Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, April 27, 2009

Kerajaan 1Malaysia sudah menjayakan agenda IFC?






Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari Muslimin dan Muslimat sekelian.

Nampaknya Kerajaan 1Malaysia sekarang ini sudah hilang pertimbangan bilamana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa anak anak mereka yang memeluk Islam kekal didalam agama asal ibubapa mereka setelah keputusan Kabinet berkenaan kes seorang mualaf baru baru ini @
Muhammad Ridzuan Abdullah atau yang dikenali sebagai K.Pathmanathan sebelum ini.

Muhammad Ridzuan Abdullah telah memeluk Islam dan mengislamkan anak anak beliau Tevi Darsiny (12), Karan Dinish (11) dan Prasana Diksa (bayi).

Sebaik sahaja sempurna beliau memeluk Islam, Muhammad Ridzuan Abdullah telah tercerai dari isterinya M.Indira Gandhi dari saat dan ketika itu. Ini menurut hukum syarak dan apa yang terdapat didalam ajaran Islam kita.

Bekas isteri Muhammad Ridzuan Abdullah iaitu Puan Indira Gandhi kemudian pergi mengadu hal kepada Presiden MCCBCHST Vaithilingam dan seterusnya perkara ini dirujuk kepada Kabinet 1Malaysia yang membuat keputusan akur terhadap tuntutan MCCBCHST yang sebenarnya terkandung didalam tuntutan IFC berkenaan status anak anak mualaf!

Tuntutan pihak penaja IFC @ MCCBCHST didalam artikel mereka adalah supaya anak anak para mualaf kekal didalam agama asal mereka!!!

Nampaknya Kerajaan 1Malaysia ini telah benar benar tunduk dan akur kepada tuntutan pihak kaffir MCCBCHST sepertimana yang dituntut mereka didalam dokumen IFC!!!

Bukan main seronoknya MCCBCHST kerana akhirnya mereka telah berjaya didalam satu dari kesekian dari tuntutan tuntutan mereka.

Ikuti kenyataan Datuk A.Vaithilingam didalam video dibawah yang terang terangan menyatakan bahawa menurut MCCBCHST Mahkamah Syariah tidak ada sebarang kuasa langsung dan perkara ini mesti diadili didalam mahkamah sivil!!!


Pada pandangan saya Dato A Vaithilingam telah melakukan satu penghinaan terhadap status Mahkamah Syariah Malaysia!

Ia berkata bahawa Mahkamah Syariah tidak ada sebarang kuasa didalam kes Mohd Ridzuan Abdullah ini didalam video diatas!

Bagi pendapat saya, bilamana sahaja seseorang dewasa rakyat Malaysia dari agama yang bukan Islam mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan tiada sebarang paksaan dan faham akan implikasi pengucapan dua kalimah syahadahnya, maka serta merta diri mualaf itu tertakluk dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia dan pihak Mahkamah Syariah Malaysia berkuasa penuh keatas nasib dan kehidupan manusia yang telah memeluk Agama Islam itu!!!

Oleh kerana pihak Kerajaan Malaysia sekarang ini dan juga kerajaan kerajaan sebelum ini telah begitu lemah didalam menangani soal kedaulatan Agama Islam didalam negara ini sekian lama ini dan tidak mencantas usaha usaha pihak kaffir didalam MCCBCHST untuk mengikis kuasa dan kedudukan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam keatas soal hal ehwal umat Islam seMalaysia maka kini natijahnya menampar dahi kita semua dengan tuntutan karut IFC ini yang berselindung disebalik MCCBCHST!

Saya menyalahkan pihak Jabatan Perdana Menteri kesekelian kerajaan sebelum ini dan yang berkuasa sekarang diatas dilema umat Islam sekarang! Jika pihak JPM tidak menangani kemelut ini sekarang dengan tegas dan penuh semangat, maka tanggung sajalah nanti akibat kecelaruan dan perselisihan antara agama yang pasti meletus sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan pembabitan umat Islam seMalaysia!

Jangan main main dengan Syariah Allah!!!
Buruk padahnya nanti! Murka Allah itu tidak akan dapat ditahan oleh sebarang makhluk Rabbul Alamin!!!













44. Inna anzalna alttawrata feeha hudan wanoorun yahkumu biha alnnabiyyoona allatheena aslamoo lillatheena hadoo waalrrabbaniyyoona waal-ahbaru bima istuhfithoo min kitabi Allahi wakanoo AAalayhi shuhadaa fala takhshawoo alnnasa waikhshawni wala tashtaroo bi-ayatee thamanan qaleelan waman lam yahkum bima anzala Allahu faola-ika humu alkafiroona

Maksudnya :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Surah Al Ma'idah Ayat ke 44, Al Qur'anul Karim.




8. Waallatheena kafaroo fataAAsan lahum waadalla aAAmalahum
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.



9. Thalika bi-annahum karihoo ma anzala Allahu faahbata aAAmalahum
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

Surah Muhammad, Ayat 8 dan 9, Al Quranul Karim.

Tuan tuan dan puan puan, Muslimin dan Muslimat yang saya hormati sekelian,
Sesungguhnya benarlah sepertimana Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam telah berpesan kepada kita bahawasanya orang orang Kaffir dan Munafiq tidak akan redha kepada kita sehinggalah kita akur terhadap tuntutan tuntutan mereka supaya kita kufur dari menyembah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengikuti mereka didalam kesesatan mereka dari zaman dahulu sampai ke Yaum al Qiyamat!

Bagi mereka yang buta mata hati mereka dari melihat kebenaran Islam, mereka tetap akan menjadi duri didalam daging kita dan memilih untuk senantiasa mengadu domba diantara satu sama lain demi mencapai hasrat mereka didunia ini!

Bagi kita sebagai umat Islam, adalah teramat penting supaya kita sentiasa sedar akan gerak licik musuh musuh dan seteru Allah Azza Wa Jalla ini dan bersedia memerangi puak puak yang sering menimbulkan fitnah dan masaalah didalam ummah!

Saya menyeru tuan tuan dan puan puan semua supaya bersatu dengan jamaah Al Islamiyyah serta merta dan berdiri teguh menghadapi saat genting Islam kini di ambang kehancuran dek kerana pengkhianatan pihak berkuasa yang memberi ruang kepada puak kaffir MCCBCHST menjalankan dakyah mereka terhadap nasib anak anak para mualaf kita!

Nasib dan masa depan para saudara seIslam dengan kita kini tergantung kepada reaksi tuan tuan dan puan puan menghadapi ujian ini!

Bersatulah dengan mana mana jamaah NGO Islam seMalaysia sekarang dan nyatakan bantahan anda terhadap usaha pihak dalang IFC ini untuk meracuni pihak pemerintah kita yang sedang lemah pendirian hari ini akibat kekurangan ilmu dan kefahaman agama mereka sendiri didalam menghadapi musuh Islam yang ada didalam negara kita.

Musuh Islam kini teramat gembira tuan tuan dan puan puan. Mereka memuja dan memuji Kabinet Malaysia yang akhirnya akur sujud terhadap tuntutan mereka.
Ini laporan media yang merakamkan tahap kegembiraan MCCBCHST!

Si menteri terbabit pula dilaporkan mengucapkan tahniah kepada MCCBCHST kerana begitu tertib ingin merujuk perkara perkara berkaitan seterusnya selepas kejayaan ini kepada Majlis Raja Raja Melayu!

Apakah ini bukan kes 'Harapkan pagar ; pagar makan padi?'

Secara peribadi saya tidak sanggup mendedahkan beberapa perkara berkaitan salahlaku individu berkenaan dan betapa tepatnya pandangan Tun Dr.Mahathir bahawa tidak sesuai nya individu berkenaan terus dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri!

Namun, saya tidaklah hairan sangat akan terjadinya perkara ini kerana dipucuk pimpinan Kerajaan 1Malaysia sendiri ada banyak perkara yang belum beres untuk melayakkan kita menyokong kepimpinan ini secara mutlak?

Berbalik semula kepada soal agenda puak MCCBCHST ini.

Saya telah mendedahkan agenda IFC didalam tulisan tulisan saya sebelum ini dan menyatakan bantahan saya selaku seorang Muslim dan warganegara ini disini, disini, dan disini!

Selaku Presiden Muslim Bloggers Alliance, saya isytiharkan disini bahawasanya saya menentang keputusan Kerajaan 1Malaysia ini dan berdiri bersama sama kesekelian NGO Muslim seMalaysia dan bersumpah tidak akan sama sekali membiarkan jenayah pelanggaran terhadap hukum syarak ini diteruskan oleh kerajaan Malaysia yang berlaku khianat terhadap amanah yang kami umat Islam seMalaysia letakkan terhadap mereka!

Berikut adalah pendirian NGO NGO Islam seMalaysia yang saya sokong sepenuh hati !
Sumber :
http://membelaislam.wordpress.com/2009/04/26/anak-ikut-agama-asal-ibu-bapa-bercanggah-syarak/

***********************************************************************************

KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MEMINGGIR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUKUM SYARAK


Zainul Rijal Abu Bakar
Setiausaha Agong,
Peguam Pembela Islam

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan mereka semalam (Jumaat).

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.

Pembubaran Perkahwinan

Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.

Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).

Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyeleasikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu. Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini.

Seorang yang sudah mendapat hidayah daripada Allah sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam.

Namun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini.

Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung keujudan mahkamah syariah ini.


Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di mahkamah syariah.

Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.

Agama Anak

Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada al maqasid al syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ adalah telalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh menggunakan ‘common sense’. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati.

Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita?

Secara common sense nya sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini. Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permaslahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes

Pemeliharaan Anak

Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambilkira pandangan NGO-NGO Islam.

Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas.

Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru.

Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat.


Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah audi alteram partem itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat keputusan berkaitan Islam.

Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama. Pandangan NGO Islam juga mestilah diambilkira.

NGO-NGO Islam telah menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.

Mufti minta kerajaan tarik balik keputusan elak kekeliruan
























KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak!" kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

“Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

“Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

“Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.

Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru,” katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

“Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela,” katanya.
*Akhir laporan.
Post a Comment