Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 17, 2009

Perpaduan Ummah Malaysia - Apa yang menjadi halangannya?





















Logo ihsan malaysianunplug.

Saudara saudari sekelian.

Bilamana kita bercakap tentang hasrat kebanyakan dari umat Islam seMalaysia untuk melihat perpaduan ummah terjalin diantara UMNO dan PAS didalam negara kita, yang pertama sekali timbul adalah cakap cakap dari pemimpin tertinggi PAS bahawa mereka sudah serik!

Sudah serik dipermainkan oleh UMNO dan sebagainya?

Bagi saya, apa yang saya nampak adalah pemimpin PAS mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia walau apa sahaja yang perlu mereka lakukan!

Didalam bahasa Inggeris, 'At any cost!'

Walau terpaksa berpelok arab dengan pihak seteru Allah seperti DAP!

Ini yang saya nampak!

Bagi mereka tidak ada kompromi langsung dengan saudara seagama mereka didalam UMNO. Tidak sama sekali.

Walau apa sahaja usaha dijalankan oleh pihak pihak yang berhasrat melihat UMNO dan PAS duduk semeja, berunding tentang cara cara dimana kedua parti politik terbesar orang orang Melayu Islam Malaysia boleh bekerjasama mencari titik persamaan, akan ada sahaja jendalu yang datang untuk mencabut 'plug!'

Jendalu ini nama nya 'ego' dan sifatnya senantiasa takbur dan mendabik dada bahawa hanya ia sahaja yang sempurna agamanya dan maksum dari noda dan dosa.

Jendalu ini boleh menjanjikan syurga bagi sesiapa yang menyokongnya dan menjatuhkan hukum haram dan itu ini menurut kehendak nafsu murkanya itu.

Susah hendak kita hapuskan jendalu ini wahai saudara dan saudariku tercinta.

Jendalu ego ini bersarang didalam jasad yang pada bila bila masa, saat dan ketika akan dijemput makhluk yang bertugas diatas perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala namun Jendalu al Takburi ini seolah lupa akan ayat 'Qullu nafsin iza iqatul maut!'

Saya kira hanya bilamana jendalu ini sudah kembali ke sisi Allah Azza Wa Jalla, baru akan ada ruang dan peluang untuk UMNO dan PAS kembali bertaut rapat, sehati sejiwa dan sepasukan menjulang Daulah Islamiyyah.

Bersama samalah kita doakan saat tibanya hari bahagia itu nanti.

Sementara itu berwaspadalah terhadap jendalu yang bersarang penuh ego dan takbur bin riya'.
Post a Comment