Bersambung balik cerita pengembaraan saya bersama isteri ke Pantai Timur baru baru ini.
Selepas makan tengahari di gerai Bakar Nasi Campor, Tanjung Api, Kuantan, Pahang maka saya pergilah meninjau harga ikan segar yang baru ditangkap nelayan dan dijual disana.
Ikutilah penggambaran saya disana melalui video dibawah ini.
Secara amnya penduduk di Pantai Timur mudah mesra dengan kita dan tidak sombong. Yang pentingnya kita ini, sebagai pelancung haruslah pandai pandai membawa diri.
Usah berlagak ego semberono bila ditempat orang. Bak kata pepatah lama, ' Masuk kandang kambing mengembek ; masuk kandang kerbau menguak!'
Nelayan muda bersantai memetik gitar sementara menunggu bertugas semula keluar ke laut mencari rezeki disamudera Lautan Cina Selatan.
2 comments:
Soronok tengok orang melayu berniaga..
Assalamualaikum Nizam.
Memang disebelah Pantai Timur, kebanyakan bisnes disana diterajui orang orang Melayu.
Namun orang China ramai juga yang maju disana hidup aman damai bersama masyarakat Melayu Pantai Timur.
Cuma di Pantai Barat Semenanjung saja yang kelam kabut sedikit akibat percaturan politik puak puak yang tak boleh tengok negara kita ni aman.
Sebab tu saya selalu bercuti ke Kuantan dan menjelajah kawasan kawasan pedalaman diTerengganu dan Pahang.
Kepala otak menjadi tenang bila disana.
Disini dok ribut berebut kuasa politik. Malas saya nak ngambil tahu sangat!
Biarlah puak puak politik ni pecah kepala berebut kuasa...hamba lebih rela gi melayan cucu cucu saudara hamba si Amir Rafik dan Aina Batrisyia.
Lebih memuaskan hati. :)
Post a Comment