Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 10, 2009

Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Bhgn 1.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah! Telah selamat kami kembali ke ibunegara selepas bercuti 3 hari 2 malam ke Pantai Timur Semenanjung bermula pada hari Sabtu 7hb Mac dan berakhir semalam Isnin 9hb Mac 2009.

Kami menginap disebuah hotel diKuantan dan kemudiannya menjelajah 'Jalan Jalan Cari Makan' makanan dan kuih muih tradisional Pahang dan Terengganu.


















Ikutilah perjalanan kami memantau Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan Bandar Lestari. Pelbagai macam juadah dan barangan diperdagangkan disana.

Cuaca panas terik membakar diri tetapi kami memaksakan diri mencari pelbagai benda yang unik dan menarik disana.

Berikut ini adalah rakaman gambar gambarfoto yang sempat saya ambil buat tatapan semua.

Pasar Tani Kuantan.


















Bagi mereka yang mempunyai ruang tanah untuk berkebun, maka moleklah pergi singgah di Pasar Tani Kuantan untuk membeli benih pokok bunga atau buah2an kerana terdapat pelbagai jenis spesis flora dan pokok berbuah untuk dipilih.


















Ini pulak penjual sate keropok ikan bakar. Dibelakangnya adalah penjual Cendol.























Penjual belon moden. Diminati kanak kanak sepanjang zaman. Hehehehe...seingat saya tak pernah dibelikan belon sewaktu kecil...yang ada hanya lah kenangan mengejar buih buih sabun tiupan anak orang berada dikampong....:P

Zaman saya tak adalah kereta kawal jauh, PSP, gitu gini. Hanya mainan buatan sendiri seperti gasing yang saya raut dari batang pokok jambu batu, wau kertas buatan sendiri, senapang kayu buat main 'combat combat', kapal dari pelepah daun kelapa, dsbnya.














































Dah ada pelanggan tegar! Budak ini bukan main seronok dibelikan belon yang diminatinya! Terlompat lompat hero ni! Suka bagai nak rak! Hehehehe...naik cemburu kita! :D























Bukan main seronok anak kecil ini. Iyelah zaman tak ada masaalah! Tak adanya hendak kena pikir pasal bil itu dan ini, nak kena bayar ansuran segala benda......hehehehe...

Umur bebas dari masa'alah ekonomi merudum ke, menguncup ke, janji hati senang, tidor tenang! Mudah2an panjang umurnya dan murah rezekinya...amin!























Ini pula penjual minyak urat dan ma'ajon kuat hak tu le....hehehehe. Sepertimana biasa kekadang ayat ayat 'power' yang dilafazkannya lebih hebat dari produk yang dijualnya. Biasa lah..dah namanya pun tukang jual ubat....hehehehe...penyeri mana mana pasar tani...


















Penjual cincin dan batu agate ini mengingatkan saya kepada kisah pelakon komedi S.Samsuddin didalam filem 'Seniman Bujang Lapok' yang kena kelentong dengan benggali jual batu permata tersebut.

Masih ramai lagi peminat batu akek didalam dunia ini. Ada yang banyak berhabis untuk membeli dan memakai cincin batu 'hikmat' dan sebagainya dizaman moden ini. Yang tetap kaya adalah sipenjual cincin, manakala pembeli batu cincin ini kehulu kehilir dengan kepercayaan batu 'azimat'nya.

Arwah P.Ramlee memang geliga otaknya merakamkan kerenah manusia peminat batu cincin sebegini zaman berzaman.

Bersambong.
Post a Comment