Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 10, 2009

Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia Penggal 2009 - 2012 (Kemaskini Bergambar)

Ucapan Ringkas Pengumuman Kabinet Malaysia
penggal 2009 ke 2012
oleh

YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PADA 9 APRIL 2009 (KHAMIS), JAM 3.00 PETANG

DI ICU,

JABATAN PERDANA MENTERI







Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

KERAJAAN BARU, SATU MALAYSIA

Mukadimah

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur dan sukacita kerana dapat bersama saudara dan saudari pada petang yang bersejarah ini bagi mengumumkan keputusan pembentukan kabinet baru.

KABINET BARU, KEUTAMAAN BARU

2. Mutakhir ini, saya telah banyak bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat di pelbagai kedudukan untuk mendengar keluh kesah, pandangan serta kehendak mereka yang mendambakan pembaharuan juga perubahan. Mesej yang jelas, adalah mereka inginkan sebuah kerajaan yang responsif terhadap keperluan rakyat hari ini, dalam masa yang sama bersiapsiaga menumpah khidmat kepada generasi mendatang.

3. Alhamdulillah, saya berasa gembira kerana telah memilih 28 orang pemimpin bagi membentuk kabinet baru. Mereka telah menyatakan semangat dan kesungguhan untuk berbakti. Justeru, saya yakin kesemua mereka berkongsi iltizam yang padu bagi memacu negara ke arah kecemerlangan. Inilah saf dan pasukan yang kita harapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional, yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelosok….Satu Malaysia.

4. Selanjutnya, apa yang paling mustahak berkaitan Kabinet baru ini adalah prinsip-prinsip dikongsi bersama yang akan dipamerkan melalui:

I. Nilai integriti dan piawai / standard yang tinggi untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.

II. Bakat dan kebolehan yang sangat diperlukan dalam menempuh saat-saat yang amat mencabar kontemporari ini.

III. Ketaatsetiaan dan kepatuhan kepada parti, kerajaan terutamanya kepada tanah air.

IV. Kebersungguhan dan bersemangat tinggi demi membina sebuah negara yang berdaya saing menempuh abad baru.

5. Sehubungan yang demikian, kita akan terus berusaha membina sebuah kerajaan untuk semua rakyat. Kerajaan yang akan berbakti untuk memenuhi keperluan rakyat dengan jalan:

I. Memperbaharui ekonomi negara untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi global serta mencipta penyelesaian apabila mendepani cabaran perubahan struktur yang akhirnya berupaya menonjolkan potensi sebenar kita.

II. Membangunkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diperkukuhkan atas dasar kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati.

III. Membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan sebenar untuk semua.

IV. Memperkasakan sistem pendidikan nasional.

V. Melibatkan setiap rakyat Malaysia dalam proses politik negara dan melebarkan wacana nasional.

PENDEKATAN BARU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

6. Sesungguhnya, Kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru, malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio. Kabinet ini turut menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.

7. Untuk maksud tersebut, saya akan memulakan usaha ini dengan memperkenalkan satu paradigma yang akan memacu prestasi dan pencapaian. Kita akan menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) secara menyeluruh. Petunjuk tersebut akan menekankan impak, bukannya ‘input’; hasil, bukannya ‘output’ dan akan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi (value for money). Petunjuk tersebut akan mencerminkan keutamaan strategik negara dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang akan dipimpin oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

8. Bagi merealisasikan hal ini, saya mahukan agar para Menteri serta pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam dipertanggungjawabkan terhadap pencapaian masing-masing bersandarkan petunjuk prestasi tersebut. Manakala setiap Timbalan Menteri berjumlah 40 orang semuanya akan diberi ruang tugas yang khusus. Saya akan mengarahkan setiap Menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas mereka serta timbalan masing-masing dalam masa 30 hari dari sekarang. Inilah hasrat besar saya meletakkan matlamat sedemikian supaya kabinet baru ini benar-benar menggalas tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.

9. Dengan dibantu oleh Menteri yang berkaitan, saya akan memantau pengurusan petunjuk prestasi agar ia berjalan dengan lancar. Seterusnya untuk makluman semua, saya akan terlibat secara peribadi dan langsung untuk mengkaji prestasi semua Menteri pada setiap 6 bulan. Makanya, bilamana prestasi didapati tidak memenuhi piawai, saya dan Menteri berkenaan serta penjawat awam yang berkaitan akan merungkaikan sebarang halangan yang menyekat prestasi mereka itu. Sememangnya pun inilah pendekatan saya sejak dulu lagi dalam mencapai transformasi melalui kepimpinan yang berasaskan prestasi.

10. Apa yang paling mustahak ialah saya mahu memastikan agar struktur kerajaan akan memenuhi keperluan rakyat sebaik mungkin. Ia juga sebagai sebuah kerajaan yang diperkemaskini khusus bagi memastikan penyampaian khidmat awam yang lebih berkesan seiring dengan tuntutan zaman baru serba mencabar ini.

11. Oleh itu, saya telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan kementerian dalam Kabinet baru ini. Dua kementerian telah dibubarkan dan fungsi mereka diserap oleh kementerian lain yang sedia ada.

12. Sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah ditubuhkan dengan mandat memajukan konsep pembangunan mapan serta pengamalan teknologi hijau.

13. Saya juga telah melantik seorang Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan di Jabatan Perdana Menteri sekaligus turut bertanggungjawab bagi pengurusan prestasi. Portfolio baru ini akan mengamalkan pendekatan yang kreatif ke arah pembentukan perpaduan nasional bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

14. Di atas segalanya, pemulihan ekonomi serta pembinaan kemakmuran jangka panjang menjadi keutamaan tertinggi bagi kerajaan baru ini. Oleh itu saya akan menerajui usaha mulia ini demi memperbaharui ekonomi negara dengan bantuan sebuah pasukan yang terbukti berpengalaman untuk bekerja demi Malaysia.

15. Usaha pembaharuan ekonomi ini akan melibatkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ekonomi yang akan melaporkan terus kepada saya. Majlis ini akan memberikan khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif mengharungi suasana ekonomi yang cukup mencabar dan berusaha membina asas sebuah ekonomi berpaksikan inovasi. Jawatan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi ini adalah bertaraf Menteri.

16. Selain itu, bagi memastikan agar aset terpenting negara iaitu modal insan terus dimanfaatkan sebaiknya, Timbalan Perdana Menteri diamanahkan memimpin sebuah pasukan yang akan menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada di negara kita.

17. Saya amat yakin dan percaya bahawa usaha pembaharuan negara perlu bermula dengan pembaharuan kerajaan; sebuah Jemaah Menteri yang baru, dengan tanggungjawab yang baru serta struktur yang baru.

18. Pesanan saya kepada Jemaah Menteri yang baru dilantik; beringatlah bahawa rakyat mengharapkan agar kita bekerja tanpa jemu, sentiasa mendengar rintihan mereka dan terus bekerja tanpa henti demi komitmen kita terhadap Satu Malaysia. Begitulah juga bahawa kita telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, lantas kita seharusnya menerima penghormatan tersebut dengan penuh rasa rendah diri dan dedikasi.

19. Kepada para pegawai perkhidmatan awam Malaysia yang cemerlang, nyatanya khidmat saudara/saudari sangat dihargai dan amat penting bagi kemakmuran jangka panjang negara. Kerajaan baru ini akan meletakkan keperluan yang bertuntutan tinggi dan penuh komitmen terhadap jawatan yang disandang. Lantaran kami meminta saudara dan saudari semua bersama kami; melengkapi komitmen kami untuk bekerja dan berganding mencurahkan sepenuh tenaga kepada rakyat.

20. Kepada rakyat Malaysia, terimalah cabaran saya…terutamanya golongan muda..untuk bersama-sama memadu tenaga ke arah pembaharuan negara.

21. Kita harus memahami bahawa era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap ‘kerajaan lebih mengetahui’ (government knows best) sudah berlalu. Kita akan hanya mampu mencapai cita-cita untuk Malaysia apabila kerajaan serta rakyat bersama-sama bersatu tenaga membina sebuah negara yang aman makmur.

22. Hakikatnya, kita masih berhadapan dengan banyak halangan. Akan tetapi saya sentiasa percaya bahawa tiada masalah yang wujud di negara ini yang tidak dapat ditangani dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh rakyat kita.

23. Oleh itu, marilah bersama kami. Marilah bersama pasukan bersemangat ini. Bersama kita terokai perjalanan hebat untuk memperbaharui negara tercinta ini hingga menjadi kisah pencapaian yang membanggakan buat kita suatu hari nanti. Insya-Allah.

Wabillahi Taufiq Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian terima kasih.


Dato' Seri Hj. Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
Perdana Menteri,
Kerajaan Persekutuan Negara Malaysia.


~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~


KABINET KERAJAAN MALAYSIA (2009 KE 2012)






















PERDANA MENTERI
Datuk Seri Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak


















TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

















1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
















2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
















3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)



















4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:


















1. Datuk Liew Vui Keong

















2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim















3. Datuk S.K. Devamany















4. YB Ahmad Maslan


















5. Senator T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:




















Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

MENTERI KEWANGAN II:

















DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:




















1. Datuk Chor Chee Heung
















2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:


















Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:




















1. Datuk Dr Wee Ka Siong



















2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

















Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

















1. Datuk Abdul Rahim Bakri

















2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:




















Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:



















1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

















Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn

Timbalan:














1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
















2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

















Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:















1. Datuk Joseph Salang Gandum















2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:


















Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:




















Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:















Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:















1. Datuk Hassan Malek

















2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:



















Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

















1. Datuk Dr Hou Kok Chung





















2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:










Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:












1. Datuk Mukhriz Mahathir












2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:












Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:












Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:











Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:










Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:











Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:











Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:











Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:









Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:














Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:












Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:









Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mahaguru58 mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan Negara Malaysia bagi penggal 2009 ke 2012 dibawah pimpinan Perdana Menteri baru kita Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Semoga Kabinet Malaysia yang baru ini mampu membawa negara kita mencapai kemajuan yang lebih baik dan mengurangkan masaalah birokrasi yang melembabkan ekonomi kita sebelum ini.

Saya percaya bahawa sekiranya kita sanggup mengambil contoh teladan pentadbiran negara yang baik dari negara negara jiran dan yang kita terajui sendiri, akan ada pembaharuan yang boleh kita nikmati dan banggakan bersama.

Peliharalah keamanan dalam negara dan jaga warisan khazanah negara dan sumber alam sekitar supaya Malaysia tetap berjaya, maju dan berdaya saing dengan negara serantau Asean.

Perkasakan pentadbiran baru ini dengan menguatkuasakan undang undang tubuh negeri dan negara serta laksanakan langkah langkah memartabatkan Ad Deenul Islam serta menjunjung nilai nilai murni Rukunegara kita seperti apa yang telah dipersetujui semua.

Kembalikan maruah negara dengan menegakkan undang undang dan cantas mana mana pihak yang berlaku khianat serta pecah amanah tanpa berkira akan siapa petualang tersebut!

Perkasakan tentera negara kita serta agensi agensi keselamatan yang lain seperti PDRM, BPR, Kastam DiRaja Malaysia serta Agensi Maritim Negara, mengawal sempadan negara kita supaya dapat dibanteras penyeludupan masuk pendatang haram serta tingkatkan usaha membanteras para penjenayah baik dari dalam negara mahupun yang asing!

Semoga kita rakyat Malaysia terus hidup aman dan sentosa berusaha mencapai kemajuan bersama sejajar dengan nilai nilai murni warisan dari mereka yang telah mengasaskan negara kita ini dari hasil perjuangan zaman berzaman.

Do'a saya agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara akan kita semua dari menjadi mangsa adu domba mereka yang tamak haloba dan gila kuasa sanggup menggadaikan prinsip dan maruah agama, bangsa dan nusa.

Saya turut berdo'a agar para pemimpin kita semua dapat bertugas dengan baik sesuai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan keatas mereka oleh Perdana Menteri kita serta perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Amin.

Post a Comment