Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 21, 2009

Dunia Akhir Zaman - Darul Maksiat & Jenayah Tajaan Kerajaan

Assalamualaikum ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.















Apakah ada papan tanda peringatan sebegini di tempat anda?

Jika ada pun, apakah ada kekuatan prinsip didalam hati dan sanubari pemerintah daerah atau kawasan anda untuk menjalankan hukuman rejam yang di perintahkan Allah, Tuhan Rabbul Jalil keatas pesalah jenayah zina yang ditangkap dan dibuktikan sabit kesalahannya?

Sekiranya anda penduduk Malaysia, maka anda tidak usah khuatir kerana pemerintah disini ada rang undang undang jenayah syariah buatan sendiri yang boleh dibawa berbincang.

Ya. Macam pepatah orang Indonesia ' Bisa di atur pak! Ditanggung beres!'

Hukum bagi pesalah zina didalam Syariah Islam sebenar benarnya menurut Hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Kitab Al Quranul Karim, Surah An Nur Bab 24 Ayat ke2 adalah :







2. Alzzaniyatu waalzzanee faijlidoo kulla wahidin minhuma mi-ata jaldatin wala ta/khuthkum bihima ra/fatun fee deeni Allahi in kuntum tu/minoona biAllahi waalyawmi al-akhiri walyashhad AAathabahuma ta-ifatun mina almu/mineena

2.
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

2. The woman and the man guilty of adultery or fornication,--flog each of them with a hundred stripes: Let not compassion move you in their case, in a matter prescribed by Allah, if ye believe in Allah and the Last Day: and let a party of the Believers witness their punishment.

Sadaqallah hal adzhim.

Tuan tuan dan puan puan,

Pemerintah di Malaysia ternyata lebih hebat didalam mengendalikan soal jenayah zina ini dan segala bijak pandai, alim ulamak dan mereka yang dipertanggungjawabkan menjaga urusan hal ehwal Agama Islam nan maha suci ini amat berani sekali dengan menggubal rang undang undang syariah versi mereka sendiri dan menidakkan Hukum Tuhan Semesta Alam!

Iya tuan tuan. Saksikanlah hukum Undang undang Syariah ala Mamluk al Malaisie dibawah :






















Sila klik pada paparan imej imbasan Undang undang Syariah versi Kerajaan Mamluk al Malaisie ini untuk melihatnya didalam paparan lebih jelas.

Muslimin dan Muslimat sekelian.

Saksikan dan perbandingkanlah betapa bilamana manusia yang di amanahkan Allah menjaga urusan umat Islam didunia ini memandai mandai mengubah perintah dan ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dimuka bumi ini dengan ENGKAR TERHADAP HUKUM ALLAH dengan mendenda para penzina dengan jumlah wang ringgit sebanyak 5 ribu ringgit sahaja dan dikurangkan hukum sebatan kepada hanya 6 kali sebatan sahaja dari 100 sebatan yang terang terangan diperintah Allah Azza Wa Jalla, maka apalah hendak dihairankan bilamana didalam Mamluk al Malaisie ini, zina, liwat, rogol, persundalan, sumbang mahram dan sebagainya teramatlah subur menjadinya sehingga saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia sudah naik mangli @ tidak sensitif lagi terhadap jenayah yang teramat keji ini?

Apa pernah saudara saudari mendengar mana mana penzina didalam negara ini dijatuhkan hukum sebat oleh Mahkamah Syariah mana mana negeri didalam Malaysia?

Saya tidak tahu samada Negeri Kelantan Darul Naim yang dibawah perintah Parti seIslam Malaysia sejak 1990 ada menjalankan hukum sebat keatas pesalah zina walau dengan satu sebatan sekalipun didalam tempoh pemerintahan mereka sekian lama ini?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala terang terangan memerintah hukum 100 kali sebatan keatas pesalah zina didalam Ayat ke2 Surah An Nur yang saya paparkan diatas.

Manusia yang mengaku menjadi Ketua Agama Negeri @ Sultan dan Raja Melayu boleh pula mendiamkan diri bilamana digubal undang undang yang engkar dan menghina Hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala secara terang terangan begitu!!!

Apa kita masih dijajah British Kolonial?

Apa kita ini masih dibawah perintah Jepun?

Atau dibawah perintah Komunis Bintang Tiga?

Dimanakah erti kemerdekaan bagi kita yang mengaku berKerajaan yang diterajui Melayu Muslim sekiranya kita berani pula memandai mandai mengubah Hukum Allah kepada hukum ikut kepala otak raplah al jingga sebegini?

Sebab itu, minta maaf le ...saya memang tidak kagum tara mana terhadap institusi bijak pandai agama didalam negara kita kerana kebanyakan mereka bersifat dayus tahap gaban bilamana membisu, mendiamkan diri dan membiarkan jenayah pemerintah ini terhadap Amanat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan Maha Pencipta sekelian alam ini sekian lama ini.

Saya selaku seorang hamba Allah yang daif, tidak mempunyai kuasa apa apa hanya berupaya menyatakan ketidakpuasan hati dan jiwa saya ini didalam laman maya alam siber ini sahaja menurut apa yang saya mampu selama masih hidup ini.

Kekecewaan saya semakin menjadi bilamana saya menatap suratkhabar setiap hari yang melaporkan gejala sosial semakin menjadi didalam negara yang dilaung laungkan sebagai Negara Islam oleh para pemuka pengkhianat amanat umat Islam dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri!

Apa nak dihairankan bilamana ada rakyat dan warga negara ini sendiri menjadi petualang dan pengkhianat terhadap negara ini bila para penguasa dan pemerintah negeri dan negara boleh semberono sahaja engkar dan khianat terhadap Allah Tuhan Semesta Alam sendiri?

Segalanya berpunca dan bertitik tolak dari pengkhianatan akbar para `Ulul `Amri yang tidak sedar diri!

Kekadang hati kecil saya berkata, ' Buat apalah dok pening kepala dan raplah terhadap apa yang sedang melanda negara ini?'

Namun jauh didalam benak fikiran saya berbisik pula,' Bukankah berdiam diri melihat kemungkaran itu namanya bersubahat?'

Tidak sampai pula hati saya hendak bersama sama dengan segala mangkok hayon kelas 'arboq yang memang cakap tak serupa bikin!

Peduli apa dengan berapa banyak thanawi yang dia dok bangga tak sudah dengan pencapaian lulusan ilmiahnya jika ilmunya itu tidak dimanfaatkan didalam ertikata sebenar benarnya?

*arboq didalam slanga utara adalah ' tak boleh pakai' @ useless didalam bahasa Inggeris.

Dewasa ini para pelaku zina dan maksiat dipuja dan dipuji oleh media massa perdana dan cipisan seolah itu adalah satu benda yang memang teramat penting sekali dijadikan santapan nurani mereka yang memang sudah lah berpenyakit tahap kronik didalam peribadi songsang mereka tetapi sudah sampai ketahap tak boleh nak lapor benda lain jika tidak dijadikan tajuk berita utama suratkhabar dan majallah majallah dagangan mereka!!!

Didalam internet, taip saja perkataan 'gadis melayu' dan saksikanlah berapa banyak video video bukti nyata perlakuan zina oleh mereka yang kononnya Melayu Islam itu yang timbul?

Nisbah bukti pekerjaan terkutuk zina yang keluar didalam You Tube dan laman laman blog atau Yahhogroups, Googlegroups teramatlah tinggi dikalangan mereka yang berbangsa Melayu berbanding dengan kaum lain di Malaysia ini.

Semuanya berbalik punca pada siapa?

Siapa yang berkuasa didalam negara ini?

Siapa yang diberikan kuasa untuk menangkap dan mendakwa pesalah pesalah baik jenayah sivil atau syariah didalam Mamluk al Malaisie ini?

Siapakah yang menjatuhkan hukum didalam Mahkamah Syariah?

Mereka yang kononnya penjaga kepentingan Ad Deenul Islam di muka bumi Malaysia ini.

Siapakah yang mengaku kuasa tertinggi soal hal ehwal Agama Islam di dalam negara yang melabelkan Negara Islam ini?

Tampar kepala dan peringatkan diri balik!

Usah mengambil kira bahawa negara negara Arab sedunia pun mengaku bahawa Malaysia ini Darul Islam!

Kebanyakan orang orang Arab itu sendiri ramai yang bersikap dan bersifat 'Raplah Jingga'!

Kerajaan kerajaan Negara Arab Timur Tengah itu sendiri banyak yang sama sekepala dengan pemerintah dan pihak berkuasa Malaysia.

Hukum hakam Allah diambil dan di olah mengikut selera dan kehendak serta keperluan masing masing.

Tidak ada yang seratus peratus mengikut garis panduan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan anjuran Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Natijahnya?

Kita kini hidup di Akhirul Zaman yang disabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Dimana Islam hanya tinggal nama dan para penguasa kita terdiri dari mereka yang khianat terhadap amanat Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah al Mustafa, Khataman Nabiyyi, Sallalahu Alaihi Wassallam.

Darul Maksiat wal Jinayyah!

Susah hati saya tuan tuan dan puan puan.

Tidak nampak mana mana pihak atau puak yang berkuasa didalam negara ini yang sanggup dan mahu berani tampil kemuka mendaulatkan Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti yang kita impi dan cita citakan?

Sudah semakin banyak kedengaran suara suara cabul dan kurang ajar mencemuh dan memperlekehkan Islam didalam negara ini.

Kebanyakan penguasa cuma sekadar menjadi setan bisu dan berkelakuan mata terjegil buka tetapi tak nampak apa apa. Telinga mencapang dengar tetapi tuli terhadap segala sumpah seranah, caci maki kaffir harbi laknatullah! Otak sadar tetapi koma terhadap apa yang perlu dilakukan seupaya kuasa dan kudrat yang ada?

Apakah lagi yang mereka sedang menanti?

Hendak tunggu Azab Allah turun dan menghancur binasakan negeri negeri dan negara ini?

Wallahu `alam?

Terpulang kepada mereka. Tanggung jawab memperingati `Ulul `Amri menerusi lisan dan tulisan sudah acapkali saya dan mereka yang sefikrah dengan saya laksanakan.

Tinggal menanti Malaikatul Maut sahaja membawa nyawa ini pergi kembali menghadap ke Hadhrat Ilahi.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

* Sila baca blog ini untuk penjelasan lanjut tentang bahaya zina dan natijahnya pada ummah.
Post a Comment