Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, March 27, 2009

Membicarakan hal ehwal Islam dan umatnya diMalaysia.









Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, saudara seIslam sekelian.

Dewasa ini saya lihat semakin ramai yang mengeluh akan ketiadaan unsur kasih sayang didalam hati dan sanubari mereka yang diamanahkan menjadi pentadbir, guru, mursyid, pegawai agama, imam, khatib, pegawai masjid, pengerusi dan jawatankuasa surau, madrasah, dsbnya.

Mungkin keadaan ini disebabkan oleh tiadanya perhubungan erat diantara pemerintah @ `umara dan `ulamak negara kita sendiri?

Semacam ada tembok halimunan diantara ulamak dan umara'.

Mereka yang berkuasa seperti para Sultan dan Raja Melayu serta ketua kerajaan persekutuan mahupun negeri saya lihat seperti ada tembok pemisah dengan golongan pentadbir jabatan jabatan agama dan institusi dakwah al Islamiyyah.

Seandainya para ulamak mahu menegakkan hukum hakam Islam menepati tuntutan Syariah, saya dengar akan ada sekatan yang dilakukan oleh pihak pemerintah tertinggi negara iaitu diperingkat `umara yang bertindak membatalkan usulan pihak pentadbir urusan dan hal ehwal agama didalam negara kita ini.

Mungkin keadaan sebenarnya tidak begitu tetapi dari sumber maklumat yang saya terima dari peringkat tertinggi negara memang ujud ketidakserasian diantara kedua pihak berkuasa utama negara.

Perang dingin antara golongan agama yang mahu mendaulatkan Ad Deenullah di Malaysia dan pihak `Umara yang memegang kuasa mutlak didalam sistem Raja Berperlembagaan ini tidak terisytihar namun ianya menjadi pencetus kepada kelesuan pihak berkuasa diperingkat Kerajaan Persekutuan serta Negeri dengan kehambaran pihak berkuasa urusan agama diperingkat kementerian dan jabatan.

Gejala ketidaksamaan rasa dan semangat ini secara tidak langsung mengujudkan satu rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang dipertugaskan mendidik dan mentarbiyyah masyarakat umum didalam negara kita ini dan ianya pada hemat saya ada kesan secara tidak langsung terhadap cara pegawai pegawai agama disegenap peringkat dan lapisan pentadbiran am yang meliputi infrastruktur pentadbiran agama dan pendidikan diseluruh negara dan negeri.

Kekecewaan didalam hati mereka yang menghadapi sindrom 'glass ceiling' @ 'siling kaca' didalam usaha mereka untuk mendaulatkan Islam seboleh mungkin mempunyai kesan timbal balik didalam sikap dan cara mereka bertugas.

Rasa ketidakpuasan hati itu mencemari nilai nilai murni dan sifat mahabbah didalam hati kalangan pegawai pegawai agama dan para pendidik disemua peringkat pentadbiran.

Setiap orang yang saya sebutkan diatas terdedah kepada perubahan sikap dan mentaliti sendiri bila berurusan dengan mereka dibawah pentadbiran mereka dan bersikap acuh tak acuh secara sedar ataupun tidak.

Rasa kasih sayang dan keprihatinan didalam jiwa insan insan mulia ini semakin lama semakin terhakis dan natijahnya diterima oleh anggota masyarakat secara am dan para pelajar sekolah disemua peringkat baik dari peringkat tadika, sekolah rendah, menengah, kolej mahupun sehingga ke menara gading, universiti universiti tempatan negara.

Sekatan pihak tertinggi negara terhadap usaha mendaulatkan Al Islam mempunyai kesan saikologi terhadap semua peringkat masyarakat kita.

Kekecewaan setiap pegawai dan anggota pentadbir serta para pendidik melahirkan insan insan yang mengambil sikap sambil lewa sahaja didalam menjalankan tugas tugas dan tanggungjawab mereka dibahagian bahagian yang dikendalikan mereka.

Ini menimbulkan satu keadaan dan suasana tidak ambil peduli terhadap apa sahaja didalam keseluruhan sistem pentadbiran negara.

Manusia manusia Muslim secara amnya mula hilang sifat dan semangat prihatin terhadap satu sama lain dan kesan kesan ini ditanggung keseluruhan anggota masyarakat dan umat Islam serta warganegara Malaysia yang lain.

Ini bukan masaalah kita sahaja. Ini masaalah umat Islam serata dunia. Orang sudah tidak ambil peduli lagi akan kesan dan natijah perbuatan, percakapan ataupun buah fikiran mereka?

Manusia Muslim diMalaysia sekarang ini lebih mengambil sikap jaga hal ehwal diri sendiri tanpa sedar akan kesan dan akibatnya terhadap ummah dan negara.

Kita sudah tidak sayang atau merasa belas terhadap kesengsaraan orang lain atau berfikir dua atau tiga kali sebelum melakukan sesuatu yang akan menghancurkan hati atau memusnahkan kehidupan orang lain akibat kerakusan nafsu amarah atau syahwat kita!

Manusia Muslim sekarang ini sudah sanggup mencemarkan maruah diri sendiri dan umat Islam lain atau pun memangsakan mereka yang bukan Islam diatas tiket 'tiada siapa yang akan datang menahan aku ataupun akan ambil peduli' diatas kelakuan jenayah atau melampau batas pada zaman dan masa ini.

Sikap tidak mahu mencampuri urusan orang lain ini melahirkan generasi kurang ajar serta bersikap sadis dikalangan anggota masyarakat negara ini.

Ianya juga melahirkan golongan yang berpendidikan tinggi agama dan ilmu lain didalam dunia ini tetapi hilang rasa belas kasihan dan keprihatinan terhadap nasib orang lain disemua peringkat sepertimana saya sebutkan diatas.

Golongan `ulama kini ramai yang bersikap 'lebih suci dan maksum' dari yang lain tetapi dimudaratkan lagi dengan sifat dan sikap 'lantaklah' bila berurusan dengan sesiapa sahaja golongan masyarakat yang tidak berkuasa ke atas mereka.

Kebanyakan dari mereka mengambil sikap bahawa diri mereka lebih sempurna, lebih tahu, lebih bijaksana dan bersikap 'lebih suci dan maksum dari yang lain' kerapkali mendorong mereka yang ditegur mengambil keputusan menjauhkan diri dari sipenegur kerana merasa diri dihina dan dipandang rendah.

Saya pernah menasihati sahabat sahabat saya yang bertugas sebagai para khatib dan imam masjid supaya lebih mesra dengan jamaah dan tidak mengambil sikap menuding jari terhadap jamaah bila berkhutbah @ atau membaca teks khutbah yang disediakan pihak JAKIM.

Para pemimpin Islam dewasa ini kekurangan satu sifat yang paling penting dan perlu diterapkan didalam jiwa setiap insan yang berfungsi atau bertindak sebagai penyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sifat itu adalah sifat mahabbah @ kasih sayang.

Tidak ada atau telah kurang unsur kasih sayang serta keprihatinan diri didalam hati nurani guru guru sekolah seperti dikisahkan Cikgu Nur Aliya didalam artikel terkini dilaman blog beliau.

Amat kurang rasa kasihan atau prihatin didalam jiwa kebanyakan mereka yang bergelar ustaz, ustazah, imam, khatib, pegawai agama, mufti, dsbnya dewasa ini.

Wajah wajah kebanyakan manusia yang kononnya pemuka Islam didalam negara kita ini sering hambar, tidak ada nur pada wajah mereka tanda orang orang beriman yang berilmu dan berkedudukan tinggi didalam susunan hieraki pentadbiran agama peringkat rendah, sederhana mahupun yang tertinggi.

Ini mengakibatkan masyarakat umum menjauhkan diri dari mereka yang digelar ulamak dan alim.

Saya amat berharap dengan perubahan pucuk pimpinan negara semalam bahawa akan lahir lah generasi pemimpin negara yang lebih bersifat penyayang dan prihatin didalam menerajui sistem pentadbiran kerajaan ke arah mesra rakyat dan mesra Ad Deenullah.

Saya memohon Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Raja Melayu supaya insaf dan kembalilah ke usaha mendaulatkan Islam ke peringkat yang sewajibnya dan berhentilah berpesta pora dan lalai didalam melaksanakan tugas dan amanah Allah kepada mereka untuk memerintah negara ini berasaskan ajaran ajaran didalam kitab suci Al Qur'an Al Karim dan mengikuti Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dengan teliti dan penuh bertanggungjawab.

Hanya dengan itulah akan kembalinya semangat dan sifat kasihsayang sejati didalam dunia kehidupan kita sebagai umat Islam sebenar sesuai dengan gelaran negara Malaysia ini sebagai Negara Islam didalam ertikata sebenar benarnya.

Jika tidak, maka tanggung lah natijahnya bila pihak yang ingin menggulingkan kerajaan UMNO dan BN ini berpakat dan memeterai janji walaupun dengan pihak Syaitan Laknatullah sendiri seperti yang dinyatakan pemimpin mereka disini.


















Saya tidak mahu melabelkan Nik Aziz seperti itu dan ini namun meminta tuan tuan dan puan puan saudara seIslam dengan saya mengambil kira akan perubahan sikap Nik Aziz terhadap seteru Allah dan kita yang Muslim ini, sanggup berpakat dengan manusia manusia Kaffir Harbi seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan pimpinan DAP sekelian untuk menjahanamkan Ketuanan Islam didalam negara kita yang secara tidak langsung diwakili ketuanan orang orang Melayu sebab Sultan Sultan dan Raja Melayu kita adalah terdiri dari orang orang Melayu sendiri.

Bagi saya barangsiapa yang berpakat dengan musuh musuh Islam didalam negara kita terang terangan telah mengkhianati kepercayaan kita yang mengharapkan PAS bergabung satu jamaah dengan UMNO.

Saya terlalu mengharapkan PAS menjadi rakan pentadbir UMNO didalam merangka satu Daulah Islam Malaysia dengan menerajui satu Kerajaan Malaysia berteraskan ajaran ajaran Islam sebenar dan tidak lagi sekadar terjemahan manusia sahaja.

Saya kecewa bilamana PAS dibawah pimpinan Nik Aziz sanggup beriya sekata dengan mereka yang mencabar umat Islam melangkah mayat mayat mereka seandainya kita mahu menegakkan negara Islam dibumi Tanah Melayu ini!


















Saya tidak nampak bagaimana Nik Aziz boleh sanggup bekerjasama dengan musuh musuh Islam yang nyata seperti DAP dan dengan PKR dimana Anwar Ibrahim terang terangan mengaku tidak menuntut penubuhan sebuah negara Islam sepertimana yang saya dan mereka yang sefikrah dengan saya impikan sekian lama ini?

Saya dahulunya merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan sanggup mengikuti rombongannya sampai ke Madrassah Allahyarham Ustaz Nik Mat di Derga, Alor Setar semasa Anwar kembali ke Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam selepas ia dipecat oleh Dato Seri Dr Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998!

Namun, harapan saya punah bilamana saya melihat Anwar dan Nik Aziz sanggup menggadaikan prinsip perjuangan kita sekian lama ini untuk menubuhkan sebuah Negara Islam didalam ertikata sebenarnya dan berpakat dengan musuh Islam DAP untuk hanya berebut kuasa politik semata mata!

Apakah itu sahaja matlamat perjuangan mereka sekian lama ini?

Apakah kerusi Perdana Menteri dan segala kekayaan yang berkaitan sahaja menjadi matlamat mereka yang saya harap harapkan menjadi `ulamak dan `umara kita selama ini?

Apakah matlamat menghalalkan cara bagi mereka ini sanggup bersama dengan Syaitan Syaitan DAP dan menjatuhkan institusi ketuanan Muslim Melayu dibumi bertuah ini?

Bagi saya, mereka sudah hilang pedoman dengan berpakat bersama DAP untuk menjahanamkan agama, bangsa dan negara bila sanggup membutakan mata dan hati mereka terhadap kebiadapan dan perlekehan DAP terhadap segala yang saya impikan seperti penubuhan negara Islam ditanahair tercinta ini.

Perubahan sikap Nik Aziz dan PAS terhadap parti musuh Islam iaitu Syaitan DAP @ 'Devils After Power' ada sangkut paut dengan peluang politik.

Nik Aziz mungkin sudah sampai ketahap sanggup bergolok bergadai didalam usaha menumpaskan UMNO walaupun ia terpaksa menikam saudara seagama sendiri didalam usaha meraih kuasa.

Saya terfikir kenapa Nik Aziz tidak sanggup mentarbiyyah pihak UMNO ke arah memerintah negara ini mengikut lunas lunas Islam sebenarnya jika ia benar benar ikhlas mahu melihat keunggulan Islam tertegak di Malaysia ini?

Apakah pihak DAP yang keras menentang Islam didalam perjuangan mereka sekian lama ini sanggup atau akan membiarkan PAS menegakkan Hukum Hudud sepertimana yang dilaungkan PAS sejak dahulu sehingga lah akhir akhir ini sudah tidak kedengaran langsung bab Hudud ini didalam perjuangan PAS?

Apakah perjuangan mendaulatkan Hududullah sudah hilang lesap ditiup angin perjuangan PAS setelah berupaya menjadi Kerajaan di Kedah Darul Aman?

Usah berbicara tentang kemelut politik di Perak.

Ianya terlalu memeningkan kepala semua kerana nampak sangat demi kegilaan ingin berkuasa, para pemimpin PAS di Negeri Perak Darul Ridzuan telah sanggup menderhaka terhadap titah perintah Sultan Melayu Perak sendiri!

PAS di Kerajaan Selangor tidak terlalu menyerlah disebabkan kurangnya perwakilan kerusi didalam Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan.

PAS di Kerajaan Negeri Pulau Pinang umpama melukut ditepian gantang!

Maka, nampak jelas bahawa seandainya PAS mahu meletakkan kepentingan politik dan kuasa memerintah terlebih utama sebagai matlamat perjuangan mereka, mereka kini sanggup untuk menggadaikan masadepan umat Islam dan orang orang Melayu asalkan mereka berkuasa biarpun hanya sebagai 'figurehead' sekalipun.

Janji gah!

Saya teringat satu peristiwa dimana saya menghadiri satu majlis ceramah PAS ditepian laut Kg.Tengah, Jelutong Timur, Pulau Pinang beberapa tahun lalu. Allahyarham Presiden PAS, Dato' Haji Fadhil Nur hadir sebagai tamu kehormat.

Si pengacara majlis memaklumkan sebelum Allahyarham berbicara sebegini : " Tuan tuan dan puan puan, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat, Bakal Perdana Menteri Malaysia, Al Fadhil, Presiden kita, Dato' Fadhil Nur!"

Pada saat dan ketika itu, saya tengok Allahyarham redha dengan pemakluman begitu dan saya berkata didalam hati saya, ' Rupa rupanya tak ada beza nya pemimpin PAS dengan ahli politik yang lain, yang kononnya sekular? Sama sahaja. Gila kuasa.'.

Jadi saya semakin lama semakin menarik diri dari bergaul dengan puak puak ini yang berjuang demi kuasa politik dan bukannya demi mendaulatkan Allah dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam serta menegakkan Daulah Islamiyyah didalam negara kita ini.

Sebab itulah saya menumpukan perhatian saya terhadap usaha Dakwah melalui laman blog saya dan juga aktiviti luar bersama pejuang pejuang Islam didalam ABIM, ACCIN, dsbnya.

Itulah juga yang mendorong saya menubuhkan The Muslim Bloggers Alliance dengan tujuan menggembeling tenaga dan fikrah Islamiyyah didalam dunia siber ini.

Bilamana saya melihat Pakatan DAP-PKR-PAS berusaha menjatuhkan Ketuanan Islam yang ada didalam Ketuanan Kesultanan Melayu melalui tindak tanduk mereka ingin mengheret dan menyaman Duli Tuanku Sultan Melayu Perak kerana Baginda memecat Kerajaan mereka, maka saya bertindak menyokong PERKASA yang walaupun diterajui ahli ahli politik dan NGO lain, tetap berjuang mempertahankan Daulah Islamiyyah dan Kesultanan Melayu.

Biarpun saya tidak ada cita cita politik, namun saya tetap mempunyai kepentingan politik dimana saya perlu berusaha berjuang bersama sama umat Islam seMalaysia yang sedar akan permainan dan percaturan politik PAS dan PKR yang tidak lagi berjuang untuk Islam ataupun orang orang Melayu Islam seMalaysia tetapi hanya mementingkan kekuasaan politik duniawi mereka semata mata sehingga sanggup sehidup semati dengan DAP, musuh umat Islam Malaysia.

Saya telah berikrar akan berjuang mendaulatkan Al Islam dan menjaga kepentingan umat Islam seMalaysia bersama sama `Ulul Amri kita yang menjaga urusan hal ehwal Agama Islam seMalaysia seperti Yang Berhormat Datuk Seri Dr.Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Hal Ehwal Agama Islam serta Dato' Wan Muhammad Dato Syeikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dan KP IKIM, Ketua Hakim Syarie Malaysia dan lain lain.






















Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.























Dato' Hj Wan Muhammad Dato Syeikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Usaha saya tertumpu kepada bidang penulisan penerangan hal ehwal Islam dan pembicaraan isu isu semasa berkaitan kita serta aktiviti aktiviti luaran bersama para pendakwah Islam didalam negara tercinta ini tanpa mengira samada mereka ahli UMNO ataupun PAS serta jamaah lain!

Saya bersumpah akan terus bersama semua yang berusaha menjaga kepentingan Islam diMalaysia ini sehingga ke nafas saya yang terakhir, Insya Allah!

Wallahi Wabillahi Wattallahi!

Semoga umat Islam seMalaysia akan sedar tentang usaha golongan yang mengejar kuasa politik semata mata diatas tiket dan label Islam ikut acuan mereka dan tidak terjebak didalam percaturan siasah negara ini yang akan membuatkan pepatah Melayu lama ' Menang sorak ; kampong tergadai' menjadi kenyataan sekiranya puak musuh Islam seperti DAP berjaya mengkudakan jamaah Islamiyyah seperti PAS untuk mencapai aspirasi 'Malaysian Malaysia' mereka!

Bersama samalah dengan `Ulul Amri kita menjaga kepentingan Islam dan umat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam didalam negara Malaysia tercinta ini.

Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Post a Comment