Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 12, 2009

Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Bhgn 2.

Assalamualaikum.

Ini sambungan rakaman gambar gambar yang sempat saya ambil di Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan pada hari Ahad yang lalu.























Gerai menjual barangan anyaman tradisional.

















Ini sejenis akar herba yang dikikis sedikit demi sedikit dan dikapsulkan sebagai ubatan herba.

















Selalu kita tengok hero bagi bunga sekuntum dua kepada pujaan hatinya. Hah! Kawan ni bagi sepasu! Ambik engkau! Hehehehehe..























Anak muda ini adalah ejen langganan Astro. Dia siap promosi dengan memberitahu nama nama saluran Astro dan isi kandungan rancangan siarannya. Memang kepala boleh pakai. Memori dia bagus. :)























Lelaki ini menjual trinkets.

















Penjual sate.


















Wak beca membaca sms. Zaman berganti zaman. Sistem beca tetap bertahan. Pengangkutan jimat kos. Tak payah membakar minyak petrol. Membakar lelemak badan pengayuh beca sahaja.






















Umur tak payah fikir tentang bil serba serbi. Cuba lihat wajahnya yang comel kehairanan kenapa orang tua ini datang mengambil gambarnya? :P























Ni seorang lagi anak comel tengah khusyuk sedut air minuman didokong ibunya.

















Penjual sata, akok, pulut panggang, dsbnya.
















Menggoreng makanan disitu juga. Makanan di Pantai Timur terutamanya hasil laut memang segar dan berharga amat berpatutan sekali jika dibandingkan dengan harga kat Lembah Kelang terutamanya di persekitaran Kuala Lumpur.

















Kanak kanak perempuan ini bukan main malu bila kita hendak ambil gambar dia. Siap alih kepala ke sana sini akhirnya kena rakam juga! Hahahahaha....


















Ikan kering gelama yang berkualiti.

Nak cari makanan laut yang segar, pergilah ke Tanjong Api, sebelum masuk ke Tanjong Lumpur.


















Makanan masakan Melayu Pahang memang sedap. Siap dengan segala budu, cencalok, tempoyak, dsbnya.

Kami suami isteri makan tak sampai mahal mana! RM14 je untuk dua orang!
Post a Comment