Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 14, 2009

Masjid Al Najihin - Pembukaan rasmi hari ini!






Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Saudara saudari Muslimin dan Muslimat sekelian.

















Alhamdulillah! Hari yang saya tunggu tunggu telah tiba! Pada hari ini akan dirasmikan penggunaan Masjid Al Najihin dengan diadakan Solat Maghrib berjamaah dan kemudian di ikuti dengan Bacaan Surah Yassin, Tahlil, Doa Selamat dan Solat `Isya berjamaah.































Di ikuti dengan Solat Hajat berjamaah kemudian disusuli dengan Majlis Pengenalan Ahli Jawatankuasa Masjid oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Jamuan makan malam akan di adakan bagi para jamaah yang hadir.

Keesokan harinya akan diadakan Solat Jumaat yang pertama di Masjid Al Najihin. Sahibus Samahah Dato' Wan Zahid bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan akan berkhutbah dan mengimami Solat Jumaat tersebut, Insya Allah!

Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat sekelian diminta hadirkan diri seandainya anda penduduk Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak atau berada dipersekitaran kawasan masjid.

Sahabat bloggers di alu alukan menghebahkan perasmian Masjid Al Najihin ini di blog masing masing dan seandainya bermukim dikawasan kariah masjid amat diharapkan hadir bersama dimajlis perasmian ini dan seterusnya mengimarahkan masjid Allah ini beramai ramai.

Semoga Masjid Al Najihin ini akan menjadi tempat umat Islam sekeliling bersatu dan menghidupkan Ad Deenullah Subhanahu Wa Ta'ala.

Amin Ya Rabbal Alamin!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment