Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Tuesday, May 26, 2009

APAKAH FUNGSI PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL? Pertanyaan Mr.KETAM

Blogger Mr.KETAM said...

Assalamualaikum..

Tuan bukan saya nak mengajar bab-bab agama dan urusan pentadbiran majlis agama negeri tetapi APAKAH FUNGSI PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL??

Bukankah umat ISLAM yg miskin ini adalah termasuk didalam ASNAF yang berhak? Apakah mereka ini tak layak menerima bantuan?

Seperti di Selangor ramai ibu tunggal dan fakir miskin yg tiada rumah tetapi banyak rumah (flat PKNS dan pemaju lain) yg terbiar tak terjual yang harga dah jatuh bawah RM10k..kenapa tak beli dan serahkan rumah itu kepada mereka-mereka ini??

Kenapa pula perlu bina BANGUNAN yg besar sebagai PEJABAT PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL sampai berjuta-juta ringgit tetapi jika digunakan untuk membeli "rumah-rumah murah dan flat murah" saya rasa masalah penempatan ibu-ibu tunggal dan fakir miskin telah selesai..ini termasuk lah di SEMUA NEGERI DI MALAYSIA..

Perkara-perkara remeh seperti jauh daripada punca rezeki bukan satu alasan utk membantu mereka..hendak seribu daya.

Namun semua yang HAK ini telah di POLITIK kan oleh semua pihak termasuk UMNO/BN dahulu.

Harap tuan dapat membuat kajian yg mendalam terhadap cadangan saya ini.

Mintalah nasihat daripada MUFTI PERAK dan semua MUFTI-MUFTI dan semua ahli ULAMA' (jgn lama sangat) dan sediakan garis panduan utk dijadikan contoh kepada semua Pusat Zakat,dan kemudiannya minta PERKENAN ke SEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU untuk melaksanakannya..

Buat kempen ZAKAT utk mengalakkan UMAT ISLAM berzakat..

Harap tuan sebarkan perkara ini kepada semua PEMIMPIN UMNO ISLAM,PEMIMPIN PAS ISLAM dan PEMIMPIN PKR ISLAM untuk memikirkan perkara ini tetapi BUKAN PEMIMPIN ISLAM YG MUNAFIK.

wassalam

p/s: saya masih tak dapat menerima hakikat apabila melihat BANGUNAN PUSAT ZAKAT BERDIRI MEGAH BERJUTA RINGGIT tetap ramai UMAT ISLAM FAKIR MISKIN,IBU TUNGGAL tidak mendapat pembelaan sewajarnya..

p/ss: jgn la bila masuk TV macam program BERSAMAMU baru nak muncul kena lah pro aktif..Itu AMANAH yg BERAT.. dan sepatutnya semua KAKITANGAN PUSAT ZAKAT dan BAITULAMAL berfikir BAGAIMANA HENDAK memberi kapak atau jala kepada MEREKA bukan TERUS MEMBERI KAYU dan IKAN.

Tuesday, 26 May, 2009

**********************************************************************************

Assalamualaikum Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya sekelian.

Itu adalah soalan soalan yang dikemukakan oleh saudara Mr.KETAM kepada kita semua.

Saya persilakan saudara saudari memberikan jawapan kepada saudara kita ini.

Di persilakan.

Post a Comment