Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, May 13, 2009

13hb Mei 1969 - 40 tahun kemudian masih tidak aman!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan.

Pada hari ini 40 tahun yang lalu berlaku kemuncak pergeseran di antara orang orang Melayu dengan puak yang berfahaman kiri dikalangan kaum Cina akibat percaturan mereka yang beragenda ingin menidakkan kedudukan orang orang Melayu sebagai pribumi tanah bekas Tanah Melayu ini.

Setiap ulangtahun Peristiwa 13 Mei ini akan kita mengenang kembali betapa rapuhnya perhubungan diantara kaum di Malaysia ini.

Selagi rakyat pelbagai kaum negara ini tidak menerima hakikat bahawa negara ini asalnya bergelar Persekutuan Negeri Negeri Tanah Melayu dengan bersultankan Raja Raja Melayu, selagi itulah kudis perkauman ini akan terus membusuk memakan tulang temulang setiap individu yang tidak sedar dirinya di untung, hidup didalam negara yang sebenarnya cukup ruang dan peluang untuk setiap warganegara hidup dengan aman damai dan selamat di samping kaum kaum yang lain.

Kenapakah perlu kita berebut rebut mengejar kuasa dan kedudukan yang teramat sementara ini?

Adakah kita disekat dari makan minum sesuka kita?

Adakah kita dihalang dari keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan sendiri dan keluarga kita?

Saya hairan melihat sebegitu ramai sekali manusia yang hidup didalam negara ini seolah buta akan hakikat bahawa peluang untuk hidup secara aman dan bebas mencari rezeki masing masing tidak dihiraukan sebaliknya amat mudah termakan hasutan dan dakyah para pemimpin politik junjungan masing masing yang ternyata ada agenda tersendiri disebalik setiap tuntutan dan perjuangan mengisi tembolok mereka sendiri!

Sekarang ini sedang bergejolak sebuah negeri yang dahulunya aman makmur sebagai negeri yang amat kaya dengan hasil bijih timahnya iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan sekarang dah berubah menjadi negeri yang tidak keharuan.

Semuanya berdasarkan politik yang penuh dengan petualangan. Usah bercakap tentang hak demokrasi jika ianya hanya sandiwara ahli ahli politik yang amat mudah melompat parti dan mencetuskan suasana teramat kotor didalam sejarah politik negara ini.

Budaya melompat parti ini hasil cetusan ilham siapa?

Siapakah dia yang mencetuskan ilham menukar kerajaan pada 16hb September 2008 yang lalu dengan mengisytiharkan akan berlaku perubahan didalam Kerajaan Persekutuan dengan penghijrahan beramai ramai Ahli Parlimen dari Barisan Nasional kepada Pakatan DAP-PKR dan PAS?

Manusia inilah yang menjadi pencetus kepada ketidakstablian negara ini dewasa ini.

Polemik melompat parti berdasarkan tamak haloba dan perebutan kuasa dan kedudukan kini menjadi asas perjuangan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan demokrasi.

Hari ini masyarakat kita menjadi bahan taruhan ahli ahli politik ini kerana merebutkan kuasa kerajaan negeri.

Yang menjadi mangsanya siapa?

Bukankah rakyat yang tidak untung apa apa dari pertelingkahan ini?

Siapa yang gah kesana kemari dengan kereta kereta mewah bergelar itu dan ini?

Hidup mentekedarah hasil cukai yang dibayar setiap rakyat tanpa mengambil kira akan perbezaan kaum, agama dan kedudukan?

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah.

Pelanduk itu tidak lain tidak bukan adalah rakyat marhaen.

Kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri berpunca dari kealpaan para Sultan dan Raja Melayu yang gagal mempertahankan kedudukan masing masing dari dilemahkan oleh Eksekutif.

Punca kejatuhan dan penghakisan kuasa Sultan dan Raja Melayu bertitik tolak dari zaman dahulu lagi bila Sultan dan Raja Melayu sanggup menyerahkan kuasa kepada Residen British semasa dijajah mereka.

Amat kurang semangat kepahlawanan Melayu dikalangan Sultan dan Raja Melayu sekarang ini. Jika tidak kerana usaha Datuk Onn bin Jaafar yang berjuang untuk membantah cadangan Malayan Union yang dicadangkan British, sudah terkubur lah institusi Kesultanan Melayu.

UMNO hari ini adalah berada di kedudukan yang paling genting didalam sejarah perjuangan Melayu sepanjang zaman.

Melayu hari ini sudah berubah kiblat politik mereka dari menyokong UMNO kepada menyokong paksi Pakatan DAP-PKR dan PAS. Hampir 50-50 sokongan Melayu kepada UMNO dan PKR-PAS.

DAP adalah tukang adu domba yang berjaya hari ini memecah belahkan perpaduan orang orang Melayu kepada menyokong perjuangan Malaysian Malaysia mereka.

PAS dan PKR menjadi agen kepada DAP hari ini dengan PAS sanggup menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam yang sekian lama ini menjadi asas perjuangan Parti seIslam Malaysia.

PKR lahir hanya untuk memPerdana Menterikan saudara Anwar bin Ibrahim.

Nasib orang orang Melayu hari ini umpama 'Menang Sorak ; Kampong Tergadai!'

Sudah banyak kes dimana Tanah Rizab Melayu diubah status nya dan menjadi tanah lelongan angkara kedurjanaan mereka yang dipertanggungjawab menjaga dan memelihara hak dan nasib orang orang Melayu.

Akan hilang sedikit demi sedikit hakmilik orang orang Melayu bilamana perjuangan mereka diracuni perasaan tamak dan haloba terhadap kesenangan duniawi dan bermewah2an yang teramat sementara ini.

Bilamana Sultan dan Raja Melayu diam membisu terhadap segala angkara maksiat dan dosa yang sedang bersemarak didalam negara ini kerana takut atau kurang ilmu, maka natijahnya muncul hari ini bila rakyat sudah mula berani memperkotak katikkan kedudukan mereka dan mencabar Sultan di mahkamah.

Kenapa sampai terjadi begini?

Sudah tentu kerana Baginda Tuanku sekelian tidak mendaulatkan Al Quran dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam didalam kehidupan seharian mereka.

Al Quran cuma menjadi bahan hiasan dan junjungan yang tidak diambil sebagai teras pentadbiran dan pemerintahan negeri masing masing.

Islam sudah menjadi bahan penggunaan ahli ahli politik sebagai modal bahan kempen dan ceramah politik baik oleh mereka yang mengaku beragama Islam mahupun yang tidak seperti pemimpin DAP yang menggunapakai petikan maksud ayat ayat Al Quran untuk memancing sokongan dan undian Melayu yang berlabel Islam tetapi keliru tahap gaban akan kedudukan perkara sebenarnya perancangan politik musuh musuh Islam yang amat licik permainan agenda tersembunyi mereka.

Sudah jadi macam kes Pak Pandir Moden.

Beriya bersorak bilamana ayam tambatannya menang sabung tetapi lupa bahawa ayam sabung nya itu (hakmilik tanahair ini) kini sudah di tangan Sultan ( Pakatan DAP-PKR-PAS)!

Belum pernah sejarah hakmilik 999 tahun diberikan sewenang wenangnya oleh mana mana kerajaan negeri sebelum ini tetapi telah terlaksana di Negeri Perak Darul Raplah oleh mereka yang berkuasa sebelum ini.

13hb Mei - tarikh penuh tragedi didalam lipatan sejarah negara ini.

Masih belum aman nampaknya bumi bertuah ini dek kerana permainan politik oleh mereka yang sanggup menggolok gadaikan negara ini semata mata ingin berkuasa dan bebas mengisi tembolok masing masing semampat yang boleh.

Saya cuma takut tembolok yang disumbat penuh merening itu akan meletup pecah memburai memuntahkan isi yang penuh hanyir dan busuk dek kerana tidak bersihnya cara pendapatan masing masing angkara rasuah dan salah dari segi agama mahupun undang undang!

Tidak ada sebarang perubahan pada nasib warganegara Malaysia hari ini.

Kecurigaan dan syak wasangka diantara kaum masih menebal hari ini sama sahaja seperti 40 tahun yang sudah!

Cuma kita belum sampai ketahap membawa parang keluar mencari mangsa sahaja.

Tetapi dilaman laman blog, perang perkauman masih semarak menyala nyala dan kemungkinan akan terus menyala sampai kiamat.

Media massa rasmi mungkin akan mengeluarkan propaganda perpaduan kaum dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retorik penyedap rasa sahaja.

Hakikatnya 13 Mei masih terus berdarah dihati masing masing. Terima lah realiti ini.

Selagi insan tidak sedar akan diri di untung dan tidak mengambil sikap ' Dimana bumi dipijak ; di situ langit dijunjung!'.. selagi itulah suasana ketidakstabilan akan terus berlaku ditanahair tercinta ini.

Masaalahnya payung payung negara sudah mulai tiris akibat lupa kepada suruhan dan perintah Allah, Rabbul Alamin.

Hai..................:(
Post a Comment