Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 03, 2009

Kerna pulut santan binasa......Amarah Pemuda terhadap Karpal!



Bagi anda yang mungkin tidak sempat melihat akan rakaman video apa sebenarnya telah berlaku di ruang masuk ke Bangunan Parlimen Malaysia, ini adalah bukti akan cara pemuda pemuda Melayu menghadapi si pemaki mereka.

Pada peringkat awalnya mereka bertanya dengan elok tetapi tegas kepada si Karpal untuk mengulangi kata kata nya memaki hamun mereka dan menuduh mereka yang mengirim peluru mengancam maut pada dirinya sekeluarga diatas niat si Karpal untuk menyaman Duli Tuanku Sultan Perak diatas keputusan Tuanku memecat kerajaan DAP-PKR-PAS bila hilang majoriti kerusi DUN berikutan pengisytiharan 3 Adun Perak keluar parti dan bebas. 2 PKR dan 1 DAP. Berpihak pula kepada BN.

Suasana bertukar kecoh bila puak DAP dan PKR datang untuk melindungi si Karpal dan kemudiannya anda boleh melihat sendiri akan apa yang telah berlangsung?

Soalnya kini, apakah seseorang Ahli Parlimen seperti si Karpal merasakan dirinya kebal dari undang undang dan boleh sahaja memaki hamun mencerca dan menuduh itu ini tanpa ada bukti akan kesalahan pihak yang dihamunnya itu?

Apakah Parlimen Malaysia kawasan bebas dari perlu akur kepada prinsip prinsip Rukunegara Malaysia sehingga seseorang ahli parlimen yang dilantik merasakan dirinya Raja diatas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong?

Apakah Kesultanan Melayu sekarang cuma sebagai hiasan dinding sahaja dan negara ini kini mempunyai pemerintah beraja dimata bersyaitan dihati?

Saya teringat peribahasa Melayu lama 'Kerana pulut santan binasa' dan 'Bagaikan kaduk naik junjung!'

Tidak percuma orang orang zaman dahulu mengukirkan kata, menyusun pepatah kerana natijah nya terhadap warga tanahair tercinta ini kini bagaikan sembilu menusuk kalbu.

Bagaikan api dalam sekam ; bagaikan gunting dalam lipatan.

Enau didalam belukar. Masing masing melepaskan pucuk.

Seandainya warga bumi tercinta ini alpa, inilah padahnya.

Menang sorak kampong tergadai.

Ayam terlepas ; tangan berbau tahi!

Apakah kan sedar warga tercinta?

Demi masa....

Sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian.

Melainkan mereka yang tabah mengerjakan yang hak dan mencegah yang batil.

Terlajak perahu boleh diundur.........

Terlajak kata....

Tanggung sahaja natijahnya!
Post a Comment