Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 15, 2009

TV JAKIM - Bengkel sehari di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
















Muslimin Muslimat sekelian.

Semalam, saya dan blogger rakan seperjuangan saya didalam Perikatan Penulis Blog Muslim @ The Muslim Bloggers Alliance, Hajjah Zabrina Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Sis Zabrina, telah menghadiri Bengkel TV JAKIM sepanjang hari di Institut Latihan Islam Malaysia @ ILIM di Bangi, Selangor.

Bengkel ini sepatutnya dihadiri bersama oleh Saudara Ahiruddin Atan @ Rocky Bru tetapi beliau ada urusan di JB dan Singapura katanya dan meminta saya mewakili Bloggers Muslim didalam negara kita.

Justeru itu maka saya memaklumkan kepada rakan rakan bloggers yang lain didalam MBA namun hanya Sis Zabrina sahaja yang sanggup untuk berbengkel sehari bersama sama para pegawai JAKIM dan ahli ahli akademik negara kita serta tokoh tokoh agama dan pengguna Islam lain didalam acara tersebut semalam.

Ribuan terimakasih saya ucapkan kepada Sis Zabrina diatas kesudian beliau hadir bersama saya didalam bengkel bersejarah ini.

Bengkel sehari yang telah berlangsung semalam dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mashitah mewakili Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia.
















JAKIM @ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan melancarkan stesen televisyen Islam rasmi pertama negara kita pada 1hb Julai 2009 ini. Buat masa ini nama stesen TV yang akan dikendalikan oleh JAKIM berjenama TV JAKIM.

Bengkel 1 - Berita Islam.

Kertas kerja dibentangkan oleh Encik Ahmat bin Abdul Wahab, Pengurus Kanan Bernama TV.

Encik Ahmat membentangkan mengenai apa dia yang difaham sebagai Berita Islam? Antara isi kandungan kertas pembentangannya adalah mengenai takrifan tentang Berita Islam.
















Menurut Encik Ahmat, Berita Islam harus mencakupi apa apa sahaja berita berhubungan Agama Islam, Negara dan Penduduk / Masyarakat. Beliau menerangkan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh pengujudan TV JAKIM dan sebagai satu lapangan untuk menyampaikan maklumat tentang Islam kepada massa.

Bengkel 2 -Hiburan Islam.
















Kertas kerja disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Zulkifli Ab.Ghani (UKM)
(Beliau berbaju batik hijau diatas).

Diantara isi kandungan kertas kerja Prof. Zulkifli adalah tentang dimana letaknya unsur hiburan didalam konteks pengamalan ajaran Islam didalam ertikata kehidupan umat Islam hari ini?

Prof. Zulkifli menghuraikan tentang perbezaan pendapat ulama dan bijak pandai Islam dunia didalam perbincangan mengenai halal haramnya aspek aspek hiburan didalam agama kita.

Bengkel III - Kewangan Islam














Professor Dr.Abdullah @ Alwi Hj Hassan dari ISTAC dan UIAM menyampaikan kertas kerja tentang aspek Kewangan Islam.

Professor Dr. Abdullah @ Alwi menerangkan tentang prinsip prinsip ekonomi Islam kepada sidang peserta bengkel. Didalam perancangan program program TV JAKIM akan diterbitkan rancangan penerangan dan perbincangan tentang Ekonomi Islam.

Takrif ekonomi Islam yang dibentangkan oleh Professor Dr.Abdullah @ Alwi : ' ilmu yang mengkaji kegiatan hidup manusia mengikut peraturan-peraturan Syari'ah dari segi memperoleh, mengurus dan mengawal sumber asli bagi faedah diri, ummah dan manusia sejagat dalam bidang kebendaan dan kerohanian untuk mendapat keredhaan Allah dan kejayaan (al-falah) didunia dan akhirat'.

Falsafah ekonomi Islam menurut Prof. Dr.Abdullah @ Alwi adalah berkonsep kepada:
  1. Pengesaan kepada Allah ( Tauhid `Ulluhiyah);
  2. Ketuanan Allah (Rububiyyah);
  3. Penyucian diri ( Tadhkiyyah);
  4. Keimanan pada Hari Qiyamat ( Al-Iman bi Yawm al Qiyamah);
  5. Kekhalifahan manusia ( Khilafat Al-Insan);
  6. Kesamaan dan persaudaraan Islam ( Al-Musawat wal -alMu`akhat fi al-Islam); dan
  7. Hak milik ( Haqq al-Tamlik)
Prof. Dr.Abdullah @ Alwi telah menerangkan dengan terperinci tentang bab Ekonomi Islam tetapi saya meringkaskan sahaja diatas sebagai memberikan tuan puan akan muqadimah penyampaian nya sahaja.

Pembentang seterusnya adalah Prof. Dr. Ridzuan Othman (UM) yang membentangkan Kertas Kerja didalam Bengkel IV yang menyentuh bab Isu Isu Semasa.
















Diantara isi kandungan kertas kerja Prof.Dr.Ridzuan Othman yang disampaikannya adalah perlunya ada media TV Islam yang boleh menyampaikan maklumat tentang isu semasa bersifat global kepada dunia.

Beliau menayangkan beberapa slaid yang menunjukkan betapa dunia semasa ini tidak diberikan maklumat sebenar tentang perkara perkara yang berkaitan dengan isu melibatkan tokoh tokoh dan gerakan Islam.

Beliau juga mendedahkan bahawa semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, pihak berkuasa Islam di Turki menghantar pasukan tentera untuk membantu Melaka tetapi perkara ini tidak pernah diketahui ramai.

Prof. Dr. Ridzuan menyampaikan kertas kerjanya dengan sungguh berkesan dan berjaya menarik perhatian semua yang hadir dengan maklumat maklkumnat yang disampaikannya.

Matlamat penyampaiannya adalah bertujuan untuk memberi garispanduan kepada pihak pentadbiran TV JAKIM untuk menyediakan program Berita TV JAKIM dengan adil, berani dan saksama bila bersiaran nanti.

Studio TV JAKIM sudah disiapkan di Ibupejabat JAKIM di Putrajaya. Siaran TV JAKIM akan dikendalikan oleh pihak ASTRO.

Saya turut memberikan maklumbalas saya kepada usul usul yang disampaikan oleh ahli ahli akademik yang ada.

Ini gambar saya bersebelahan Pengarah Media Elektronik dan Penyiaran @ MEP JAKIM, Tuan Haji Wan Bukhari bin Wan Daud yang amat berhemah dan berbudi bahasa sepanjang kami berbengkel semalam.

































Tuan Haji Wan Bukhari sendiri yang menjemput saya dari meja pendaftaran dan membawa saya naik ke Bilik Seminar 2, Aras 1, Bilik Akademik A, di Institut Latihan Islam Malaysia semalam.

Begitu juga dengan Sis Zabrina yang turut memberikan pandangan beliau didalam sesi menyuarakan pendapat didalam membahaskan usulan usulan para pembentang kertas kerja mengenai perancangan pengisian pengisian program TV JAKIM.
















Kami turut memberikan cadangan nama stesen TV JAKIM dan isi rancangan tersebut. Saya mencadangkan nama komersial TV JAKIM untuk dijenamakan sebagai ' TRUTH TV '.

Saya mencadangkan nama itu sebab saya memikirkan tentang hakikat bahawa TV JAKIM ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, jabatan berkuasa keatas segala hal ehwal urusan agama Islam nan maha suci dinegara kita.

Apakah JAKIM akan mahu menyiarkan sesuatu rancangan atau program yang mengandungi penipuan atau bersalahan dengan ajaran Islam? Sudah tentu tidak!

Sekiranya pentadbiran stesen TV JAKIM atau ' TRUTH TV' sepertimana cadangan saya terlaksana dengan sempurna, maka seharusnya kita semua menyokong penubuhan stesen TV Islam ini.

Stesen TV JAKIM ini berupaya menerobos sempadan negara kita kedunia antarabangsa. Dunia antarabangsa sebenarnya amat memerlukan kehadiran stesen rasmi sebuah kerajaan yang berteraskan ajaran Islam sebenar.

Walau ada segelintir manusia manusia yang tidak sedar diri adanya mereka disini setelah diciptakan Allah Rabbul Jalil dan membenci kebenaran Islam, sebahagian besar umat manusia lain sedang berhijrah ke arah memeluk Islam dan hidup didalam naungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Diantara tetamu kehormat dan peserta bengkel perancangan penubuhan TV JAKIM semalam adalah tokoh Maulidur Rasul 1430 Hijrah Dato' Dr. Ma'amor Osman Setiausaha Agung PPIM @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Setiausaha Penerangan PPIM, Saudara Zulkefli Mohamad.
































Semasa sesi rehat dan minum pagi, Dato' Ma'amor Osman telah berkenal2an dengan saya dan Sis Zabrina. Ini dia gambar kenangan bersama Dato' Ma'amor dan Saudara Zulkefli Mohamad.


































Kelihatan dua orang penerbit TV JAKIM sedang mengikuti sesi perbincangan dan pembentangan kertas kerja oleh ahli ahli akademik negara kita serta pandangan dari aktivis media baru seperti kami para bloggers MBA.

Mereka adalah Puan Azura Mohamed Yusof dan Encik Muhammad Farid Hj Shuib yang amat suka dengan cadangan cadangan kami dari Muslim Bloggers Alliance untuk program penerbitan akan datang mereka.

Puan Azura suka dengan cadangan saya untuk TV JAKIM terbitkan rancangan Panduan Asas Asas Ibadah untuk umat Islam terutamanya untuk Saudara Saudari Baru kita yang terdiri dari bangsa bangsa bukan Melayu seperti Cina, India dan Kaukasia.

Program program TV JAKIM terutamanya yang bersifat Dakwah al Islamiyyah harus diterbitkan didalam 4 bahasa didalam negara kita. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Saya rasa jika boleh kita patut juga menerbitkan program program TV JAKIM didalam loghat loghat daerah atau pun dialek dialek lain seperti Bahasa Orang Asli, Kadazan Dusun, Iban, Bahasa dialek Hokkien, Teochew, Kantonis, Bahasa Hindi dan Urdu, Punjabi,dsbnya.

Masyarakat kita sudah lama diadu domba oleh pihak pihak bukan Islam dengan maklumat dan berita serta cerita yang salah dan palsu mengenai Islam. Sudah sampai waktunya kita yang bermatlamat mendirikan Daulah Islamiyyah berusaha menggembeleng tenaga, fikrah dan sumber untuk membantu pihak JAKIM didalam perancangan menubuhkan TV JAKIM ini.

Bagi pihak diri saya ini dan ahli ahli Muslim Bloggers Alliance, saya telah bertekad untuk bersama dengan TV JAKIM sampai akhir hayat saya. Insya Allah.

Bengkel Penyediaan Kandungan Rancangan Bagi Penubuhan TV JAKIM ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) JAKIM, Encik Mohd. Noor Abdul Hamid.

Bersama samalah kita doakan semoga TV JAKIM akan berjaya dilancarkan dan beroperasi dengan licin sampai bila bila.

Amin.
Post a Comment