Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, May 25, 2009

Rembau Oh Rembau! Perjalanan lewat malam.

Assalamualaikum semua.

Baru baru ini selepas melawat Rayyan Iskandar, anak sulung pasangan anak saudara kami Azizul Azmi bin Abdul Mutalib dan isterinya Suraiza Abdul Razak, saya terus memandu menuju ke Negeri Sembilan bertujuan untuk jalan jalan cari makan.

Seperti biasa orang rumah saya terus menyokong dan setuju untuk ronda ronda mencari makan di kawasan luar bandar. Saya pun terus memandu menjelajahi lebuhraya PLUS menuju ke arah selatan tanahair.

Sebaik tiba di Seremban, saya pun memandu memusing musing di bandar itu mencari jika ada Nasi Minang atau Nasi Padang yang kelihatan. Tidak nampak satu restoran orang Melayu Nogori pun. Yang nampak hanya restoran dan bistro mamak. Dah cemuih dah makan makanan gitu.

Tergerak hati ini untuk menjelajah daerah pedalaman Negeri Sembilan. Rembau menjadi tempat tujuan. Saya terus memandu di kegelapan malam menuju ke destinasi pilihan.

Sepanjang jalanraya yang tidak berlampu itu, kelihatan berbalam balam susuk tubuh manusia berjalan di tepian jalan. Berbisik didalam hati, ' Takkan tidak boleh dipasang lampu jalan untuk kemudahan awam?

Bukan kah kawasan ini dibawah pengawasan menantu mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5? Khairy Jamaludin! Ketua Pemuda UMNO!

Saya terus memandu dan melepasi beberapa pekan pekan kecil yang kelihatan lengang. Masih awal malam lagi tetapi suasana dikawasan itu sudah sunyi sepi. Tidur awal lah nampaknya masyarakat dikawasan sebegitu bisik hati saya.

Selepas memandu beberapa lama, akhirnya kelihatan papantanda menyambut ketibaan kami ke Daerah Rembau, Bumi Beradat.

Rupa rupanya Pekan Rembau ini tidaklah terbangun sangat. Ianya hanya sebuah pekan kecil dengan bangunan bangunan setingkat sederet yang nampak seperti peninggalan zaman British.































Balai Polis Rembau.
















Di satu kawasan ada bangunan 2 tingkat yang menempatkan kedai kedai biasa.

Pada malam Sabtu itu sedang berlangsung Pasar Malam di Rembau. Itu sahaja tempat yang sedang aktif terang benderang dengan segala macam perniagaan. Saya serahkan kamera kepada isteri meminta beliau merakamkan suasana itu sambil saya memandu menyusur jalan sempit yang kiri kanan dipenuhi kenderaan.

Saya terfikir bahawa mungkin pasar malam itu sahaja perkara yang mengaktifkan keadaan di Rembau pada malam minggu begitu. Jika tidak sunyi lah Rembau seperti malam malam biasa.

Perut sudah mula berkeroncong tetapi tidak kelihatan mana mana tempat masakan Minang atau Padang yang saya hajati.

Kecewa sedikit didalam hati namun saya bersyukur sekurang kurangnya dapat juga saya sampai ke kawasan ini yang belum pernah lagi kaki saya menjejaki sejak lahir di bumi bertuah ini.

Saya kembali memandu keluar dari Pekan Rembau, hampa kerana ianya tidak seperti yang saya harapkan.

Didalam hati saya berkata memang amat sukar bagi Khairy Jamaludin untuk dapat merubah Rembau menjadi pusat ekonomi daerah kerana terlalu banyak peruntukan yang akan diperlukan untuk melaksanakan apa apa di situ.

Namun sekiranya Khairy mengambil iktibar mengujudkan satu kompleks makanan Nasi Minang atau Nasi Padang Negeri Sembilan disana, mungkin akan dapat mencetuskan semarak pembangunan disitu.

Orang orang seperti saya yang gemarkan masakan tradisi Minang sudah tentu akan datang menjamu selera disana. Orang awam Malaysia memang kaki makan.

Khairy perlu bijak menggunakan ilmu pengetahuannya untuk mengasaskan industri 'Pelancungan Masakan Nogori' untuk menggamit para pelancung tempatan dan luar negara singgah di Rembau merasakan masakan tempatan.

Hendak seribu daya ; tak hendak seribu dalih!

Saya cuba singgah di tepi Sg Rembau yang nampak seperti ada pusat makanan disana. Suasana suram dan hambar membuatkan hati ini tidaklah begitu bersemangat hendak makan malam disana.

Kemudahan tandas awam pun tidak disediakan. Yang ada tandas cangkung dibelakang sebuah gerai disana yang tidak menepati ISO hamba.

Lantas tak jadi singgah disitu lama lama. Batal program.

Saya terus mengambil keputusan untuk kembali saja ke KL dan mungkin akan singgah di R&R Seremban Arah Utara untuk menjamu selera.

Saya pun terus memandu mencari arah ke Lebuhraya PLUS balik. Setelah memandu menyusuri kegelapan malam dengan disuluh lampu kereta dari arah bertentangan yang kebanyakan pemandunya seolah kurang ilmu dan sifat bertimbang rasa sebab masing masing menggunakan lampu tinggi @ highlight dan tidak menurunkannya bila berselisih dengan kenderaan, saya dengan hati yang tidak berapa seronok terus memandu mencari jalan susur ke lebuhraya PLUS.

Akhirnya sampai ke persimpangan ke lebuhraya itu. Singgah sekejap melepaskan hajat di tandas PLUS yang disediakan ditepi tol. Alhamdulillah, keadaan ditandas itu amat memuaskan sebab diselenggara dengan baik oleh seorang pekerja Bangladesh.

Syukur Alhamdulillah dengan adanya mereka dinegara ini. Orang tempatan memang lembab nak mampos untuk bekerja sebegitu dah.

Selepas selesai urusan teramat penting itu untuk mengosongkan tangki kecil diri, maka kami kembali semula meneruskan perjalanan kami. Kali ini adalah menuju balik ke KL dan sudah merancang untuk singgah di R&R Seremban Arah Utara.

Sampai sahaja disana, saya meletakkan kereta dibawah pokok dilot yang disediakan dan kami terus ke ruang jualan makanan. Alhamdulillah, masakan disana boleh tahan. Selepas makan, kami menuju balik ke kereta.

Terkejut saya melihat bumbung kereta dan cermin depan habis dibom oleh burung burung yang memekak bising berciut ciut agaknya gumbira kerana telah melepaskan hajat mereka ke atas kenderaan kami yang tidak bernasib baik!!!

Hahahaha...dengan hati yang geram bercampor perasaan lucu kerana tidak memikirkan akan natijah meletak kenderaan dibawah pokok pada sebelah malam, saya terus mengubah kereta dan masuk ke lot yang terdedah, jauh dari rimbunan pokok pokok yang penuh dengan burung burung yang singgah bermalam disana sambil melepaskan bom bom pelbagai rupa dan warna.

Saya mengambil botol air 5liter yang ada didalam but kereta dan terus pergi mencari air paip. Pekerja Bangla yang sedang membasuh pinggan mangkok sudi mengisi botol air saya itu dan saya kembali membersihkan kereta kami dari najis burung burung itu. Dua kali saya terpaksa kembali mengisi botol 5 liter itu dan mencuci kereta sehingga hilang habis najis burung itu dan kereta kami kembali bersih dan berkilat. :)

Alhamdulillah!

Saya nampak ada dua kereta yang mengisi tempat yang saya kosongkan tadi. Pemandunya sedang leka menghisap rokok menikmati suasana riuh kebisingan burung burung itu. Tak sampai hati saya untuk membiarkan ia pulak menjadi mangsa hujan bom najis beburung itu.

Saya terus berteriak kepada mereka dan mengingatkan akan natijah meletak kenderaan mereka di bawah pokok itu. Hahahaha. Bingkas mereka terus berterimakasih kepada saya di atas peringatan terpenting itu dan segera memandu keluar kereta masing masing jauh dari zon pelepasan bom maha melekat dan membusuk itu. :P

Saya kembali memandu balik menuju rumah kami di KL dan walaupun agak kecewa dengan kehambaran suasana pekan Rembau yang memang tidak segah mana dengan pekan pekan lain di semenanjung tetapi bersyukur jua kerana akhirnya tertunai sudah hajat dihati untuk melihat keadaan di Rembau dengan mata kepala sendiri.

Khairy Jamaludin kini terpaksa melakukan perkara perkara yang luarbiasa disana seandainya ingin membuktikan kebolehannya untuk menjadi Ahli Parlimen Rembau yang boleh berbangga dengan kemakmuran yang dibawa olehnya atau bersedia untuk dikutuk 'bagai tanah pelempar balam ; kalau mujur tiba dibalam, kalau tidak surut ke tanah!'.

Maksud peribahasa di atas adalah : 'Usaha yang tidak bersungguh sungguh'.

Saya kira bukan mudah untuk Khairy melakukan perubahan di Rembau didalam tempoh terhad sepenggal menjadi Ahli Parlimen disana tetapi sekiranya ia betul betul ikhlas ingin berkhidmat kepada masyarakat Rembau dengan menjadi wakil mereka di Parlimen, maka mulakanlah dengan projek yang pasti membuahkan hasil seperti cadangan saya untuk mengadakan Pusat Makanan Nogori yang saya kira boleh sahaja dilaksanakan tanpa banyak halangan.

Mudah2an Rembau akan maju dan makmur seperti tempat lain di Malaysia ini.

Amin.
Post a Comment