Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, May 26, 2009

Kempen terancang menjolok 'sarang tebuan' @ PDRM.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan sewarganegara yang dihormati.

Saya ingin mengajak anda merenung sejenak akan satu perkembangan yang kurang sihat didalam negara kita sejak kebelakangan ini.

Perkembangan yang saya maksudkan adalah mengenai cara sesetengah pihak berperanan sebagai 'agent provocateur' @ pengadu domba didalam perkumpulan manusia manusia yang mempunyai agenda tertentu didalam mengadakan perhimpunan menunjuk perasaan terancang mengenai sesuatu isu atau perkara.

Cara penganjur demonstrasi ini beroperasi adalah dengan cara berkelakuan seolah teraniaya gila bila pihak berkuasa datang untuk menyuraikan mereka samada dengan cara aman atau kekerasan.

Bilamana saya menonton video video protes itu dan ini yang telah bermula sejak beberapa tahun kemudian, saya perasan satu kaedah kempen terancang memburukkan imej pihak berkuasa oleh pihak penaung dan penganjur protes protes tersebut.

Pertama kali saya perasan tentang modus operandi kumpulan ini adalah didalam peristiwa yang berlaku diantara pihak pelajar Cina di UPM bertindak seolah diri mereka dikasari oleh pelajar pelajar Melayu dengan berteriak ' Jangan gaduh! Jangan gaduh!'

Kalau tak salah saya pelajar Cina berkenaan turut muncul didalam beberapa protes anjuran aktivis Jerit dan juga beberapa siri demonstrasi jalanan lain.

Sila rujuk kembali kepada pendedahan saya tentang taktik pelajar pelajar ini cuba mencetuskan huru hara di kampus UPM dengan berlakun seolah diri mereka diserang para pelajar Melayu di universiti itu disini.

Cara mereka merancang semua kekecohan ini dengan menyediakan jurukamera Chew Siew Fong dari www.merdekareview.com, sebuah portal media bebas Cina siap merakam video menunjukkan seolah mereka yang menjadi mangsa perkauman padahal semuanya sudah sedia menjadi sebahagian perancangan mereka untuk mencetuskan pergaduhan kaum diantara para pelajar UPM.

Kini keadaan serupa sedang dilakukan oleh pihak 'agent provocateur' yang terdiri dari pihak aktivis sosial dan parti DAP serta lain lain dengan cara berkumpul menyalakan lilin dihadapan balai balai polis mengujudkan suasana kurang selesa memaksa pihak polis mengambil tindakan keatas mereka dan bilamana arahan bersurai diberikan penguasa polis di balai berkenaan, mereka degil dan terus duduk mencabar arahan polis.

Didalam kes melibatkan Adun Teratai Jenice Lee kita boleh lihat kesamaan cara yang digunakan oleh pihak pendesak siap sedia menjemput wartawan Malaysiakini merakam video ini untuk menunjukkan bahawa pihak polis yang berlaku salah terhadap mereka?

Apakejadahnya semua ini?

Dah dirancang menyediakan kek harijadi kononnya menyambut harijadi salah seorang dari aktivis mereka!

Bila masa pernah orang menyambut harijadi macam gini dihadapan rumah kedai atau pejabat?

Bukankah ini terang terangan satu usaha mencetuskan suasana kurang selesa didalam negara ini dengan menjolok sarang tebuan dan bila tebuan menyengat menjerit memekak mengadu di aniaya?

Ini sudah melampau!

Saya tidak menyokong cara mereka ini membuat kacau didalam negara kita dan berharap pihak polis tidak memberi muka terhadap mana mana 'agent provocateur' seperti ini dan mendakwa mereka menimbulkan kekacauan dikhalayak umum!

Pihak media seperti yang bekerjasama dengan 'agent provocateur' ini harus mengambil kira akan natijah menjadi tali barut dan bersubahat didalam mengujudkan suasana tidak stabil didalam negara!

Cuba tengok cara seorang politikus DAP mendakwa kedudukan Ahli Parlimen DAP itu lebih tinggi dari OCPD Brickfields!


Betapa angkuh dan sombongnya mereka ini! Apa kah sudah merasa diri itu kebal dari undang undang bila menjadi Ahli Parlimen?

Boleh saja mengadakan perhimpunan haram sesuka hati mereka dan merasa diri itu 'untouchables?'

Saya merasa ada kemungkinan cubaan pihak pihak pengacau ini akan membawa kepada trajedi berdarah didalam waktu terdekat ini jika terus dicuba mencemar maruah pihak polis dan mengasak mereka setiap hari sejak akhir akhir ini!

Silap haribulan akan ada yang meninggal karang disebabkan kekecohan yang kini sedang cuba dicetuskan!

Apa dah kemaruk sangat untuk merasai zaman darurat kembali?

Pepatah lama 'Sarang tebuan jangan dijolok' bukan main main. Silap haribulan bukan muka saja yang membengkak, nanti ada yang tamat riwayat akibat keadaan tidak terkawal!

Jika di zaman British, sudah lama komandan balai akan memerintah anak buahnya menembak mati puak puak yang degil berkumpul sebegitu?

Nasib mereka ini agak baik sebab setakat ditangkap dan disumbat kedalam lokap sahaja! Entahlah!

Manusia didalam negara ini kekadang tak sadar diri di untung!!!

Berani buat ; berani tanggung lah!

Sendiri mau ingat aa! Jangan bila dah kena peluru sesat ke apa, baru nak menyesal!

Jika gatal juga hendak pergi jolok sarang tebuan, maka bersedialah merasai sengatnya!!!
Post a Comment