Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 01, 2009

Kristian Malaysia dilarang guna 'Allah'! Dato Seri Syed Hamid Albar.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Maha Suci Allah! Tuhan semesta alam dari disalah tafsir dan ditampilkan sebagai Tuhan 3 dalam satu sepertimana disalah faham oleh pihak Gereja Kristian terutamanya oleh mereka yang beriya benar ingin menggunakan nama Allah untuk menggambarkan 'Tuhan' imaginasi mereka!

Saya bersyukur dengan pengumuman diatas oleh Menteri Dalam Negeri Dato Seri Syed Hamid Albar didalam sidang media beliau di Kota Kinabalu semalam (28hb Februari 2009).

Selaku seorang Blogger Muslim saya ingin memperingatkan Dato Seri Syed Hamid Albar bahawa selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri, beliau turut bertanggungjawab bersama dengan Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjaga kedaulatan Ad Deenullah dari dicemari sesiapa sahaja dengan menimbulkan kekeliruan tentang 'Allah' Tuhan semesta Alam dengan apa sahaja yang mereka sembah!

Berikut adalah laporan Berita Harian hari ini tentang kenyataan Dato Seri Syed Hamid Albar mengenai perkara penerusan larangan penggunaan perkataan 'Allah' didalam sebarang penerbitan gereja Kristian!

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: 'percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkuat kuasa serta-merta itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Pada sidang media di Hotel Sutera Pacific, di sini semalam, Syed Hamid berkata: "Saya mengakui ada kesilapan dalam penggubalannya (perintah berkenaan). Penggubalan itu mengatakan boleh sedangkan ada larangan.

"Pewartaan itu memberi gambaran seolah-olah perkataan itu boleh digunakan sedangkan ia belum dirumuskan dan tidak ada perubahan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini. Saya mengambil ketetapan ia perlu diperbetulkan kerana jika tidak, warta itu melahirkan kekeliruan."

Serentak penarikan balik perintah pewartaan itu, KDN juga melarang Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat.

"Kita ada perintah awal yang tidak membenarkan penerbitan lain selain agama Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Ini bukan bertujuan menyekat pengamalan mana-mana agama tetapi untuk mengelakkan kekeliruan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai semakan kehakiman kes berkenaan yang dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.

**********************************************************************************

73. Laqad kafara allatheena qaloo inna Allaha thalithu thalathatin wama min ilahin illa ilahun wahidun wa-in lam yantahoo AAamma yaqooloona layamassanna allatheena kafaroo minhum AAathabun aleemun

73. They do blaspheme who say: God is one of three in a Trinity: for there is no god except One God. If they desist not from their word (of blasphemy), verily a grievous penalty will befall the blasphemers among them.

73. Mereka (Kristian) berdusta bilamana berkata: Allah itu satu diantara tiga didalam Trinitas : kerana tiada tuhan melainkan Allah. Sekiranya mereka tidak menghentikan kata dusta mereka, nescaya azab yang teramat pedih akan menimpa para pendusta tersebut.

Surah Al Ma'idah. Ayat ke 73. Al Quran al Karim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ingin mengingatkan semua bahawa umat Islam seMalaysia mahupun sedunia tidak akan mendiamkan diri melihat pihak kaffir cuba mencemari kesucian Agama Islam apatah lagi membiarkan sesiapa sahaja untuk menimbulkan kekeliruan tentang Allah Tuhan Maha Suci Maha Pencipta dengan mengaitkan Allah Rabbul Alamin dengan 'Tuhan 3 dalam1' @ Trinitas rekaan pihak gereja Kristian.

Sekian lama ini, penulis blog ini cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh mahu pun menyerang balas mana mana pihak yang cuba menimbulkan masaalah kepada umat Islam dan memilih medan Dakwah al Islamiyyah untuk menyedarkan dunia pembaca tentang apa itu Islam dan apa yang tidak?

Saya seboleh mungkin tidak mahu mendorong sesiapa untuk menulis mendedahkan kekarutan yang terdapat didalam fahaman Kristian diatas dasar ingin meneruskan keharmonian masyarakat demi keamanan dalaman negara.

Namun apakah ini yang pihak Kristian hendak?

Apakah Gereja Kristian mahu saya serta para penulis blog Muslim yang lain mencemarkan dunia blogosfera kita dengan perang agama siber yang kemudiannya akan mencetuskan perang fisabilillah yang sebenar benarnya?

Saya seboleh mungkin merayu kepada pihak Kristian supaya hentikan lah semua ini.

Hentikanlah segala perang saraf di dunia blog dan media dan teruskan lah sahaja hidup kamu menyembah apa sahaja yang kamu sudah salah sembah sekian lama ini dan elakkan percubaan kamu untuk memecah belahkan keharmonian negara tercinta kita dengan dakyah kamu ingin mencemari kesucian nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menggelarkan benda benda yang kamu sembah sebagai 'Allah' juga!

Sesungguhnya jika kamu benar benar orang orang yang berakal dan berpijak dibumi yang nyata, kamu sudah tentu akan menghentikan perkara karut ini dan berhenti menimbulkan masaalah diantara kami orang orang Islam dengan kamu yang memilih untuk menyembah seorang makhluk ciptaan Allah dan kemudian menyalahtafsirkan ia sebagai anak Tuhan dan sebagainya!

Saya memang tidak sampai hati untuk menyerang kamu wahai saudara saudariku anak cucu keturunan Nabi Adam Alaihis Salam tetapi kamu harus sedar bahawa kesabaran kami umat Islam seMalaysia ada juga hadnya.

Harap harap pemimpin pemimpin gereja Katolik Kristian akan kembali ke fikrah rasional dan menghentikan cubaan mencemari keharmonian diantara kita sesama warganegara Malaysia.

Hentikanlah.

Semoga Muslimin dan Muslimat Malaysia akan sedar tentang bahaya mendiamkan diri bila kesucian agama Islam kita dicemari dengan dakyah dakyah Kristian ini dan bersatu didalam menyatakan yang hak sepertimana di tuntut oleh Allah Azza Wa Jalla dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dato Seri Syed Hamid Albar diatas penjelasan ini dan berharap supaya Dato Seri sentiasa peka dan berwaspada terhadap dakyah pemuka pemuka Kristian ini dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang undang keselamatan negara tanpa berdolak dalik kerana sejarah telah membuktikan bahawa adalah amat merbahaya untuk membiarkan sebarang pencetus masaalah yang boleh menghuru harakan negara kita untuk bebas menyatakan itu dan ini yang akan menghiris kalbu dan jiwa kami umat Islam seMalaysia.

'Innad Deen na ind Allah hal Islam!'

Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam!

Saya percaya Dato Seri juga memegang kepada amanat Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sama seperti kami.

Semoga kedaulatan undang undang terus dipelihara demi keamanan rakyat seMalaysia.

Amat buruk natijahnya nanti jika perkara sebegini tidak dicantas dan dihapuskan pada peringkat permulaan ini.

Percayalah!

Kami umat Islam seMalaysia tetap bersama 'Ulul 'Amri sekiranya 'Ulul Amri menjaga kesucian Ad Deenullah sepertimana diamanahkan kepada pihak berwajib.

Semoga sentiasa berwaspada dan proaktif memantau anasir anasir kuffar ini.

Kepada saudara sesama Islam dengan saya,

Saya berdoa semoga umat Islam seMalaysia akan lebih beristiqamah didalam menuntut ilmu Agama Islam dan didik diri masing masing dengan kebenaran Islam serta tidak termakan hasutan dan dakyah kaffir.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan isi hati kita ini dan akan menyoal kita akan setiap apa yang kita lakukan secara terang terangan mahupun yang kita cuba sembunyi.

Seboleh mungkin ikhlas lah hidup sebagai Hamba Allah dan cuba sedaya mungkin untuk hidup dan mati sebagai umat Islam sejati.

Insya Allah.
Post a Comment