Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, May 09, 2009

Hindraf Bebas dari ISA! Jamaah Islamiyyah Bila Pulak?


















Saya merujuk kepada laporan pembebasan 3 pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.

Sekiranya kerajaan 1Malaysia pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak merasakan pimpinan Hindraf sudah tidak merbahaya lagi terhadap keselamatan negara, maka ingin saya bertanya apakah yang menghalang pembebasan tahanan tahanan lain terutamanya mereka yang dari aliran jamaah Islamiyyah?

Saya rasa Kerajaan Malaysia harus berlaku adil terhadap tahanan tahanan ISA yang tidak lagi mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara ini dengan membebaskan mereka seiring dengan langkah membebaskan pemimpin pemimpin Hindraf yang secara jelas meminta campurtangan negara asing seperti bekas penjajah negara ini @ Great Britain untuk menangani masaalah kaum India yang dikatakan tertindas dinegara ini sejak Merdeka!

Saya rasa sekiranya Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Tun Razak merasakan Hindraf tidak berbahaya lagi dan boleh membebaskan mereka yang dahulunya dianggap pengganas dan ekstremis merbahaya sehingga perlu mereka ditahan dan dipenjarakan di Kem Tahanan Kamunting sejak sekian lama ini, maka patut sangatlah Kerajaan 1Malaysia Najib Tun Razak mempertimbangkan membebaskan saudara seIslam dengan kita yang sudah terpisah dari anak isteri mereka sejak bertahun tahun yang sudah!

Saya tidak sampai ingin meminta supaya Kerajaan Malaysia menghapuskan ISA secara total kerana kita masih perlu membanteras sebarang salah laku jenayah merbahaya dengan menangkap mana mana pihak subversif dan ejen negara negara asing yang bertujuan menjual atau khianat terhadap kedaulatan negara ini.

ISA juga mungkin diperlukan untuk menahan mana mana penjahat atau kumpulan yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara tidak sah dan melakukan sebarang keganasan yang boleh menjahanamkan negara tercinta kita ini.

Saya meminta agar keadilan dilaksanakan secara saksama oleh Kerajaan 1Malaysia Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak.

Bila Dato Seri boleh membebaskan pimpinan Hindraf yang dihukum sebagai kumpulan merbahaya dan diharamkan kerajaan, maka apa alasan untuk terus menahan saudara saudara seIslam kita di Kem Kamunting?

Seandainya mereka bersalah, maka kita ada sistem kehakiman dan mahkamah sivil serta 'Syariah'. Bicarakan lah mereka menurut akta akta yang sedia ada dan sekiranya sabit kesalahan mereka maka harus ditolak tempoh yang mereka berada didalam tahanan sejak ditangkap dan dipenjarakan.

Jika Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Keselamatan Dalam Negeri berpuashati bahawa mereka tidak lagi membahayakan keselamatan negara kita ini, maka eloklah tahanan Islam kita dibebaskan sama seperti pemimpin Hindraf 3 orang hari ini.

Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Insya Allah.
Post a Comment