Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, March 23, 2009

PERKASA - Persidangan Kemuncak Pribumi Malaysia.







Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam sekelian.
















Semalam, telah berlangsung sidang kemuncak perhimpunan PERKASA, gabungan persatuan persatuan dan pertubuhan NGO pribumi Melayu Muslim seMalaysia. Persidangan ini telah diadakan di Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dengan disertai ribuan orang orang Melayu yang datang dari serata pelusuk tanahair ini.
















Saya telah dijemput hadir sebagai peserta persidangan ini diatas peranan saya selaku Presiden Muslim Bloggers Alliance dan sebagai seorang blogger Muslim Malaysia yang berjuang melalui penulisan dilaman blog saya dan amat mementingkan kedaulatan Agama Islam dan ketuanan Kesultanan Melayu dibumi Tanah Melayu ini.

Bagi saya yang tidak mempunyai agenda politik melainkan menyokong Daulah Islamiyyah di bumi Malaysia ini, mahu tidak mahu saya terpanggil untuk turun menyatakan sokongan saya terhadap Ketuanan Kesultanan Melayu yang menjadi teras perjuangan PERKASA.

Bagi mereka yang menyatakan bahawa perjuangan politik zaman sekarang tidak lagi berpaksi kepada ras keturunan dan agama seseorang, maka ianya hambar dan tidak benar benar mencerminkan hakikat perjuangan mana mana kelompok umat manusia.

Mereka yang menentang kedaulatan Islam di tanahair ini ternyata mempunyai agenda tersembunyi dan perancangan mereka sendiri. Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan dan dipersetujui para pemimpin dahulu sebagai bahasa rasmi negara seolah dianaktirikan oleh para penentu dasar kenegaraan kita.

Segala prinsip Rukunegara yang merupakan teras pendirian negara kita kini seolah dilupakan demi kepentingan politik dan kerakusan kemaruk kuasa oleh menusia manusia berkepentingan negara ini.

Sudah semakin berani para pencacai agama dan bangsa memperlecehkan kesucian Agama Islam dan malah sudah melampau didalam penghinaan mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Sudah semakin ramai rakyat negara ini yang berani berkurang ajar dengan Sultan Sultan dan Raja Melayu.

Institusi Kesultanan Melayu sudah dihina dan diremeh temehkan mereka yang kemaruk gila kuasa dan sanggup menjual kehormatan agama, bangsa dan negara semata mata mahu menjadi Perdana Menteri tanpa mengambil kira akan natijahnya kepada nasib generasi warganegara akan datang!

Sebagai seorang anak watan bumi dan tanahair ini, saya berterus terang disini bahawa nasib orang orang Islam di Malaysia ini sedang terancam dan akan berubah menjadi pelarian dibumi sendiri jika manusia manusia beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak tegas didalam mempertahankan hak dan mengembalikan semula maruah diri mereka dan Sultan mereka ke tahap sepatutnya.

Sebagai seorang Muslim, kesetiaan saya terhadap `Ulul Amri tetap tidak berganjak selagi `Ulul Amri itu mempertuhankan Allah Subhanahu Wa Ta'ala Rabbul Jalil dan berusaha mendirikan Kerajaan Islam dibumi bertuah ini walaupun ianya tidak sesempurna mana kerana sesuatu perjuangan mendirikan Daulah Islamiyyah itu tidak terjadi dengan sekelip mata jua.

Ianya memerlukan masa yang amat panjang dan sokongan rakyat yang terdiri dari umat Islam yang kini menghadapi cabaran cabaran semasa yang amat dahsyat dan pelbagai kerenah baik dari mereka yang dilantik mahupun mereka yang sedang berkuasa didalam pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Bukan mudah untuk kita merubah fikrah dan jatidiri mereka yang bersemayam di Istana, tuan tuan dan puan puan. Bilamana Sultan dan Raja Melayu tidak sampai ketahap pemahaman agama dan memerintah mengikut suka dan rasa, maka jatuh wajib keatas para ulama' dan bijakpandai Islam untuk mentarbiyyah duli duli tuanku berkenaan.

Ini sahaja bumi Tanah Melayu yang ada bagi pribumi Melayu. Bilamana Melayu lupa menjaga kepentingan dan warisannya, maka sipengambil kesempatan tidak akan diam barang sesaat jua untuk masuk mencari peluang memasukkan jarum jarum perpecahan didalam hati nurani mereka yang sedang asyik masyhuk dengan segala kemewahan duniawi.

Kuasa politik itu amat lah berbahaya tuan tuan dan puan puan. Jika disalah tadbir maka hasilnya nanti akan sama dengan apa yang diungkapkan 'Menang sorak ; kampong tergadai!'.
Ini bukan kisah ceritera filem Melayu lama zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lagi tuan tuan dan puan puan. Ini keadaan semasa yang sebenar. Nasib pribumi Melayu yang beragama Islam kini bagaikan 'telor dihujung tanduk'.

Ini bukan cobaan lagi dah. Silap haribulan orang orang Melayu akan menerima nasib sama seperti kaum 'Red Indian' dibenua Amerika Syarikat, kaum Maori di New Zealand, kaum Aborigine di benua Australia dan merata tempat lagi didunia ini.

Lihat sahaja contoh kaum Rohingya dari Arakan, Burma kini dihalau dan ditiadakan hak mereka untuk hidup dibumi tanah kelahiran mereka sendiri dan kini terpaksa merempat dinegara orang seperti diserantau Asia ini! Apakah Melayu mahu menerima nasib sama sebegitu?

Kami warga negeri Pulau Pinang dikenali sebagai 'Jawi Peranakan' kerana ramai dikalangan ahli keluarga kami mempunyai darah Melayu dan India Muslim. Warga Pulau Pinang agak unik kerana susur galur keturunan kami bercantum dengan keturunan Melayu dari pelbagai negeri.

Kakak kakak saya berkahwin dengan Melayu jati Pulau Pinang. Saya sendiri beristerikan wanita Melayu Pahang. Anak anak saudara saya ramai yang berkahwin Melayu Kedah dan juga dari negeri negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Makanya bilamana kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu diancam, saya tidak boleh mendiamkan diri melihat sahaja musibah ini berlaku tanpa tampil kemuka menunjukkan sokongan dan menyatakan pendirian saya selaku seorang saudara seagama dengan anak watan pribumi Tanah Melayu ini.

Bagi saya yang penting sekali adalah keunggulan Ad Deenullah dimuka bumi ini. Islam adalah segala galanya bagi saya. Diwaktu yang sama saya adalah rakyat negara ini dan apa apa sahaja yang berlaku menimpa saudara saudara saya didalam rumpun Melayu turut mempunyai kesan dan akibat kepada kehidupan saya serta mereka yang sekedudukan seperti saya.

Hadirnya saya semalam dipersidangan PERKASA adalah diatas kesedaran saya bahawa sekiranya saya mahu melihat Islam itu berdiri gah dimuka bumi Malaysia ini, maka saya wajib bersama sama dengan saudara saudara seperjuangan saya didalam PERKASA.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada urusetia PERKASA diatas kesudian mereka menjemput saya ke sidang kemuncak bersejarah ini.

Bilamana saya menyokong PERKASA ianya tidak pula bermakna saya anti PAS ke apa? Saya tetap sokong ulama' PAS seperti Professor Datuk Dr Harun Din tetapi saya tak berapa gemar dengan pakatan PAS bersama DAP.

PKR bagi saya tidak memperjuangkan Islam mahupun nasib orang orang Melayu Muslim. Ianya hanya sebuah parti politik pelbagai etnik yang hendak menobatkan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Kerajaan Malaysia walaupun terpaksa menggadaikan nasib umat Melayu Islam dan memperlekehkan institusi Kesultanan Melayu itu sendiri!

Ini adalah apa yang saya fikir berdasarkan tindak tanduk politik pakatan parti parti DAP-PKR-PAS sejak PRU ke12 yang lalu.

Saya tidak mengaku diri ini sebagai seorang pakar politik ke apa kerana walau sehebat mana sekalipun seseorang itu mengaku menjadi penganalisis politik, ianya tidak lebih dari ramalan dan andaian seseorang itu sahaja.

Makanya saya juga mempunyai hak untuk berfikir apa yang hati saya nyatakan berdasarkan segala kelaku dan kenyataan pemimpin pemimpin dan ahli ahli politik negara kita ini, baik dari BN atau Pakatan DAP-PKR-PAS.

Dato' Ibrahim Ali telah menyuarakan apa yang terkandung didalam hati nurani kebanyakan orang orang Melayu, baik yang berkepentingan politik semasa ataupun mereka yang berjuang untuk agama, bahasa dan jatidiri orang orang Melayu serata negara.

Berikut adalah gambar gambar yang saya sempat rakam semalam dan juga bersama tokoh tokoh politik serta insan insan yang pernah mewarnai dunia kehidupan seharian berita nasional.
















Tan Sri Khalid Yunus memberitahu saya bahawa ia kenal siapa saya bilamana saya bersalam dan memperkenalkan diri kepadanya!

Hehehehe...dunia sekarang! Orang kampong seperti saya pun dikenali ahli ahli politik negara?

Begitulah betapa berkesannya medan media baru seperti laman blog ini. Walau siapa sahaja kita ini tetapi sekiranya kita berusaha menyampaikan pandangan dan perspektif kita selaku seorang warganegara yang prihatin, maka tulisan kita ada kemungkinan dibaca oleh para pemimpin negara termasuk juga (mungkin) oleh Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu kita?

Bukannya bangga kembang gila ke apa tetapi bersyukur yang amat sangat bahawa fikrah kita selaku rakyat biasa begini kini berupaya menarik perhatian para pemimpin negara dan ada kemungkinan kerisauan dan permasalahan yang kita utarakan akan mula mendapat pertimbangan mereka?

Sama sahaja sewaktu YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri mengaku mengikuti penulisan saya didalam blog ini.
















Terharu saya kerana anak kampong Jelutong Timur ini berupaya menarik perhatian para pembesar dan `Ulul Amri negara kita dengan menulis demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam! Alhamdulillah!
















Ketibaan Tun Dr.Mahathir Mohamad.
















Dato' Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dengan tamu kehormat, mantan PM ke 4 Malaysia. Beliau adalah Penaung PERKASA.














Tun Dr.Mahathir dan Dato' Fuad Hassan, Timbalan Presiden PERKASA.













Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia asyik dengan kamera DSLR beliau. Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir memandang saya.
















Hadirin persidangan PERKASA.

































Gambar kenangan bersama tokoh tokoh ternama didalam negara kita.

































Hahahaha...gambar saya berbual dengan Umi Hafilda Ali yang pernah menghangatkan suasana politik negara pada satu ketika dahulu dengan pendedahan beliau mengenai hal ehwal Anwar Ibrahim.















Umi tidak mahu bercerita banyak tentang bab Anwar sebab segalanya sudah lama dicetak dan dihebahkan oleh media massa. Saya faham pendirian beliau dan membiarkan sahaja dirinya terus berahsia.

Saya berbual dengannya tentang suasana politik semasa dan bertanya samada pihak media masih lagi memburu diri beliau untuk sebarang maklumbalas mengenai Anwar Ibrahim lagi?

Sepertimana yang saya lihat, Umi Hafilda masih merupakan seorang ikon kes Anwar Ibrahim sama seperti dulu dulu. Beliau sentiasa disapa oleh semua yang hadir disitu.

Minaq Jinggo yang tolong mengambil gambar ini diatas permintaan saya. Hehehehe...















Bukannya selalu saya mendapat peluang meluahkan rasa dan pendapat secara terus kepada mereka yang telah melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.

Salah seorang daripada tamu kehormat yang sempat saya ketemui adalah Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas Menteri Penerangan Malaysia.

Saya bertanya kepada beliau akan siapakah dia manusia yang menggantikan nama Radio Irama Melayu Asli atau RIMA kepada Klasik FM? :P

Tan Sri Abdul Kadir mengaku bahawa beliau lah yang mengarahkan begitu. Alasannya adalah kerana RIMA menyiarkan lagu lagu dari pelbagai genre dan tidak hanya lagu lagu Melayu Asli.

Maka ianya menukarkan nama stesen kegemaran saya itu kepada Klasik FM. Pengganti beliau Datuk Zainuddin Maidin pula menukar lagi nama Klasik FM kepada stesen Klasik Nasional kerana memadukan Radio 1 RTM dengan Klasik FM. Hilanglah satu lagi identiti Melayu.

Bertemu legenda Dunia Persilatan Melayu.






















Saya sempat bergambar kenangan dengan Mahaguru Dato' Hj Omardin Mauju, pengasas Perguruan Seni Silat Lincah Malaysia selepas persidangan.






















Mahaguru Omardin amat tinggi budi bahasanya dan mesra sekali dengan kami para peminatnya. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyembuhkan dirinya yang sedang uzur. Amin!

















Sempat pula saya bergambar dengan Datuk Ruhanie Ahmad @ Kuda Kepang. Beliau kelihatan begitu tampan sekali dengan baju Melayu birunya dan berkain samping berwarna keemasan. Syabas Datuk!

































Gambar kenangan bersama ahli ahli Bikers PERKASA.



















































Negeri Negeri Tanah Melayu hilang lesap namanya bila Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Satu demi satu jatidiri dan lambang ketuanan Melayu ditukar ganti dan berubah menjadi itu dan ini.

Kini hanya tinggal Kesultanan Melayu, Rejimen Askar Melayu dan Keretapi Tanah Melayu serta nama geran tanah 'Rizab Tanah Melayu' sahaja sebagai benteng terakhir lambang kedaulatan dan ketuanan Melayu ditanahair kita sendiri.

Seandainya Melayu itu leka, maka sudah terbukti akan ada warga bukan Melayu seperti Karpal Singh yang berani memaki hamun Pemuda Melayu sebagai 'celaka' didalam Dewan Rakyat Parlimen negara ini sendiri!!! Bila Melayu leka maka celaka lah padahnya! Tak gitu?

















Ini keratan akhbar yang memaparkan kenyataan celupar Karpal Singh mencabar Melayu Muslim supaya melangkah mayat mereka didalam DAP sekiranya umat Islam didalam negara Malaysia ini hendak mendaulatkan Islam didalam negara kita sendiri!

Bayangkan betapa telah hilangnya rasa gerun puak bukan Islam terhadap ketuanan Kesultanan Melayu yang berteraskan kepada kedaulatan Islam itu sendiri?

Melayu masih terus layu dengan sindrom SiLuncainya!

Asyik asyik biarkan! Biarkan!

Sampai bila?

Sampai cacing kerawit naik ke mata? Ular lidi menjadi naga?

Ini semua terjadi kerana kebanyakan dari orang Melayu Malaysia dewasa ini sudah alpa dan memang benar seperti ungkapan Tun Dr.Mahathir bahawa 'Melayu mudah lupa!'

'Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...'



Tun Dr.Mahathir terpaksa menghadkan kuasa dan kekebalan Sultan Melayu dek kerana keterlampauan perbuatan Duli Tuanku Sultan Johor Darul Takzim menzalimi seorang warganegara Douglas Gomez yang merupakan seorang jurulatih pasukan hoki negeri baginda.

Sekatan terhadap kuasa Sultan dan Raja Melayu berpunca dari tindak tanduk Baginda Tuanku Sultan Johor dan akibat keterlampauan itu maka Kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika itu mahu tidak mahu terpaksa bertindak untuk menyelamatkan negara dari perlakuan jenayah seorang Sultan Melayu yang melengkapkan pepatah 'Beraja dimata; bersultan dihati' didalam ertikata sebenarnya.

Bacalah laporan berkaitan peristiwa yang membawa kepada penarikan kekebalan institusi Raja dan Sultan Melayu dari tindakan undang undang disini.

Ianya satu peristiwa pahit yang terpaksa kita semua lalui bilamana pertimbangan seorang Sultan Melayu tersasar seketika kerna turut kepada nafsu amarah baginda. Mulai dari saat itu, kedudukan Raja dan Sultan Melayu mula disangsi dan tidak lagi mendapat perhatian kebanyakan warga tanahair ini. Baca laporan tentang peristiwa ini disini.

Perumpamaan Melayu lama ' kerna nila setitik ; rosak susu sebelanga' menginsafkan kita akan natijah perbuatan kita semasa marah kadangkala membawa bencana kepada semua akibat kita lemah semasa berlaku cubaan keatas diri kita angkara seseorang atau sekumpulan manusia mahupun keadaan yang tidak terjangka sekali.

Saya teringat akan hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam berkenaan menjaga nafsu amarah kita.
Begitu juga dengan Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Al Quran Al Karim Surah Al Baqarah Ayat ke 10 :





10. Fee quloobihim maradun fazadahumu Allahu maradan walahum AAathabun aleemun bima kanoo yakthiboona yang bermaksud "Dalam hati mereka (manusia) ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji (mungkar) bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"

Sekarang ini kebanyakan rakyat baik yang Melayu mahupun yang tidak sudah seakan hilang hormat mereka terhadap institusi Raja dan Sultan Melayu namun bukan seluruh warganegara ini bersikap sedemikian.

Ianya terpulang kepada kefahaman dan keilmuan seseorang menangani masaalah semasa yang timbul akibat percaturan kuasa politik dan permainan saikologi pihak pihak berkepentingan.

Raja dan Sultan Sultan Melayu harus peka terhadap anjakan paradigma dan pemahaman rakyat marhaen ini.

Kealpaan Duli Duli Tuanku didalam menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Raja dan Sultan Melayu mungkin akan menjurus kepada tuntutan puak puak sosialis dan liberalis didalam negara untuk menamatkan institusi beraja didalam negara kita ini.

Ini berdasarkan kepada pengamatan saya akan apa yang telah berlaku kepada institusi institusi beraja didunia. Lihat sahaja kerajaan kerajaan beraja yang pernah gah pada suatu masa dahulu hancur lenyap satu persatu bila raja raja berkenaan lupa untuk mengambil hati rakyat mereka?

Kemana perginya empayar empayar Parsi, Rom, India, Nepal, China, dan sebagainya? Hilang lenyap ditelan dedaun masa. Yang peliknya timbul pula Kerajaan Saudi di bumi Hijaz padahal di zaman Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam tidak ujud Kerajaan Saudi ini.

Ianya semua permainan politik dan pencaturan kuasa pihak penjajah Neo Kolonial Amerika dan British serta lobi Yahudi Zionis yang mendalangi dan mengarahkan kepimpinan mereka.

Berbalik semula kepada soal orang orang Melayu.

Melayu itu harus sayang dan tahu menghargai segala sesuatu yang berhubung dengan simbol dan lambang jatidiri mereka. Natijahnya amat menyedihkan sekali.

Lama kelamaan segala perlambangan Melayu akan berkubur di muzium muzium negeri dan negara serta menjadi bahan koleksi peribadi mereka yang masih tahu menghargai jatidiri dan warisan khazanah Melayu.

Saya petik Wasiat Raja Raja Melayu dari laman Persilatan Seni Silat Lincah Malaysia :

Wasiat Raja-Raja Melayu ini telah disampaikan sebelum Merdeka kepada Bangsa Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:
Pertama

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima

Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

~@~

Demikianlah isi kandungan Wasiat Raja Raja Melayu. Ianya bukan sebarangan wasiat tetapi wasiat dan amanat suci warisan zaman berzaman orang orang Melayu yang hidup bersendikan adat dan berteraskan Syariat Islam, agama kita nan Maha Suci.

Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Begitu erat termeterinya sumpah setia Dulu Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu yang turun temurun tidak boleh dipinggirkan oleh barang sesiapa sahaja diantara mereka jika tidak mahu kehilangan takhta dan pangkat kedudukan masing masing dimata masyarakat dan kaum pribumi Melayu.

Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu harus sedar akan peranan yang sebegitu penting dimainkan mereka dan tidak boleh berganjak walau setapak didalam mempertahankan maruah dan nasib anak Melayu ditanahair ini.

Segala kesilapan dan kekhilafan Sultan Melayu dizaman lampau harus dijadikan sebagai iktibar dan Duli Duli Tuanku harus merubah pendirian mereka sekiranya hendak terus menerajui sistem pemerintahan berja di negara ini.

Yang perlu kita fikirkan adalah apakah perlu negara kita ini terus akur terhadap perlembagaan yang didrafkan oleh penjajah British Kolonial?

Merdeka apakah kita ini sekiranya kita masih melutut terhadap percaturan politik British sehingga institusi Raja dan Sultan Melayu dihadkan kekuasaan sehingga titah dan perintah Duli Tuanku seperti yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan disanggah dan ditolak sang penderhaka serta berani merafak sembah mohon derhaka terhadap Al Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ghafarallahu bilamana Tuanku Sultan Perak bertitah memecat mantan Menteri Besar dari kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS baru baru ini bila pakatan itu kehilangan majoriti perwakilan kerusi di Dewan Undangan Negeri berkenaan?

Ini harus kita fikirkan!

Merdeka apa kah kita ini bilamana negeri tanah tumpah darah saya iaitu Pulau Pinang dan jajahan Seberang Perai masih belum dipulangkan kenaungan pemerintahan Kesultanan Kedah Darul Aman selaku Sultan dan Yang DiPertuan keseluruhan Negeri Kedah tersebut bilamana Pulau Pinang dan Seberang Perai ini masih menjadi hak mutlak Duli Tuanku Sultan Kedah secara hakiki?

Saya mendapat tahu bahawa Duli Tuanku Sultan Kedah masih menerima imbuhan ufti nilai sebanyak 10,000 perak setiap tahun dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai meneruskan perjanjian diantara Kesultanan Kedah dan penjajah British?

Sudah lebih dari 51 tahun negara kita merdeka tetapi kita masih tidak sanggup keluar dari bayang bayang penjajahan keatas negeri negeri dan negara kita!

Macam mana lah Melayu hendak kembali gah dan kuat seperti sepatutnya jika perkara perkara pokok sebegini terus tidak diambil kira dan dihiraukan oleh kebanyakan Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu sekelian?

Ini bukan perkara mainan tuan tuan dan puan puan sekelian.

Perkara ini menjejaskan jatidiri dan kesinambungan Kesultanan Melayu Malaysia.

Insan insan yang lahir dibumi ini dimana asal usul dan keturunan mereka terdiri dari imigran dari negara negara lain seperti arwah ayahanda saya perlu sedar dan tahu akan kedudukan masing masing.

Memang sebahagian dari kita merupakan keturunan imigran dari benua India dan tanah besar China tetapi kita tidak harus mengambil sikap bagaikan pokok tumpang yang parasit. Asalnya datang menumpang tetapi lama kelamaan menjadi barah dan racun perosak alam. Na'uzubillah!

Hak yang kita tuntut tidak lah patut melampaui hak sebagai seorang warga dan rakyat yang bersumpah setia terhadap naungan Duli Duli Tuanku Raja dan Sultan Melayu sekelian.

Sayangnya kesedaran ini sudah semakin terhakis dan terhapus dari minda dan fikrah mereka yang berketurunan Melayu sendiri.

Memang kita semua anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam tetapi kesamaan kita ini tidak bermakna kita boleh mengenepikan hakikat kedudukan kita sebagai rakyat dan susur galur Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu memegang amanah sebagai `Ulul Amri yang memerintah kita.

Ini hakikat!

Namun kini sekiranya Kesultanan Melayu itu mahu terus kekal memerintah negara ini mahupun sebagai Raja Berperlembagaan maka mahu tidak mahu Duli Duli Tuanku sekelian perlu merubah cara dan benar benar memainkan peranan mereka sebagai Raja, Sultan dan Yang diPertuan negeri negeri dan negara ini.

Raja Raja Melayu mesti proaktif dan turun padang. Tidak ada yang melarang seseorang Raja atau Sultan Melayu untuk hadir ke khalayak umum dengan berusaha membantu dan membimbing masyarakat negara ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka.

Barulah Raja dan Sultan Melayu akan mendapat tempat didalam hati rakyat marhaen. Perkara ini sama sahaja seperti peranan yang perlu dimainkan oleh Ahli ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Bila tidak nampak batang hidung YB yang dilantik didalam kawasan mereka, jangan mimpilah ianya akan dilantik semula didalam pilihanraya baik kecil ataupun umum yang akan datang!

Keadaannya lain sedikit bila berkaitan dengan institusi raja tetapi kesan nya tetap sama. Raja dan Sultan Melayu yang hampir kepada hamba rakyat tetap akan mendapat sokongan dan dokongan warganegara ini. Sebaliknya seandainya Raja atau Sultan itu sombong meninggi diri sepanjang masa, jangan terkejut jika rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran baginda disisi masyarakat.

Manusia dihormati kerana sikap dan budi bahasanya. Tidak kira samada orang itu seorang raja atau rakyat biasa. Oleh kerana itu, ingin saya menyeru kebawah Duli Tuanku sekelian supaya mengambil kira akan nasib Kesultanan Melayu Melaka diakhir era pemerintahan mereka dimana tumbangnya Empayar Melayu Melaka bila Sultannya yang terakhir hilang sokongan rakyat dan mudah negeri Melaka ditawan sang penjajah Portugis.

Semoga PERKASA mampu mengembeleng tenaga dan usaha orang orang Melayu yang masih sayang akan warisan dan jatidiri mereka bersatu mempertahankan dan memperjuangkan Kedaulatan Islam, Ketuanan Kesultanan Melayu dan sekaligus Ketuanan Melayu Merdeka seperti sepatutnya!

Bersatu teguh ; bercerai roboh!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment