Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 22, 2009

Mensyaitankan UMNO ; Malaikat kah PAS?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mensyaitankan UMNO ; Malaikat kah PAS?

Ini persoalan yang bermain dikepala kebanyakan orang Melayu Muslim di Malaysia?

Bilamana kita bertanya mana mana pengikut arus gelombang politik semasa tanahair, maka mahu tidak mahu kebanyakan dari mereka akan seolah tenggelam punca bila dibangkitkan perkara tohmahan dan label kebanyakan ahli ahli dan penyokong PAS terhadap parti terbesar Melayu dinegara kita.

Maka timbul soal, apakah boleh dikatakan begitu terhadap sesama Islam dengan kita? Secara semberono, pukul rata, tak kisah samada ahli UMNO itu warak dan baik orangnya ; asalkan dia ahli UMNO, dia syaitan!

Begitu pula sebaliknya. Asalkan seseorang itu ahli PAS, maka dia seumpama malaikat? Tidak kira samada seseorang itu tidaklah sesempurna mana iman dan amalnya, asal saja dia berperawakan bagaikan seorang ahli PAS, berkopiah putih dan berjanggut, maka boleh kita anggap bahawa ianya bila bila masa lebih baik dari seorang ahli UMNO?

Ini persoalan yang bermain dibenak fikiran kebanyakan pengikut perkembangan politik semasa.

Namun saya tidak semudah itu mengecap sesiapa sebagai itu dan ini. Baik ahli UMNO mahupun ahli PAS.

Bagi saya 'syaitan' atau 'malaikat'nya sesiapapun tertakluk kepada iman dan amalan masing masing.

Sedangkan diri kita sentiasa terdedah kepada salah dan silap akibat perbuatan kita sendiri, mana mungkin layak kita melabelkan sesiapa pun dari kalangan umat Islam kita sebagai itu dan ini?

Saya bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan dari semua aliran fahaman agama dan juga pegangan politik masing masing.

Bagi saya soalannya adalah individu itu sendiri. Ada yang baik, buruk dan busuk didalam mana mana kumpulan baik jamaah agama mahupun anggota parti parti politik ataupun NGO!

Ada syaitan dan malaikat didalam keseluruhan umat manusia.

Sebolehnya biarlah kita mencari kelebihan masing masing dan tidak hanya menumpukan pandangan kita untuk mencari keburukan sesiapapun.

Jika baik yang dicari, Insya Allah, baik juga akan kita ketemui nanti. Sebaliknya jika kita senantiasa meneliti dan meneropong akan kesalahan dan kesilapan orang lain, saya berani jamin kepada tuan puan bahawa seribu satu keburukan akan terserlah pada pandangan kita!

Apakah itu sahaja yang mampu kita lakukan? Asyik mencari kesilapan dan kesalahan orang lain sehingga kita alpa akan kekurangan pada diri kita sendiri!

Mudah2an hasrat saya untuk melihat perpaduan ummah akan terlaksana jua walaupun saya terpaksa menghadapi mereka yang jumud giler didalam fikrah mereka dan harapan saya agar sikap mengadu domba dan asyik meneliti kesalahan orang lain sebahagian besar anggota masyarakat kita itu akan beransur hilang dari sikap dan sifat kita bagaikan embun dihujung rumput tidak lama lagi.

Amin.
Post a Comment