Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, April 06, 2009

'Selamat Pengantin Baru!' Azree Rizal & Nur Ashrani









Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari, Muslimin Muslimat sekelian.

Alhamdulillah! Kami, suami isteri baharu saja kembali dari bertandang ke majlis perkahwinan anak saudara isteri saya Azree Rijal bin Abdul Mutalib yang telah selamat mendirikan rumahtangga bersama isterinya Nur Ashrani binti Zainal Adnan pada 5hb April 2009.
















Majlis perkahwinan ini telah berlangsung dikediaman bonda Azree Rizal iaitu di Kampong Tanjong Langsat, Daerah Pasir Gudang, Negeri Johor Darul Takzim, di selatan Semenanjung Tanah Melayu Malaysia ini.
















Kami telah selamat sampai di Johor Bahru malam semalam, 4hb April 2009 dan menginap di Naza Hotel, Jalan Bukit Meldrum. Setelah selesai urusan penyewaan bilik, kami telah memandu mencari kampong saudara kami ini yang belum pernah kami ziarah sebelum ini. Selalunya kami akan bertemu di kampong isteri saya di Kuantan.

Maka saya memang berhasrat ingin menjelajahi daerah yang boleh dikatakan agak terpencil juga. Dari Johor Bahru, saya memandu mengikut papan tanda yang menunjukkan arah ke Pasir Gudang, namun tersalah ambil jalan kampong dan tidak masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang!

Akibatnya maka terpaksalah menjelajahi kawasan kawasan yang agak terpencil sekali dan ada kala nya saya terpaksa memandu melalui jalan yang masih didalam pembinaan serta berbatu kerikil sahaja!

Hehehehehe...yang tampak berjalan kaki mengusung pelbagai bungkusan makanan dan barang barang runcit hanyalah pekerja pekerja dari Bangladesh yang memang tegar mencari rezeki ditanah air kita ini walaupun sampai ke kawasan yang boleh diumpamakan sebagai tempat 'jin bertendang'!

Memang gigih benar hero hero Bangladesh ini!













Saya memang tidak pernah sampai ke kawasan pedalaman sebegini, maka memang sesat giler lah bila memandu ikut naluri sahaja kerana kawasan kampong ini tidak jelas sangat didalam peta Malaysia yang menjadi panduan dan rujukan saya semasa mencari kampong saudara kami ini.

Namun setelah rajin bertanya mana mana penduduk kampong yang sempat saya ketemui sepanjang perjalanan kami, maka akhirnya berjaya juga saya mencari Kampong Tanjong Langsat yang ditujui!

Kami sampai dikampong ini semasa hari telah malam dan kawasan kampong itu memang gelap, tidak ada lampu lampu jalan. Jalan masuk ke kampong itupun agak sempit dan bilamana bertembung dengan kenderaan lain, maka kita kena beri ruang jalan kepada kenderaan yang berselisih itu. Teringat suasana kampong saya dulu dulu. :)
















Suasana persiapan khemah majlis kenduri keesokan hari.
















Datuk saudara , ibu dan seorang lagi datuk saudara pengantin lelaki menantikan rombongan pengantin tiba untuk diarak dan di-iringi kumpulan kompang Kg.Tg.Langsat.

































Memang meriah lah sambutan majlis perkahwinan Azree bersama Ashrani diperkampongan Tanjong Langsat!

Semangat setiakawan dan gotong royong kampong masih hidup subur di Kampong Tanjong Langsat, Mukim Masai, Daerah Pasir Gudang, Johor!

Syabas kepada seluruh tenaga kerja dan penduduk Kg Tanjong Langsat!


















Saya sedang menyiapkan video rakaman majlis perkahwinan anak saudara kami Azree Rizal dengan isterinya Nur Ashrani yang memuatkan pelbagai macam gambar dan rakaman video yang sempat saya ambil semalam.

Akan saya muatnaikkan kedalam You Tube dan seterusnya disini untuk tatapan semua.

Semoga pasangan suami isteri pengantin baru Azree Rizal dan Puan Nur Ashrani akan hidup aman bahagia, kekal berkasih sayang selama lamanya dan dikurniakan rezeki cahayamata penyambung warisan umat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!

Saya turut berdo'a agar mereka berdua senantiasa ceria bahagia bersama serta sihat wal'afiat sampai ke akhir hayat nanti.

"Selamat Pengantin Baru Angah!" Jadilah seorang suami mithali, romantikus d'amor sokmo dan berusahalah membahagiakan isteri tercintamu!

Jangan lupa menjaga diri kamu berdua dan semoga selamat dunia akhirat sebagai suami isteri yang saling sayang menyayangi dan jagalah hati bonda serta ahli keluarga kita disana.

* Ingat lagi tak posting saya tentang pasangan Azizul Azmi dan isterinya Suraiza Abdul Razak yang saya ceritakan tentang majlis perkahwinan mereka setahun yang sudah disini?
















Alhamdulillah, kini Suraiza sudah sarat mengandung dan Insya Allah akan bersalin didalam beberapa bulan sahaja lagi.
















Menurut Suraiza, doktor mengesahkan bahawa ia sedang mengandung anak lelaki! Alhamdulillah! Marilah kita sama sama mendoakan semoga ibu dan anak selamat bilamana sampai saat dan ketika untuk ia melahirkan cahayamata sulungnya!

Do'a saya juga untuk Azizul Azmi, bakal ayah, suami Suraiza dan antara anak buah yang kami sayangi. Semoga ia juga selamat sejahtera menjaga isteri tersayangnya dan anak yang bakal dilahirkan nanti. Amin Ya Rahman Ya Rahim.

Sebagai mengenang kembali majlis perkahwinan Azizul Azmi dan Suraiza setahun yang sudah, marilah kita saksikan rakaman video dua beradik Azizul Azmi dan Azree Rizal yang menyanyikan lagu popular 'Gadis Melayu' secara berduet disini:


Saya terpaksa balik awal semalam @ jam 2 petang ; memandangkan saya perlu memandu kereta balik ke KL semalam juga kerna urusan kerja kami.

Saya juga menerima berita tentang kematian penyanyi veteran yang menyumbangkan satu dua lagu semasa majlis Azizul di Bukit Indah setahun lalu, Zainal Gadut telah kembali ke rahmatullah baru baru ini. Semoga ruhnya diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Amin.

Apa apa pun, marilah kita sama sama mendoakan kedua pengantin baru kita Azree Rizal dan isteri tercintanya Nur Ashrani semoga bahagia kekal bercinta cintaan selama hayat mereka. Amin.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Post a Comment