Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 24, 2009

Hidangan Arak di Pertunjukan Fesyen di Suria KLCC! (Dikemaskini)

Assalamualaikum saudara saudari Muslimin Muslimat sekelian.

Anda mungkin tidak kan terfikir bahawa didalam negara ini yang kononnya sebuah Negara Islam dan salah satu negara yang menjadi pemimpin didalam pertubuhan Negara Negara 'Islam' OIC, perkara perkara maksiat dan haram akan dibendung dan dicegah oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia!

Namun kehadiran saya suami isteri ke Suria KLCC hari ini diatas keperluan membeli belah di Isetan telah dikejutkan dengan penghidangan arak secara terbuka oleh penganjur pertunjukan fesyen Salabianca ditengah tengah Concourse Suria KLCC!

















Yang membuatkan saya menjadi meluat dan benci sangat sangat adalah bagaimana pekerja pekerja dan pelayan pelayan pertunjukan fesyen 'show' itu yang rata rata nya terdiri dari lelaki dan wanita muda Melayu selamba derk saja menghidangkan arak jenis 'Jacob's Creek' dari Australia kepada para penonton pertunjukan fesyen itu!

Buta agama?

Jahil tahap gaban?

Ma'arof sintok kelas samdol?

Apa dia lagi gelaran yang hendak kita berikan kepada manusia manusia berbangsa Melayu dan berlabel Muslim ini tetapi tega menghidangkan minuman haram yang dilaknati Allah Azza Wa Jalla dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam?

Saya terpinga pinga melihat bartender berbangsa Melayu itu selamba saja menegok dan menelan wain dikhalayak ramai!!!
















Firman Allah Ta'ala :

Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan."
( Surah al-Mai'idah : 2 )

Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya.

Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata :

Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."

(Hadis riwayat Muslim)

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fath al-Mubin li Syarh al-Arba'in dalam mensyarah kalimat di dalam hadis yang tersebut di atas bahawa mengingkari dengan hati itu ialah :

"Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika dia berkuasa (mengingkarinya) dengan kata-kata atau perbuatan,(nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya.

Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu.

Jika redhanya itu kerana menghalalkannya (beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram) sedangkan hukum kemaksiatan itu haram dengan ijma' dan telah diketahui umum iaitu ma'lum min ad-din bi adh-dharurah, maka dia dihukumkan kufur.

Manakala jika redhanya itu kerana menurutkan hawa nafsu ( tidak beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram), maka dia dihukumkan fasiq, tidak kufur dengannya.

Perkara ini ( membenci kemungkaran) adalah wajib 'ain ke atas setiap orang kerana semua orang berkuasa pada melakukannya".

Adapun hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadis dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum (ma'lum min ad-din bi adh-dharurah).

Firman Allah Ta'ala :






90. Ya ayyuha allatheena amanoo innama alkhamru waalmaysiru waal-ansabu waal-azlamu rijsun min AAamali alshshaytani faijtaniboohu laAAallakum tuflihoona

Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
( Surah al-Ma'idah : 90)

Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :














Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan :
  1. Orang yang memerah arak ;
  2. Orang yang minta diperahkan arak ;
  3. Orang yang meminum arak ;
  4. Orang yang membawa arak ;
  5. Orang yang minta dihantarkan arak ;
  6. Orang yang menuangkan arak ;
  7. Orang yang menjual arak ;
  8. Orang yang makan harga arak ;
  9. Orang yang membeli arak ;
  10. Orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Maka dengan ini adalah jelas bahawa umat Islam tidak boleh sama sekali terlibat dengan industri arak didalam apa cara sekalipun bahkan apa sahaja jenis minuman yang diharamkan oleh syara', haram hukumnya menyertai perusahaan atau perniagaan tersebut kerana dengan secara tidak langsung ia menandakan bahawa kita redha, menyokong, memberi pertolongan kepada penyebaran (mempromosi dan mengiklankan ) minuman tersebut, walaupun kita tidak berniat sedemikian.

Malah adalah wajib bagi orang Islam tidak ikut serta perniagaan tersebut berdasarkan kepada mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah dan Tarmizi yang tersebut di atas, kerana tidak ikut serta adalah di antara tanda-tanda kebencian (mengingkari) dengan hati.

Hukum ini samalah juga memakai baju yang memaparkan lambang jenama minuman keras, kerana ada unsur redha dan mengajak kepada peminuman minuman haram itu.

Maka demikian itu pula qiyas memakai baju yang berjenama minuman keras atau memaparkan jenama dan lambang persatuan-persatuan dan simbol-simbol Kristian adalah sama hukumnya seperti yang diterangkan di atas, kerana penggunaan dan pemaparan jenama-jenama dan lambang-lambang itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan mengenalkan minuman keras (arak) dan syarikat pembuat arak yang berkenaan, supaya ianya lebih dikenali dan lebih diminati sehingga pada akhirnya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu.

Orang Islam mestilah berhati-hati dan peka serta bersikap tegas dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan agama, lebih-lebih lagi yang kena mengena dengan aqidah , kerana disebabkan oleh kelalaian, meringan-ringankan dan sambil lewa akan hukum hakam agama , orang Islam terutama para lelaki dan wanita Melayu seperti dibuktikan didalam gambar gambar yang saya rakam tadi memilih untuk terjerumus ke dalam kemungkaran.

Mereka ini sebenarnya bukannya tidak mahu mengikuti ajaran-ajaran agama, tetapi disebabkan kurang pengetahuan, pendedahan dan penghayatan kepada hukum-hukum agama itu, membawa mereka terpesong dan terjebak kepada mungkar.

Maka disinilah peranan ibu bapa dalam menunaikan dan memberikan penghayatan Islam ke dalam jiwa anak-anak mereka. Ini adalah tugas yang terpenting sekali ke atas para ibu bapa.

Firman Allah Ta'ala :







6. Ya ayyuha allatheena amanoo qoo anfusakum waahleekum naran waqooduha alnnasu waalhijaratu AAalayha mala-ikatun ghilathun shidadun la yaAAsoona Allaha ma amarahum wayafAAaloona ma yu/maroona

Tafsirnya : " Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya ; manusia dan batu (berhala)."
( Surah at-Tahrim : 6)

Mengikut para ulama tafsir, bahawa memelihara keluarga daripada api neraka itu ialah dengan cara mengajar dan mendidik mereka dengan perkara-perkara kebajikan serta menyuruh melakukan apa yang diperintah dan melarang apa yang dilarang oleh Allah.
(Tafsir Ibn Katsir 7/58 dan ad-Durr al-Mantsur fi at-Tafsir al-Ma'tsur 8/224).

Berusahalah kita untuk menyedarkan sesama Islam dengan kita untuk menghindari dari hidup dengan rezeki haram yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditegah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!

Pernah saya terbaca bahawa terkutuk dan terlaknat seseorang itu seandainya termasuk didalam perutnya walau setitik arak selama 40 hari 40 malam! Ia senantiasa berada didalam keadaan berdosa besar dan andainya ia mati didalam jangkamasa itu, maka dirinya ( ruh) akan tiada sekatan ke Narr al Jahannam!!!

Na'uzubillahiminzalik!

Kepada mereka itu saya ingin menasihati supaya berhijrahlah!

Berhijrahlah ke arah mencari rezeki halalan bil toyyibban!

Biar tidak glamor dengan pesta pestaan dan keseronokkan berpeleseran diduniawi, tetapi sayangi lah diri anda, suami isteri anda dan anak anak zuriat keturunan anda!

Tak masuk akal kamu sanggup menyara hidup kamu dan mereka dari hasil haram yang tidak ada sebarang manfaat darinya malah mencemarkan keturunan kamu selama lamanya melainkan kamu bertaubat!

Taubat Nasuha tidak akan mengulangi lagi jenayah ini!

Kerajaan cuma boleh memantau untuk sekian waktu dan ruang yang tersekat! Diri sendiri yang menentukan samada hidup didalam lingkungan ajaran Islam atau bergelumang dengan segala yang haram!

Memang sedap ; memang seronok semasa sedang mabuk dunia tetapi bila ajal sudah sampai ke kerongkong, maka baharulah akan kamu sedar bahawa diri kamu sudah kamu sendiri yang aniaya!

Pilih lah yang halal ; jauhi dari arak dan judi. Ianya cuma akan membawa kepada kehancuran diri kamu sendiri, anak isteri, kaum keluarga dan seterusnya umat ini akan pincang, hancur institusi dan negara dek angkara maksiat yang seiring dengan segala najis ini.

Anda boleh mengubah nasib anda sendiri. Jika tidak malulah kamu dengan semua pendatang asing ke negara ini yang datang dari jauh beribu ribu batu untuk mencari rezeki halalan bil toyyibban dengan mudah manakala kamu anak anak bangsa Melayu memilih menghancurkan maruah diri kamu dengan mentekedarah yang haram!

Semoga yang terlibat akan segera bertaubat!

Insya Allah!
Post a Comment