Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 03, 2009

Sidang Media Ketua Pengarah JAKIM di Putrajaya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh!

Muslimin Muslimat sekelian.

Semalam saya dijemput Dato Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke pejabatnya untuk berbincang mengenai hal ehwal semasa terutamanya tentang isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang orang kafir terutamanya pihak gereja Kristian Katolik Malaysia.
















Saya bersama Yang Berbahagia Dato' Hj. Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dipejabat beliau.


Saya turut diundang ke sidang media bersama Dato' KP yang diadakan untuk memberi taklimat kepada media perdana negara tentang aturcara dan perancangan Maulidur Rasul 1430 Hijrah ini yang akan julung julung kalinya di adakan secara besar besaran di ibunegara kita.


































Sidang media ini telah diadakan di Dewan Syura, Aras 9, Blok D7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Presint 1, Putrajaya.



































Gambar kenangan bersama YB Menteri Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi didalam pertemuan khas bersama Bloggers Malaysia seperti rakan seperjuangan saya Saudara Ahiruddin Atan @ Rocky Bru, Nuraina Samad, Ketua Ketua Pengarah JAKIM, IKIM, Ketua Hakim Syarie Malaysia dan beberapa pegawai atasan kerajaan yang lain di Putrajaya baru baru ini.

Dato Hj Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz selaku Ketua Pengarah JAKIM turut menjelaskan kepada sidang media tentang hakikat kenapa Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan istilah istilah tertentu yang menjadi teras ajaran Agama Islam di Malaysia ini dari digunapakai oleh orang orang Kaffir disini seperti pihak Gereja Katolik Kristian yang beriya iya benar hendak menggunakan perkataan 'Allah' untuk gantinama 'tuhan' menurut kepercayaan mereka didalam penerbitan majalah Herald?























Ruang dalam Kompleks Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Presint 1 Parcel D, Putrajaya.

















Saya telah mengadakan sesi bual bicara bersama Dato KP selepas sidang media tersebut dan kemudian solat berjamaah bersama Dato Wan diruang pejabat beliau.

Kami kemudian berbincang mengenai beberapa isu pokok didalam suasana hal ehwal siasah negara dan juga tentang ancaman puak puak Kafir didalam suasana kemelut ummah menghadapi keadaan politik yang bergolak sekarang didalam negara.

Saya turut menyampaikan maklumat terkini tentang Muslim Bloggers Alliance dan perancangan untuk mengembangkan aktiviti Dakwah al Islamiyyah melalui jaringan bloggers se Malaysia.

Sempena Bulan Dakwah Kebangsaan ini, maka saya turut mengusulkan kepada Dato KP untuk bersama sama dengan kami di MBA melancarkan beberapa siri jelajah Dakwah untuk menerangkan tentang kebenaran Islam kepada anggota masyarakat.

Walaupun dunia kita sekarang ini semakin canggih dengan sistem telekomunikasi yang hebat dan berupaya menerobos segala sempadan negeri dan negara, masih perlu kita sebagai umat Islam menjalankan aktiviti dan kegiatan Dakwah al Islamiyyah secara bersemuka dengan seisi masyarakat disemua peringkat.

Dunia hiburan di tanahair semasa kini lebih cenderung kepada melalaikan umat Islam dari menghayati dan mengamalkan ajaran ajaran Islam didalam ertikata sebenarnya.

Sebagai contoh, semasa saya menemui umat Islam yang turut bersolat Jumaat baru baru ini di Masjid Saidina Othman bin Affan di Bandar Tun Razak dan mengajukan soalan saya kepada mereka tentang apa yang mereka faham tentang larangan kepada orang orang kaffir dari menggunapakai perkataan 'Allah' untuk gantinama'Tuhan' menurut kepercayaan mereka, ramai dari kalangan umat Islam yang pada pandangan saya mesti alim berdasarkan pakaian dan penampilan mereka telah berterus terang bahawa mereka kurang faham tentang bab itu dan meminta saya mencari orang lain sahaja untuk di wawancara!

Bukan mahu bersangka buruk terhadap orang orang Islam sebegitu, tetapi hati kecil ini agak terkilan kerana kurangnya saudara seIslam dengan saya mahu tampil kemuka berani menyatakan yang hak dan mencegah yang batil!

Kemana perginya sifat berani kerana benar ; takut jika bersalah umat Islam seMalaysia?

Apakah kini terbukti bahawa kualiti umat Islam Malaysia hanya seperti digambarkan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam bagaikan buih dihujung ombak lautan?

Bilangan kita sahaja ramai tetapi yang benar benar menghayati dan mengamalkan ajaran ajaran Islam sebaik mungkin dan sedaya upaya kita hanya segelintir kecil sahaja!

Ini baru bertanyakan pendapat tentang sama ada setuju ke tidak kafir Kristian menggunapakai perkataan 'Allah' ?

Belum lagi dipinta bersiap sedia untuk berperang fisabilillah untuk menegakkan Ad Deenullah!

Apakah sudah terbukti benar seperti sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa umatnya diakhir zaman ini ramai yang akan ditimpa penyakit 'Wahn' yakni cintakan kehidupan dunia dan takut pada mati?

Sebab itulah maka saya kini mendampingi KP JAKIM dan Menteri Hal Ehwal Agama Islam Malaysia serta 'Ulul Amri kita yang lain supaya sedar akan sokongan tidak berbelah bagi para Bloggers Muslim Malaysia untuk bersama sama mereka memperjuangkan Daulah Islamiyyah dan supaya mereka tidak gentar menghadapi serangan serangan musuh kita.

Bagi pihak diri saya sendiri, saya telah lama bersumpah untuk menghabiskan sisa sisa hidup saya di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam apa cara sekalipun.

Buat masa ini, saya memilih jalan Dakwah al Islamiyyah melalui medan siber untuk menerangkan tentang hal ehwal berkaitan Islam sedaya saya menurit apa yang telah dan sedang saya pelajari dari segala sumber sumber yang sah serta berasas didalam negara kita dan dari lautan ilmu yang ditinggalkan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam didalam kitab kitab Hadis Baginda dan juga dari Tafsir Tafsir Al Quranul Karim, Kitabullah yang saya berpegang teguh dan mengamalkannya seupaya saya.

Saya telah berjanji kepada Dato Wan akan bersama sama beliau didalam usaha Dakwah al Islamiyyah ini dan akan menggembeling tenaga dan upaya untuk menyampaikan Risalah Ad Deenul Islam.

Insya Allah.

Saya menyeru kepada tuan puan untuk bersama sama membantu dan menyokong pihak berkuasa Agama Islam untuk mengukuhkan dan menerangkan kepada baik yang Muslim mahupun yang kaffir akan kebenaran Islam dan membanteras usaha durjana pihak pihak yang ingin mengeruhkan lagi suasana politik dan agama didalam negara tercinta kita ini.

Bagi pihak diri saya, saya akan terus berusaha didalam bidang Dakwah al Islamiyyah ini cara saya sendiri melalui laman blog saya dan juga melalui program penerangan tentang Islam melalui video video terbitan saya menggunapakai nama Mahaguru58 Productions.

Insya Allah, semua video video saya adalah disiarkan secara percuma untuk edaran umum sedunia.

Demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Innad Deen na ind Allah hal Islam!

Sesungguhnya Agama disisi Allah hanyalah Islam.

Ini hakikat! Barangsiapa yang walau sezarrah cuma mengiktiraf sebarang kepercayaan lain adalah tidak sempurna Iman dan Akidahnya.

Harap kaji perkara ini dan yakin seyakin yakinnya bahawa hanya Islam sahaja yang Hak dan yang lainnya termasuk perkara perkara Batil.

Wallahi Wabillahi!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh!
Post a Comment