Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 07, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul!
























Poster ehsan Nany Razaly.

Assalamualaikum wahai Mukminin na wal Mukminat sekelian.

Sempena ulangtahun sambutan Maulidur Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam 1430 Hijrah, saya Zainol Abideen suami isteri ingin mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Maulidur Rasul' kepada keseluruh umat Islam sedunia dan berdo'a agar tuan tuan dan puan puan akan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan Maha Pencipta dan Rabbul Alamin yang menciptakan segala isi tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi serta kesekelian makhluk makhluk baik yang ghaib mahupun yang zahir.

Saya berdo'a agar anda semua tetap tabah menghadapi cabran cabaran semasa yang timbul baik dari kalangan orang orang kaffir mahupun dari dalam umat Islam sendiri dan berpegang teguh pada Tali Allah yakni Al Quran Al Karim dan Sunnah peninggalan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saya berharap semoga seluruh umat Islam seMalaysia akan kembali menjalinkan ikatan persahabatan dan ukhuwah al Islamiyyah diantara satu sama lain dan berdiri sama gagah, sama perkasa menghadapi cabaran cabaran yang datang.

Do'a saya agar Maulid Ar Rasul 1430 Hijrah ini menjadi titik tolak anjakan paradigma sesama Muslim dan kita semua berhijrah dari perpecahan ummah kepada penyatuan jamaah.

Yang berilmu agama Islam hendaklah menyampaikan kepada yang belum faham dan yang arif jangan lah menyombong diri dan lupa terhadap asas perjuangan Rasulullah SAW.

Hendak seribu daya tuan tuan dan puan puan.

Pokoknya kita hendak berubah ke tahap beriman dan beramal yang lebih baik dari apa yang kita telah capai semalam.

Saya akan bercuti ke Pantai Timur Semenanjung mulai hari ini tetapi akan tetap bersama tuan puan semua melalui internet.

Salam sayang dan hormat saya kepada sekelian ulamak dan pejuang pejuang Islam seMalaysia.

Kepada urusetia sambutan Maulidur Rasul diseluruh negara, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Kepada Ketua Pengarah JAKIM, Dato Wan, saya ucapkan terimakasih diatas layanan pada saya tempohari dan kesudian Dato' mendengar panduan dannasihat dari orang kampong ini.

Kepada YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya ucapkan tahniah dan ribuan terimakasih kerana mengambil jalan silaturahim untuk merapatkan jurang diantara UMNO dan PAS serta jamaah umat Islam yang lain.

Bila bawa motor besar tu jaga jaga skit Dato Seri! Almaklum sahajalah dah jadi orang lama! :P Bukan anak teruna 20an lagi.....hehehehe...

Kepada kesemua peserta yang akan berarak berselawat ke atas Nabi, langkah lah dengan penuh bergaya dan khusyuk memuliakan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, Habiballah Al Mustafa, Rahmatulil Alamin.

Salam sayang saya kepada semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Zainol Abideen @ Mahaguru58
Presiden
Muslim Bloggers Alliance.
Post a Comment