islam dan Agama Islam sendiri yang kini dicemari dengan pelbagai tuntutan dan masaalah yang ditimbulkan pihak pihak kaffir!

Saya bersumpah taat setia kepada Allah Azza Wa Jalla dan akan bersama sama dengan 'Ulul Amri memerangi barangsiapa sahaja yang mahu memperkotakkatikkan Ad Deenul Islam!

Wallahi Wabillahi!

Saya bersama dengan siapa sahaja yang mahu mempertahankan Kesucian Islam dan Ketuanan Daulah Islamiyyah.

Bilamana Kesultanan Melayu Malaysia berdiri diatas teras Agama Islam, maka jatuh wajib saya mempertahankan Duli Duli Tuanku.

Taat saya tidak membuta tuli tuan tuan!

Saya senantiasa menegur Duli Duli Tuanku melalui penulisan saya tetapi tidak lah saya sampai berlaku kurang ajar dengan menggelarkan Tuanku Al Sultan begitu begini sepertimana ada keterlampauan perbuatan segelintir mangkok hayon yang tak sedar diri dari kalangan orang orang Melayu Muslim baik dari UMNO mahupun PAS!

Tetapi adakah keterlanjuran sebilangan kecil dari kalangan mereka yang kurang arif dan tidak waras ini memungkinkan kita semberono sahaja mengecap kesemua ahli ahli UMNO ataupun PAS sebagai bangsa kurang ajar dan patut dimusuhi membabi buta sebegitu?

Tidak sama sekali!

Saya berniat mahu seboleh boleh saya menyatukan ummah di Malaysia ini.

Saya mahu melihat UMNO dan PAS bergabung, bersatu tenaga dan kuasa memerangi pihak pihak yang mungkar!

Saya hanya pentingkan itu sahaja.

Penyatuan Ummah Muslimin dan Muslimat Malaysia.

Saya tidak peduli akan suara suara sumbang tidak bertelor itu yang datang memaki hamun kita itu ini dan kemudiannya berteriak melolong meminta bantuan kononnya sedang diganyang oleh pihak yang telah menjadi mangsa caci maki dan tuduhan liar secara sesuka kepala otak kereko mereka dan mengaku beraja dimata ber'king' dihati!

Arwah P.Ramlee gamaknya dah lama nampak kekalutan masyarakat hedonistik kita.

Sebab itulah beliau telah meninggalkan pesanan kepada kita melalui adegan adegan klasik dan penuh bermakna walaupun secara lelucon dan lawak jenaka.

Alkisah maka terjadi lah kisah.....tayyib.

Maka tersidanglah semalam Kerajaan Ikut Suka Hatiku dibawah Pokok Sena....














Ehsan Agenda Daily.

Tayyib....

















Ehsan The Star Online.

Hehehehehe...

Alahai...P.Ramlee...

Bergeliga betul kepala otak tuanhamba ...ye?

Ish...Ishh...Ishhh...Ishhhh....

Cobaan......

:D

Cara Kerajaan DAP-PKR-PAS bersidang dibawah pokok sena mengingatkan saya akan cara P.Ramlee buat cerita Laksamana Do Re Mi didalam adegan klip dibawah :


Zam zam ala kazam.....hehehehehe....

Saya nak berpesan kepada saudara saudari saya didalam Parti Islam seMalaysia.

Bilamana pihak pihak DAP seperti Karpal Singh dan Kit Siang bersumpah mencabar kita untuk melangkah mayat mayat mereka jika hendak tegakkan negara Islam di tanahair tercinta kita ini, apakehalnya hendak terus berpelok berdakap dengan seteru seteru Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu?

Apakah sampai begitu sekali kebencian tuan tuan semua terhadap sesama ummah didalam negara kita yang tak sampai 30 juta orang manusia ini?

Apakah sudah berpatah arang bijak pandai alim ulamak dalam PAS terhadap saudara saudari kita didalam UMNO?

Mana perginya sifat dan sikap berbaik sangka dan semangat musyawarrah kita sesama Muslim?

Saya tidak nampak pihak DAP mahupun PKR akan mahu mendaulatkan Islam di dalam negara kita ini.

Wallahi!

Saya bersumpah disini bahawasanya saya hanya ingin melihat perpaduan ummah didalam negara kita dan tidak ada cita cita politik sama sekali.

Namun sebagai seorang warga tanahair ini dan saudara seIslam dengan baik UMNO mahupun PAS, saya tetap akan bersama kamu didalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Setiap warga negara Malaysia samada yang berjuang menegakkan Agama Islam mahupun Politik Melayu Muslim berhak menyatakan pendirian dan prinsip mereka sesuai dengan konsep negara berdemokrasi.

Siapa kah kamu wahai pengecut dan pengkhianat ummah mahu mencerca saya yang berjuang demi perpaduan ummah wahidah, penerus dan pemangkin amanat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?

Sedangkan identiti sendiri disembunyi tanda bacul apakan pulak ada hati mahu menempelak kami bloggers Muslim?

Usah membaling batu sembunyi tanganlah beb! Tak budiman cara begitu!

Berjuang kepala otak kamu kalau macam pondan begini!

Siapa siapa musuh Islam dan musuh dalam selimut jamaah Islamiyyah hendak memaki hamun mencaci cerca kita yang mendukung aspirasi Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam boleh teruskan perjalanan mereka ke Narr al Jahannam.

Saya sama sekali tidak mahu mengambil tahu akan masaalah kekeliruan didalam beragama kaum kaffirin dan menyerahkan kepada mereka urusan agama dan kefahaman mereka. * (dikemaskini)

Yang saya ambil peduli dan akan berjuang sampai tiba ajal saya nanti adalah usaha Dakwah al Islamiyyah sepertimana diperintah Allah, Tuhan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, insan insan terpilih yang dirahmati dan dikasihi Ar Rahman Ar Rahim, Malikul Mulk Dzul Jalali Wal Ikram.

Subhanallah! Walhamdulillah! Wala Ila ha ill lall Laah! Wallahu Akbar!

Jazakallah diatas perhatian tuan puan yang saya hormati dan kasihi.

Semoga jelas tentang prinsip dan pendirian saya yang kasihkan sesama ummah dan tetap akan tegas didalam berhemah terhadap seteru Al Islam dan Umat Lindungan Allah Azza Wa Jalla.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.

Zainol Abideen.
Bandar Tun Razak,
56000, Kuala Lumpur.
Post a Comment