Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 01, 2009

Rahsia Solat - Andainya Muslim Sedar akan Kebaikan nya? (Kemaskini 1)








Assalamualaikum semua.

Tuan tuan dan puan puan sekelian mesti ingat akan hadith Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dimana Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam mengumpamakan seseorang itu yang menjaga 5 solat fardhunya sebagai mandi lima kali sehari didalam sungai yang mengalir, menghapuskan dosa dosanya dan tidak tinggal pun satu jua kekotoran padanya?

Maka itu perumpamaan yang boleh kita terima secara zahir dan juga batin kerana bagi kita yang berkesempatan lagi mengerjakan solat baik yang fardhu mahupun yang sunat dengan tertib serta mengikut rukun rukunnya, kita boleh faham dan rasa kebaikan dan ketenangan yang kita rasa selepas selamat mengerjakan solat solat kita.

Ianya berbeza dari seseorang berdasarkan kefahaman dan pengertian yang didalam diri manusia yang bergelar Muslim.

Sesetengah orang dikalangan manusia Muslim hari ini solat bagaikan ala kadar sahaja. Contoh ini ketara sekali pada setiap hari Jumaat dimana kebanyakan umat Islam Malaysia solat tanpa menghayati erti solat itu sendiri?

Pernah saya tulis tentang perkara ini dahulu disini. Setiap Jumaat, saya makan hati melihat kelakuan umat Islam sekarang ini yang rata rata tidak benar benar mengerjakan Solat Jumaat mereka secara apa yang diajar Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!

Mereka selalunya tidak diam mendengar akan isi khutbah yang dibacakan Khatib kerana mungkin disebabkan Sang Khatib cuma membaca skrip dan teks khutbah yang disediakan pihak JAKIM dan juga mungkin kerana si Khatib tidak memiliki lontaran suara dan gaya pembacaan yang boleh menarik perhatian mereka?

Kekenyangan perut yang berkenaan, ditambah pula tiupan kipas angin dan hawa dingin disesetengah masjid canggih lantas menghasilkan suasana sebegitu nyaman sehingga kekadang dengkur para jamaah yang berkaitan ada kalanya kedengaran lebih kuat dari bacaan sikhatib terbabit?

Kenapa ini boleh terjadi?

Saya rasa mungkin disebabkan oleh kedangkalan ilmu dan kefahaman agama Muslim Muslim yang terlibat?

Bagi yang faham akan keistimewaan dan fadhilat Solat Jumaat itu maka ianya akan berusaha menumpukan perhatian dan menjaga dirinya dari terlena ketika khutbah sedang dibacakan?

Saya pernah juga menulis tentang membebaskan mimbar dari cengkaman birokrasi JAKIM tetapi seperti biasa tulisan tulisan kita tidak mungkin kan mendapat perhatian sesiapa melainkan kita menulis menghina itu dan ini dan menimbulkan kontroversi terhadap institusi kepimpinan kerajaan dan pihak berkuasa?

Berbalik kepada soal rahsia solat.

Mari kita hayati maksud ayat ayat suci Surah Al Ma'arij ayat 19 ke 23 didalam Al Quran.




19. Inna al-insana khuliqa halooAAan

19.Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

19. Truly man was created very impatient;-





20. Itha massahu alshsharru jazooAAan

20. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

20. Fretful when evil touches him;





21. Wa-itha massahu alkhayru manooAAan

21. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

21. And niggardly when good reaches him;-





22. Illa almusalleena

22. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -

22. Not so those devoted to Prayer;-



23. Allatheena hum AAala salatihim da-imoona

23. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

23. Those who remain steadfast to their prayer;

Sadaqallah hal adzhim.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari Muslimin na wal Muslimat yang saya hormati,

Kita ini sebagai manusia yang hidup di Akhir Zaman yang serba mencabar ini memang sedia maklum akan stres dan tekanan hidup dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan bermacam ragam ini.

Bilamana bangun sahaja dari tidur dan sempat mengerjakan solat subuh, selalunya kita akan berdaya upaya menahan sabar dan tenang memandu didalam kesibukan trafik dan ragam para pengguna jalanraya lain amnya dan kekadang dengan sikap biadap dan terlampau sesetengah pemandu kurang ajar yang memotong laluan kita tanpa hak atau meminta izin, menyalakan lampu dan membunyikan hon tanpa perlu menaikkan tekanan darah kita dipagi pagi buta, dan sebagainya.

Selalunya mereka yang sempat solat subuh dan beristighfar berzikir barang 5 ke 10 minit pada subuh hari pasti akan tenang, mengawal diri dan perasaan dari melayani kerenah manusia bersifat khinzir diwaktu waktu sebegitu?

Bagi yang terlepas solat subuh. maka jiwanya ada kemungkinan bersarang nafsu amarah dan mudah melenting dan naik angin sekiranya kena cabaran dan cubaan seperti yang saya gambarkan diatas dijalanraya!

Maka jangan hairan jika anda nampak sebarang pergaduhan dijalanraya akibat tekanan jiwa dan perasaan mereka yang menuruti nafsu amarah mereka?

Mungkin.....mungkin ada yang terbabas waktu solat subuh tadi...jika yang bergaduh tu orang Islam le....hehehehe...saja bersangka sangka....:P

Bukannya apa? Pengalaman kita sendiri bilamana selamat je dapat solat dengan sempurna, selalunya dapat pula menahan sabar dan rileks je sehingga kekadang diusik isteri tercinta mengenai ketenangan saya menghadapi kerenah pemandu pemandu 'kiasu' dijalanraya!

Pagi tadi saya berdepan dua pemandu wanita Cina brutal. Hehehehe....jarang jumpa pemandu wanita sebegitu! Selalunya yang terhegeh hegeh memandu memeluk stereng kereta...laju macam kura kura sembelit dijalanraya....hahahahaha...

Nah! Pagi ini kena dua yang brutal! Berdesiung sorang memotong laju sambil membunyikan hon tak beri ruang bagi saya masuk kekanan walau dah lama memberi isyarat memasuki lorong kanan Jalan Cheras sebelum ke Jalan Shamelin.

Seorang lagi potong masuk lorong saya tanpa memberi isyarat dari sebelah kiri!

Begitulah peristiwa pagi ini. Dua cubaan yang dapat saya hadapi dengan tenang pagi ini.

Itu baru dari segi bab menenangkan jiwa.

Solat sebenarnya banyak memberikan faedah faedah sampingan kepada kita seperti diterangkan didalam video video diatas.

Akan saya sambung lagi lepas ini. Insya Allah.

Post a Comment