Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, March 06, 2009

Isu nama Allah - Perbezaan antara pandangan Ahli Agama dan Ahli Politik.

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekelian.

Saya merujuk kepada laporan dari Agenda Daily yang memuatkan artikel tentang betapa berilmunya Ahli Agama dan perbezaan pandangan ahli politik membincangkan perkara pokok mengenai kesucian nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Artikel ini juga menjelaskan tentang larangan Ad Deenul Islam terhadap orang orang kaffir menggunapakai beberapa istilah tertentu dari agama kita nan maha suci dan yang Haqq!

Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan saya terhadap golongan ulamak syumul dari PAS seperti Al Ustaz Datuk Azamuddin Mat Taib, bekas Imam Besar Masjid Negara kita diatas penjelasan tepat dan muktamad seperti dilaporkan ini tanpa menggadaikan prinsip dan keluhuran agama Islam kita demi kepentingan berpolitik!

PAS beruntung kerana masih ada beberapa tokoh tokoh agama yang orang orang seperti saya segani diatas ketinggian ilmu agama mereka dan yang tidak tercemar dengan kemarukan kuasa seperti Professor Datuk Dr.Harun Din dan Ustaz Datuk Azamuddin Mat Taib ini.

Saya mengaku amat menghormati ulamak sebegini dari terdorong kepada menyokong ahli ahli politik didalam PAS.

Bagi saya, sekiranya diberi pilihan untuk mencalonkan manusia Muslim didalam negara ini untuk menerajui Kerajaan Persekutuan Malaysia ini, calon calon berkaliber seperti Professor Datuk Dr.Haron Din dan Al Ustaz Datuk Azamuddin Mat Taib akan menjadi pilihan saya.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara dan memberkati perjuangan mereka dan yang sefikrah golongan ulamak muktabar didalam PAS dan didalam JAKIM, IKIM dan segala Jabatan Agama Negara dan Negeri negeri kita.

Begitu juga do'a saya untuk Menteri Hal Ehwal Agama Islam kita, YB Datuk Seri Hj. Ahmad Zahid Hamidi.

Dibawah pentadbiran beliau, saya nampak kita sedang menuju ke arah memperkasakan kembali Kedaulatan Islam di Malaysia secara beransur ansur walaupun terdapat gunungan penghalang kerenah birokrasi dan maslahat pihak tertinggi agama di tanahair tercinta kita ini.

Usah asyik mengungkit sejarah bilamana kita tidak berupaya merubah nya!

Sebaliknya marilah kita bersama sama berusaha menentukan apa yang akan kita capai pada hari esok dan yang akan datang dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Jika seseorang itu merasa dirinya terlebih sempurna didalam soal mentadbir hal ehwal agama Islam didalam negara ini, maka kenapa tidak dirinya yang tampil kemuka melaksanakan itu dan ini dan tidak hanya pandai mengutuk, mencerca dan mengata begitu begini terhadap saudara saudarinya seagama?

Saya menyeru sekelian ahli agama negara kita supaya menggembeling tenaga dan usaha ke arah mendaulatkan Islam dan untuk berkata mengenai Islam hanya dengan ilmu pengetahuan yang hakiki dan tidak bersalut motif kepentingan politik.

Salam hormat dari hamba,
Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak,
56000, Kuala Lumpur.

Sila ikuti laporan Agenda Daily tentang perkara ini.

Nama Allah…PAS jawab PAS



Bukti akan keakraban dan kasihsayang diantara Menteri Menteri UMNO dan Ahli Parlimen PAS Baling yang berteraskan ukhuwah al Islamiyyah! Saya mahu melihat UMNO dan PAS bergabung menjadi satu gagasan Umat Islam seMalaysia yang gagah dan berjaya menegakkan panji panji Allah dibumi Malaysia ini! Hendak seribu daya! Apakah impian saya akan menjadi nyata kelak? ( Gambar gambar Ehsan Agenda Daily)


Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakkan kesucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.


Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen PAS iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.

Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Mendengar pandangan tiga Ahli Parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing?

Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamuddin Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelaskan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzair anak Allah, orang Kristian kata Al Masih, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian.


Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati termasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penjelasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.”


"Ini bukan (soal) politik tetapi (soal) kesucian agama”.5/3/2009

Sekian.
Post a Comment