Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 29, 2009

Bila PAS dan UMNO bertelagah ; yang menjadi mangsa adalah umat Islam seMalaysia!

Tuan tuan dan puan puan,

Bila direnung sejenak akan ribut politik yang berterusan didalam Negeri Perak Darul Ridzuan, ianya tak ubah seperti yang diungkapkan didalam peribahasa ' Gajah sama gajah berjuang ; pelanduk mati tersepit ditengah!'

PAS dan UMNO yang sama sama berbangsa Melayu beragama Islam sudah sekian lama asyik bertelagah diantara satu sama lain sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957!

Sebelum itu boleh dikatakan umat Islam negara ini bersatu sebagai sebuah jamaah yang berjuang menentang penjajahan pelbagai macam pihak kuasa besar asing yang datang menakluki dan merampok hasil galian dari bumi semenanjung ini.

Dari Portugis berganti pihak Belanda kemudiannya dijajahi pihak Inggeris beralih pulak ke tangan Jepun kemudian Inggeris kembali!

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, nasib umat Islam negara ini menjadi semakin buruk bila jamaah mereka berpecah ke dua pihak.

Satunya UMNO dan serpihannya PAS.

Walaupun UMNO telah berkuasa sejak sekian lama, mereka tidak berupaya didalam ertikata sebenar benarnya meletakkan Al Quran dan Hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam sebagai asas perundangan negara baru Malaysia ini kerana pihak British telah merangka Perlembagaan Negara ini sebegitu rupa dimana dibawah Artikel 4.1 dimana dinyatakan bahawa mana mana undang undang yang digubal selepas Merdeka yang berlawanan dengan Perlembagaan Negara draf Inggeris itu dianggap terbatal dengan sendirinya!

Bermakna pihak British telah meletakkan bom jangka perundangan untuk menyekat sebarang usaha mana mana pihak untuk mengubah perlembagaan ciptaan mereka ini sampai bila bila melainkan ahli ahli Parlimen negara ini samada sebulat suara atau majoriti dua pertiga mengundi menyokong merubah Perlembagaan Negara ini dari yang bersifat sekular sekarang ini kepada Perundangan Syariah Islam sepertimana yang menjadi hasrat kebanyakan dari umat Islam negara ini!

Sekian lama ini PAS melaung laungkan bahawa penegakkan Hukum Syariah Allah dan sistem Kehakiman Islam menegakkan Hukum Hudud Allah menjadi dasar perjuangan mereka tetapi baru baru ini mantan Menteri Besar Kerajaan DAP-PKR-PAS Dato Seri Nizar Jamaluddin meletupkan bom besar didalam persidangan Kerajaan Negeri Perak yang diterajuinya dengan bertanya Ketua Pembangkang BN Dato Tajol Rosli supaya menunjukkan dimana dia tertera bahawa PAS bercadang menegakkan Negara Islam didalam Perlembagaan PAS samada didalam bentuk memorandum dan sebagainya?

Memang amat mengecewakan sekali pendedahan Nizar bahawa PAS memang tidak merancang untuk menegakkan Negara Islam seperti yang kita percaya selama ini?

Mungkin keadaan politik semasa merubah pendirian PAS tetapi bagi saya Nizar cuma seorang ahli politik PAS yang memegang kuasa pada waktu itu dan tidak mewakili partinya secara mutlak semasa berkata begitu?

Jika kita hendak membandingkan kenyataan nya dengan realiti akan kuasa kerajaan persekutuan yang dipegang UMNO, mahu pula kita bertanya tentang apakah pula yang telah dilakukan UMNO sejak berkuasa sekian lama ini?

Kenapa tidak dibongkar sahaja Perlembagaan Malaysia itu bila mereka memegang kuasa dua pertiga di Parlimen sejak sekian lama dan baru hari ini hendak beristighfar dan sebagainya menyesali kenyataan Dato Seri Nizar bahawa PAS tidak berhasrat untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia ini didalam ertikata sebenarnya?

Nah, sekarang Kerajaan Negeri Perak sudah kembali jatuh ke tangan BN dan Datuk Zambry Abdul Kadir yang beriya beristighfar semasa Nizar nyatakan tidak akan menegakkan Negara Islam pula yang menjadi Menteri Besar!

Apakah Datuk Zambry bersedia menegakkan Negara Islam di Malaysia bermula dengan Kerajaan Negeri Perak yang hari ini dibawah kuasa dirinya?

Jika tidak, maka apakah bezanya siapa yang berkuasa diantara PAS dan UMNO?

Kedua duanya hanya sekadar beretorik sahaja!

Islam yang digembar gemburkan itu hanya menjadi modal ceramah politik kedua dua parti ini dan yang sedang rugi besar sekarang adalah tidak lain dari rakyat jelata yang menjadi umat Islam Malaysia sahaja.

Tontonilah sandiwara politik kedua PAS dan UMNO ini didalam video video yang saya muatkan dibawah.

Bahagian 1

Bahagian 2


Kini BN yang memerintah Negeri Perak secara kelebihan kerusi Dewan Undangan Negeri akibat tindakan 2 ADUN dari PKR dan 1 dari DAP mengisytiharkan diri keluar dari parti masing masing dan menyokong BN.

Video dibawah merakamkan ketidakpuasan hati sebahagian dari rakyat Negeri Perak yang kebanyakan mereka berbangsa Cina mahukan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri diadakan semula.


Maka Mursyidul Am PAS pun mengisytiharkan bahawa Kerajaan BN Negeri Perak pimpinan Datuk Zambry itu adalah Kerajaan Haram sepertimana didedahkan didalam video dibawah ini :



Jika dipegang pada prinsip demokrasi memang begitulah nampaknya hakikat bahawa Kerajaan BN yang di Negeri Perak ini bermasaalah kerana terdirinya ia diatas dasar pengkhianatan 3 orang wakil rakyat itu yang di undi oleh rakyat Perak diatas tiket parti PKR dan DAP.

Memang mengkelan kata orang utara. Maka sebab itulah Datuk Zambry yang menjadi Menteri Besar Perak hari ini masih tidak senang duduk kerana perlantikannya bercanggahan dengan sistem demokrasi sepertimana yang dipegang dan difahami orang kebanyakan.

Jika digunakan akal logik biasa, moleklah diadakan pilihanraya umum bagi negeri Perak Darul Ridzuan secara referendum bagi menyelesaikan masaalah yang sedang meredap ini dan selesaikan kemelut politik yang berterusan sehinggalah ke saat ini.

Namun, apa yang saya nampak adalah umat Islam sedang diperkotak katikkan oleh kesekelian ahli politik baik dari UMNO mahupun PAS dan akhirnya umat Islam akan terkena sindrom ' 'ayam terlepas ; tangan berbau tahi!'.

Ini yang merunsingkan hati....
Post a Comment