Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 29, 2009

Sepetang di PWTC - Rakaman Suasana Persidangan UMNO 2009 (Kemaskini)

Assalamualaikum semua.

Sesudah solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Al Affan di Bandar Tun Razak, saya telah pergi melawat PWTC sempena sedang berlangsungnya Persidangan UMNO disana. Tujuan saya ke sana adalah untuk mencari buku buku agama dan juga politik yang selalu dijual selama persidangan tersebut. Niat dihati hendak mencari juga butang Baju Melayu untuk menambah koleksi saya kerana selalunya butang butang berkualiti dijual disana.

Saya kesana menggunakan sistem LRT kerana ada setesen di Putra Mall yang berdekatan PWTC. Mudah dan selamat, tidak payah pening kepala menghadapi kesesakan jalanraya. Letak saja kereta kami di Cheras dan naik LRT.

Memang meriah keadaan diPWTC seperti biasanya dengan suasana hingar bingar orang mengambil kesempatan berjual beli seperti pesta. Segala macam barang dagangan dijual disana.
Ini adalah rakaman suasana disana.

Artikel saya kali ini akan disulami dengan peribahasa Melayu baik yang lama mahupun yang saya gubah sendiri. Semoga ada manfaatnya. Insya Allah.























Segak bergaya dua veteran UMNO,

Sambil berbicara melalui telefon bimbit,
Melayu itu beradat tidak semberono,
Setiap pepatah maksud terbabit.
( Hakcipta Mahaguru58)


















Kalau ada padi dipaya,

Jangan kita menugal lagi,

Walau siapa menjadi raja,

Tangan kita tetap kedahi! (Pantun warisan)

Maksud peribahasa : Sebagai hamba rakyat, kita hendaklah sedar diri, hidup didalam naungan perintah Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu. Hakikat kehidupan kita disini, tak kiralah samada kita ni bangsa apa sekalipun, kalau dah namanya lahir dibumi Tanah Melayu Malaysia ini, mahu tidak mahu, maka kita kena akur akan adanya kita ini sebagai rakyat dibawah perintah Duli Paduka Sultan dan Raja Melayu.

Hanya mereka yang tidak sedar diri, sanggup menidakkan hakikat semasa kita ini. Barangsiapa yang sedar bahawa didalam negara Malaysia ini, kita terikat kepada satu perjanjian. Perjanjian untuk akur kepada undang undang tubuh negeri dan negara. Perlembagaan Malaysia sekarang walaupun dirangka dan ditetapkan oleh bekas penjajah negara ini, tetap mempertuankan Sultan dan Raja Melayu secara dasarnya.

Maka peribahasa diatas memerikan betapa kita ini jangan sampai lupa akan kedudukan masing masing hidup dibumi bertuah Tanah Melayu Malaysia ini.

Orang Cina pergi kepajak,
Dapat ringgit bergambar burung,

Barang dimana bumi dipijak,

Disitu langit kena dijunjung.
(Pantun warisan)

Benda mudah je ni. Sebagai rakyat, kita wajib setia terhadap `Ulul `Amri kita.


















Jika berjalan usah tersadung,

Takut nanti jatuh terlungkup
,
Orang berdagang kain tudung,
Aurat ditutup sikain serkup.
(Hakcipta Mahaguru58)

Hehehehe...sibuk benar nampaknya sipenjual tudung. Siap terjerit jerit melayan pelanggan.

Sungguh seronok melihat suasana orang ramai sibuk berjual beli semalam. Beberapa tahun sekali bilamana berlangsung suasana persidangan UMNO, maka kawasan sekeliling PWTC menjadi riuh dengan hiruk pikuk para pedagang mengambil kesempatan mencari rezeki masing masing dan menghidupkan persekitaran pusat dagangan tersebut.



































Duduk seorang bersempit-sempit,
duduk banyak, berlapang lapang.
(Pantun Warisan)
Maksudnya : Buah fikiran yang diperoleh dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian sahaja.


















Khabar jauh dengar dengarkan ; khabar dekat fikir fikirkan.


Maksud peribahasa : Tiap tiap khabar yang diterima hendaklah diselidiki dengan saksama supaya jangan tertipu.

Dewasa ini kita terdedah dengan pelbagai macam maklumat yang datang menerpa, haruslah kita menggunakan akal fikiran kita serta menimbang akan kesahihan sesuatu berita itu terlebih dahulu sebelum menerimanya sebagai berita yang benar ataupun tidak?
















Baik dari buku bercetak, dokumentari ditelevisyen, laman blog mahupun akhbar bercetak kerana ada kemungkinan ianya ada khilaf sang penulis mahupun penerbit ataupun pengarang!


















Kain sutera bersulam kuning cerah,

Diselang seli warna merah membara,

Jangan lah sampai kita buta sejarah,

Menidakkan bakti pemimpin pada negara.
(Hakcipta Mahaguru58)

Saya teringat akan beberapa peristiwa yang meruntun jiwa kebanyakan rakyat dan warganegara Tanah Melayu Malaysia ini bila timbul soal tanah ini milik siapa dan pelbagai kecaman serta buruk kelaku manusia manusia berkepentingan politik derhaka terhadap Raja dan Sultan Melayu dengan berkata nesta seraya sanggup membelakangkan sejarah menyatakan itu dan ini seolah mereka lah pembuka negeri, pengasas negara?

Pada hemat saya , manusia manusia yang celupar dan khianati negeri mahupun negara ini lupa akan hakikat perjuangan orang orang serta Raja Raja dan Sultan Melayu sejak Putera Palembang Parameswara berhijrah merentasi Selat Semenanjung membuka peradaban dan mengasaskan Negeri Melayu Melaka!

Oleh kerana kini, kebanyakan kita hidup selesa mencari nafkah dibawah naungan keturunan Duli Tuanku Sultan Sultan Melayu Melaka, pabila masa berganti masa, dewasa ini segelintir hamba rakyat mula engkar khianat dan bersikap derhaka nan celaka!

Mujur zaman sekarang Sultan dan Raja tidak lagi berkuasa mutlak kalau tidak sudah lama sang petualang kan dijemput para pendekar dan panglima singgah berkubur selama lama dipusara!

Tak begitu kaedahnya?

Inilah akibatnya bila Melayu lupa sejarah sehingga yang tak sedar diri diuntung hingar bingar bermaharajalela!

Saya terkenang peribahasa Melayu lama. 'Manusia tahan kias ; binatang tahan palu!'
Maksudnya : Mengajar manusia dengan sindiran ; mengajar binatang dengan pukulan!'

Apakah akan berkesan kata kata kiasan begini semata mata pada zaman sekarang dimana ramai anak Melayu serta yang lain cuma bersikap sambil lewa terhadap warisan bangsa dari dedaun masa yang telah lama berlalu?

Wallahu'alam bissawab!























'Adat tua menahan ragam
'.
Mungkin orang tua veteran UMNO ini sedang berfikir, melayang jauh ingatan nya terkenang zaman ia masih muda, berkunjung ke persidangan UMNO dulu dulu semasa Melayu masih gah dan empunya kata serta kuasa tidak tercabar?





















Seorang lagi ahli UMNO yang berusia.
Ahli sebegini perjuangannya bagaikan akar sokong, memperkasakan parti biar pun berkorban usaha, wang ringgit dan tenaga semata mata mahu melihat Melayu kukuh gagah sepanjang masa meneruskan wadah perjuangan memartabatkan agama,bangsa dan nusa.

Namun kebanyakan anak muda Melayu dewasa ini hilang arah dan maksud serta matlamat perjuangan?

Ada juga yang berusaha, menjual maruah dan masadepan sebangsa dan seagama semata mata demi segenggam wang ringgit dan juga demi kepuasan nafsu serakah yang dianggap mereka sebagai 'sedekah seks'! Apakah anda telah lupa? Na'uzubillahiminzalik!!!

Sayugia itu amat penting bagi kita pesan memesan serta ingat mengingatkan!

















Wanita wanita UMNO diperingkat akar umbi duduk bersila dan bersimpuh menatap layar besar mengikuti persidangan yang disiarkan.
















Berwarna warni segala macam pakaian, datang bertandang dari segenap pelusuk rantau dan pekan. Tanpa kehadiran mereka akan hilanglah seri perhimpunan.

Para pemimpin harus kenang akan jasa bakti sekelian yang hadir beramai ramaian.

'Jika bermewah sorang sorang , kembung perut jasad merana. Kalau banyak bahagi bahagikan, kalau sedikit colek colekkan'. (Hasil Cipta Mahaguru58)

Begitu juga dengan keseluruhan gagasan parti politik Melayu Muslim. Jika hendak terus ujud memegang tampuk pemerintahan negara ini, maka haruslah mengambil cara berpakat dan bersatu tekad untuk menuju kecemerlangan ummah.

Bagaikan peribahasa lama 'Bulat air oleh pembuluh ; bulat kata oleh muafakat'.

Insya Allah!























S.H. Alattas.


Nama yang tidak asing lagi bagi pemerhati politik dan peminat buku buku yang dihasilkan beliau sejak zaman akhir 60an. Saya menemui penulis politik ini semasa Pak Habib duduk bersantai bersama teman temannya direstoran Riverside didalam PWTC. Beliau sedang menjual buku terbarunya berjudul 'Najib Tun Razak VS Kaki Kacau Malaysia'.

















Saya membeli senaskah buku Pak Habib dengan harga RM30 tunai dipustaka yang terdapat disana. Saya dapatkan tandatangan S.H. Alattas didalam ruang mukadimah buku tersebut sebagai merakamkan kenangan bertemu semuka dengan penulis terkenal tanahair kita ini.

















Orangnya tidak sombong dan selesa berbicara tentang perkembangan politik tanahair kita. Saya perhatikan tulisan beliau seiring dengan pendapat dan fikrah saya tentang petualangan sebilangan besar dari mereka yang ingin menggadaikan bumi tercinta ini demi kerakusan dan tamak terhadap kuasa pemerintah walaupun prinsip prinsip agama mahupun bangsa sanggup mereka gadaikan demi merebut takhta Kerusi Menteri Perdana!

















Saya tidak menjangka akan bertemu seorang lagi insan terpilih iaitu Profesor Dato' Dr. Raden Johari Mansor di PWTC! Pertemuan ini berlaku secara kebetulan bilamana saya berlalu diruang pameran dan niaga disana, saya melihat orang ramai berkerumun menyaksikan rawatan spontan pengamal perubatan menggunakan kaedah rawatan Islam yang selalu saya hebahkan melalui laman blog saya dan juga melalui akaun You Tube saya itu.


















































Segak tampan bergaya orangnya berbaju kot hitam serta bersongkok baldu asyik merawat sesiapa sahaja yang bermasaalah kesihatan disana secara percuma. Semasa saya berada diruang usahaniaganya itu, Prof Dato' Dr. Raden Johari Mansur sedang merawat seorang wanita berumur yang menghadapi masaalah ketumbuhan @ fibroid didalam rahim beliau.

Prof menggunakan kaedah semburan air Zam Zam yang dibacakan ayat ayat suci Al Quran dan bilamana habis semburan itu ke wajah sipesakit, keluar air berwarna merah seakan darah dari wajah perempuan itu. Menurut Prof ianya menunjukkan bahawa wanita itu sedang mengalami ketumbuhan fibroid didalam rahimnya disebelah kanan yang menunjukkan keadaan sakitnya pada cara air merah itu terbit berlebihan pada sebelah kanan wajahnya:

Wallahu`alam. Perkara sebegini diluar bidang orang kebanyakan. Hanya mereka yang melibatkan diri didalam lapangan perubatan alternatif atau Rawatan secara Islam yang mungkin faham akan tatacaranya. Saya selaku seorang yang percaya terhadap kelebihan kaedah Islami tidak ragu atau was was akan apa yang dianjurkan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam didalam merawat penyakit zahir dan batin manusia menurut ilmu perubatan begini.
















Selepas bertemu Professor Dato' Dr. Raden Johari Mansor, saya terjumpa rakan seperjuangan saya iaitu Blogger Nobisha. Beliau telah dijemput Astro Awani pada hari Khamis malam Jumaat untuk menjadi salah seorang panel program bual bicara politik stesen tv swasta tersebut berbincang mengenai perubahan pucuk kepimpinan UMNO bagi penggal 2009 -2012 ini.

Selepas bersalam salaman dengan Nobisha, saya terus berjalan jalan melihat barangan dagangan yang sedang dijual diPWTC.

Sempat saya membeli kamus peribahasa dari anak syarikat Dewan Bahasa dan Pustaka @ Dawama Sdn Bhd.

Tiba tiba berlalulah hero hencem Dr.Fazley yang dulunya dikaitkan sebagai pasangan Siti Nurhaliza Tarudin yang kini berkahwin dengan Datuk K dan terkenal pula dengan hijab yang tak pernah lekat atau sempurna cara pakainya!
















Maka saya tegurlah si Dr Fazley supaya sudilah kiranya singgah bergambar dengan saya didalam ruang kedai buku itu.

Dr.Fazley dengan 'sporting'nya singgah le berposing sekejap. Beliau di iringi beberapa orang stafnya. Jangan tak tahu, anak muda ini bertugas sebagai 'Pengarah Eksekutif' PWTC dan merupakan menantu Datin Seri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak!

Hehehehehe...tuah badan Dr. Fazley oi.....

Dr.Fazley rupanya kenal siapa saya ini dan berkata bahawa beliau pernah membaca blog saya. :P

Aiseyman...sorang lagi pembaca blog orang kampong ni......Alhamdulillah!

Terimakasih anakanda Dr. Fazley. Semoga aman bahagia kekal berbahagia sampai ke anak cucu!

Amin....

Selepas membeli buku dan mengucapkan selamat kepada Dr.Fazley, saya terus lagi pergi mengambil gambar dipersekitaran kawasan gerai perdagangan yang meriah. Terjumpa saya dua orang anak gadis Melayu ini yang malu malu bila melihat orang tua ini siap dengan kamera digital kami.....
















Maka saya minta mereka berdua posing sekejap...hehehehe..
















Peniaga dari Kelantan ini amat 'sporting' sudi memusingkan kepala memberi posing istimewa kepada saya bersama sikecil bermata bulat itu...Hehehehehe...















Bayi comel bermata bulat merenung tepat ke lensa kamera! :)

Saya perhati budak budak sekarang memang bijak sungguh. Kalau kita nak ambil gambar mereka, memang tepat sekali pandangan mereka menghadap kita. Subhanallah! Bijak sungguh!
















Sempat saya membeli satu DVD penerangan tentang Islam syarahan Shaykh Khalid Yasin terbitan 1 Islam Productions ' What Do You Really Know About Islam' berharga RM30 dari sahabat kita yang terpapar disini. Fasih berbahasa Melayu, beliau bertugas menjual kitab kitab dan buku agama serta dvd media Islam di PWTC sepanjang persidangan.

Insya Allah, jika tiada aral melintang, mahu saya mengeluarkan media penerangan tentang Islam untuk edaran percuma kepada massa bilamana sahaja saya mampu berbuat demikian atau mendapat peruntukan dana bagi tujuan tersebut dari pihak berkuasa JAKIM dan Menteri Agama kita.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan saya untuk Kerajaan Malaysia membiayai Unit Dakwah Bergerak ke kawasan kawasan tertentu didalam negara kita bagi menyampaikan Dakwah Al Islamiyyah kepada masyarakat kita yang kurang kefahaman Agama Islam serta membantu pihak pihak NGO Islam berhubungan mesra dengan mereka yang berada dikawasan pedalaman dan luar bandar serta masyarakat kota yang turut ketandusan ilmu dan kefahaman tentang Islam.

Do'akan lah kami berjaya mendaulatkan Ad Deenullah seupaya kami, Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.
Post a Comment