Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 19, 2009

Kekeliruan Kefahaman Islam diMalaysia - Salah Siapa?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Kehadapan saudara saudari seIslam dengan saya serta mereka yang rasa rasa masih Muslim didalam ertikata sebenarnya.

Kenapa saya berkata begitu?

Iyalah! Apa tidaknya?

Manusia manusia sedemikian sudah semakin banyak yang hadir dan ujud dikalangan kita yang mengaku sebagai umat Islam, bertuhankan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan bernabikan Muhammad ibni Abdullah, Khataman Nabiyyi, Rahmatulil Alamin, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, sudah berani mempersendakan hukum hakam Allah Azza Wa Jalla dan Sunnah Nabi?

Saya menerima emel dari seorang saudara Muslim bertanyakan hukum tentang mereka yang berani mempersendakan hukum agama Islam serta Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?

Berikut adalah isi kandungan emel tersebut:

"Assalamualaikum .........

Saya nak tanya .......kalau penyataan macam (dibawah) ni..tak dikira sebagai mempersenda agama ke..?

"The sama' (or samak) procedure haven't been updated for centuries. During the time of Rasulullah, to prevent rabies from infecting human beings, he instructed his followers to wash their hands once with clay and six more times with water because they didn't have Dettol or
anti-bacterial soap those days. If you're thinking "Well, we should abide Rasulullah's every action to the latter" then the internet would be unfavourable because Rasulullah used massengers on horses to relay messages and information. "

Petikan dari blog : http://afiqsays.blogspot.com/2009/04/anjingophobia_17.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saudara saudari seIslam yang saya hargai,

Bilamana saya mengkaji isi kandungan blog tersebut diatas, saya mendapati bahawa anak muda itu beriqtikad sedemikian diantaranya berdasarkan adegan didalam filem 'Gubra' arahan Yasmin Ahmad yang memaparkan seorang bilal mengusap kepala anjing ditengah jalan didalam perjalanannya ke surau dan kemudian terus melaungkan azan tanpa menyamak tangannya?

Maka nampaknya anak anak muda seperti itu mengambil kefahaman agamanya dari contoh contoh seperti dari filem 'Gubra'. Salah siapa membiarkan gejala ini berterusan?

FINAS? JAKIM? Siapa?

Apakah salah kegagalan sistem pendidikan agama kita diperingkat persekolahan rendah, menengah atau tinggi?

Apakah salah kerajaan negeri dan negara semata mata?

Apakah salah blogger muda itu sendiri kerana keras kepala ingin membicarakan perkara sepenting hukum hakam Islam ikut sesuka hatinya kerana Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi tidak bertaring didalam ertikata sebenarnya?

Apakah kerana kelesuan pihak berkuasa mengambil tindakan keatas blogger yang menyiarkan maklumat salah tentang perkara melibatkan hal ehwal agama termasuk kaffir dan munafik yang mempersendakan Allah, Rasulullah serta umat Islam secara amnya?

Siapakah yang bersalah?

Ini baru satu diantara ribuan blog serta laman web yang memperlecehkan hukum hakam Agama Islam kita yang maha suci.

Apa langkah yang harus kita ambil?

Bagi saya, salah satu caranya adalah untuk menguatkuasakan peruntukan undang undang yang sedia ada.

Apa gunanya menggubalkan undang undang sedemikian di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri jika hanya sekadar menjadi perhiasan sahaja?

Negara kita ini kaya dengan undang undang tetapi miskin penguatkuasaan.

Itulah diantara punca timbulnya kekeliruan dan salah faham hal ehwal agama dikalangan masyarakat kebanyakan negara ini hari ini.

Saya telah membalas emel sipenanya itu dengan maklumat berkaitan. Insya Allah akan saya tuliskan artikel berkenaan hukum hakam agama mengenai masaalah samak didalam waktu terdekat.

Tentang blogger muda itu, sama sama lah kita berdo'a agar beliau akan kaji semula akan iktiqad beliau untuk mengelakkan diri jatuh berdosa melanggar perintah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam seperti yang dihuraikan secara terperinci disini.

Soalnya saya hairan kenapa masih ujud orang orang seperti ini dizaman ini yang bukannya mengkaji dengan mendalam tentang sesuatu perkara bersangkutan hukum hakam agama yang menjadi teras kehidupan kita sebagai umat Islam dengan berpandukan lautan ilmu yang kini mudah didapati dihujung jejari kita di internet ini tetapi berdegil memilih untuk mentafsir akan ajaran Islam menurut hawa nafsu sendiri?

Semoga penerangan singkat ini berjaya menyedarkan mereka yang berkenaan supaya bermuhasabah akan iktiqad yang dipegang masing masing dan kembali kepada ajaran Islam sebenar dan janganlah memandai mandai memperkecilkan dan mempersendakan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam?

Teringat saya akan kenyataan Tun Dr Mahathir tentang soal janggut Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan berkenaan ketiadaan pisau cukur 'Gillette' pada zaman dahulu?

Saya pernah mendengar ucapan itu melalui rakaman audio kaset yang dijual ditempat saya dahulu. Memang geramlah bila ingat semula akan keceluparan tersebut tetapi disebabkan saya ketika itu tidak mempunyai kemudahan komputer dan akses kepada internet, terpaksa simpan saja didalam hati dan meredap memanjang terhadap si pengucap yang berkenaan.

Mudah2an sekelian blogger dan penulis berhati hati bila membicarakan bab hukum hakam agama dan beringat ingat sebelum menerbitkan sebarang artikel yang berkaitan perkara yang amat penting seperti ini?

'Terlajak taip boleh dipadam semula dengan menekan Backspace ; terlajak tekan 'Enter' tanggung jelah natijahnya!'

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment