Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, May 02, 2009

Solat Terakhir oleh Zainol Abideen











Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Muslimin dan Muslimat yang saya hormati sekelian.








































Sumber Grafik




Tajuk penulisan saya hari ini adalah tentang 'Solat Terakhir' yang telah sempat kita laksanakan.


Apa ada diantara tuan puan merenung sejenak akan mutu solat kita yang terakhir kita tunaikan?


Iya. Mutu solat kita.


Apakah kita telah laksanakan sebagus mungkin solat kita yang terakhir tadi sepertimana dituntut didalam ajaran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam atau sekadar 'tangkap muat' sahaja?


Dari apa yang telah saya pelajari tentang menunaikan solat fardhu dan juga sunnat, ada pelbagai tahap solat dan yang paling penting adalah tentang fahamkah tidak kita itu tentang apa yang kita kerjakan memenuhi tuntutan solat?




29:45
Transliteration
Otlu ma oohiya ilayka minaalkitabi waaqimi assalata inna assalatatanha AAani alfahsha-i walmunkariwalathikru Allahi akbaru wallahuyaAAlamu ma tasnaAAoon
Malay
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Maksudnya : "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."


Apakah itu sembahyang?


Adakah sekadar berpakaian yang bersesuaian, menutupi aurat dan kemudian nya mengambil air sembahyang @ wudhu' kemudian nya berdiri, ruku' dan sujud mengulangi bunyi bacaan ayat ayat suci Al Qur'anul Karim dan mengajuk sahaja segala perbuatan imam dan jamaah lain?


Sudah tentunya tidak!


Solat seorang muslimin atau muslimat ; mukminin na wal mukminat itu bukan hanya sekadar menurut kelakuan dan aksi yang menuruti tuntutan ibadah solat semata mata.


Ianya lebih dari lahiriah @ aksi jasad. Solat itu adalah rangkuman aksi jasad lahiriah serta ruh batiniyyah bagi mereka yang belajar tentang ilmu solat.


Kekadang kita melihat seseorang jamaah didalam masjid mahupun surau yang mengulang ulangi takbirratul ihram mereka kerana hati mereka belum dijalin seiring dengan niat dan tumpuan minda mereka terhadap ibadah solat terbabit.


Bilamana kita berdiri berniat ingin menunaikan solat tertentu maka penting bagi kita menumpukan perhatian, fikrah dan minda kita terhadap segala rukun rukun solat serta faham akan setiap rukun dan pengucapan didalam solat kita samada secara zahir ataupun batin (didalam hati).


Penghayatan solat ini berbeza beza dari seorang Muslim kepada yang lain kerana ianya melibatkan tahap kefahaman seseorang itu mengenai ilmu agama yang dipelajarinya.


Kelalaian seseorang didalam menghayati maksud bacaan dan faham akan kenapa ianya sedang bersolat itu di nyatakan didalam firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Surah Al Ma'un ayat ke 5 didalam Al Quranul Karim :




107:5
Transliteration
Allatheena hum AAan salatihimsahoon
Malay
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Sadaqallah hal adzhim.
Benarlah Allah yang Maha Perkasa.

Lalai seperti apa yang dimaksudkan ini?

Lalai dengan tidak memusatkan pemikiran seseorang itu terhadap ibadah solat yang sedang ia laksanakan!

Boleh juga ditafsirkan sebagai seseorang yang pada zahirnya sedang bersolat tetapi dari segi batiniyyahnya sedang khusyuk memeikirkan hal ehwal duniawi dan sebagainya.































Sumber Grafik




Nampak jasad itu sedang berdiri, duduk atau berbaring solat mengikut daya zahir anggota tubuhnya tetapi kepala otaknya aduh sedang ligat memikirkan benda lain?

Seribu satu perkara sedang 'online' didalam benak fikirannya. Selalunya perkara duniawi yang melibatkan peribadinya atau mana mana sahaja benda lain yang merunsingkan hati si lalai tadi?

Wallahu 'alam.

Pada hemat saya, solat dimana hati dan jasad tidak dijalin didalam satu penyerahan jiwa dan raga yang padu tidak akan meninggalkan kesan ketenangan spiritual yang kita cari didalam beribadah terhadap Allah, Subhanahu Wa Ta'ala.

Tidak akan ada ketenangan jiwa pada mereka yang lalai didalam solat. Sama saja kusut fikiran @ raplah jingganya pada individu yang tidak dapat menyahkan perkara duniawi dari minda didirnya ketika beribadah terhadap Allah!

Solat itu tidak lut didalam jiwa dan mindanya. Nampak saja solat tetapi 'solat ekspres'. Tidak ada 'tuqmaninah' langsong diantara rukun solat. Kita belum sempat habis membaca Al Fatihah, hero kat sebelah sudah ruku'; bangun dari iktidal dan kemudiannya terus sujud!

Bukannya berburuk sangka tetapi memang hakikat bahawa solat tergesa gesa itu tidak diterima didalam ajaran Islam.

Didalam Kitab Bulugh al Maram yang mengumpulkan Hadis hadis sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam susunan Syeikh Al Hafiz ibn Hajar Al Asqalani, Kitab Solat Bab 7, halaman 94, Hadis # 210, Abu Huraira Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda :

"Bilamana kamu bangun untuk bersolat, maka hendaklah kamu mengambil wudhu' dengan sempurna. kemudian berdiri menghadap Qiblat dan bertakbir 'Allahu Akbar'(selepas berniat mengerjakan solat tertentu).

Kemudian bacalah Ayat ayat Qur'an yang sesuai ; ruku' dan berkeadaan sebegitu untuk seketika, kemudian berdiri semula dengan tegap ; kemudian sujud dan berada didalam keadaan begitu untuk seketika juga, kemudian duduk diantara dua sujud itu dengan tegap dan kemas, kemudian sujud kembali dan berada didalam keadaan begitu untuk seketika dan berlaku sedemikian sepanjang solat kamu itu".

(Dilaporkan oleh As-Sab'a dan menurut susunan Al Bukhari).

Kesimpulan hadis :

Tuan puan yang mulia,
Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam adalah Pesuruh Allah yang Terulung dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam merupakan asas tertib pengamalan segala ibadah didalam ajaran Al Islam, Ad Deen Allah yang Maha Sempurna.

Bilamana kita hendak melaksanakan solat kita, maka penting bagi kita faham bahawa ianya mungkin adalah solat terakhir yang sempat kita tunaikan?

Maka adalah teramat penting bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk memastikan bahawa mutu solat yang kita tunaikan adalah yang terbaik mengikut sistem piawaian Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Amatlah ruginya kita seandainya solat yang kita lakukan dengan tidak tertumpu minda dan fikiran kita terhadap apa dia rukun solat yang sedang kita laksanakan.

Hadis diatas menerangkan kepada kita bahawa kita hendaklah memulakan proses pengerjaan solat kita dengan disiplin yang tinggi dan mengambil wudhu' dengan sesempurna yang boleh.

Kekadang kita sedar akan adanya sesama Islam dengan kita terlalu gopoh mengambil wudhu' secara begitu tergesa gesa sehingga kekadang kita baru sempat membasuh lengan tetapi orang yang datang kemudian dari kita sudah selesai membasuh kaki dan bergegas ke ruang masjid tanpa berhati hati melengkapkan pengambilan wudhu' mereka mengikut tertib.

Wudhu' yang tidak diambil dengan sempurna membuatkan solat yang dilakukan itu tidak sah disisi Allah.

Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dilaporkan telah menyuruh seorang yang selesai solat supaya kembali pergi mengambil wudhu' yang baru kerana ada bahagian tumit kaki orang itu yang kering tidak kena air wudhu' semasa ianya memulakan solatnya diruang berhampiran baginda.

Maka adalah penting bagi kita yang ingin solat supaya memastikan diri kita mengambil wudhu' dengan tertib dan sesempurna mungkin.

Kita harus ingat bahawa solat itu adalah temujanji kita dengan Allah, Tuhan Maha Pencipta kita.

Sedangkan dengan manusia yang berkedudukan, kita berhati hati dan menumpukan segala perhatian, tuturkata, sikap dan penampilan kita, inikan pulak dengan Allah Azza Wa Jalla?

Maka bawa bertenang, fahami maksud setiap perbuatan dan bacaan kita didalam solat supaya akan ada hasil solat kita itu yang membuahkan ketenangan jiwa dan ruh kita.

Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati kita akan menjadi tenang.

Belum tentu lagi akan diri kita berupaya solat seterusnya maka harus lah kita berhati hati mengerjakan solat kita yang sempat kita tunaikan supaya biarlah ia solat terbaik yang kita dapat laksanakan mengikut Sunnah Nabi Rahmatulil Alamin yang mungkin menjadi penebus dan kaffarah terhadap gunungan dosa dosa kecil atau besar yang kita telah lakukan secara sedar ataupun tidak?

Bertu'maninah iaitu berhenti sejenak didalam mengerjakan rukun rukun solat itu sebenarnya ada rahsia kesihatan zahir dan batin bagi mereka yang mahu mengambil faedah temujanji kita dengan Rabbul Alamin.

Suasana yang tenang, minda yang tertumpu terhadap apa dia yang sedang kita lakukan semasa solat itu sebenarnya membuahkan lebih banyak nikmat kepada kita tanpa kita sedar?

Bilamana kita ruku' dan menetapkan tulang belakang kita supaya selurus yang boleh, ianya membetulkan susunan urat saraf kita didalam tulang belakang kita itu dan meregangkan susunan tulang temulang yang menjadi asas rangka jasad kita.

Penetapan kedudukan dari tengkorak kepala kita dengan tulang pinggul kita mengemaskinikan susunan urat saraf dan otot otot belakang anggota tubuh kita memberikan peluang kepada badan kita untuk menegakkan kembali postur kita sesuai dengan keperluan jasad yang sihat dan tegap untuk membolehkan kita mencapai tahap kesihatan fizikal yang lebih baik.

Secara tidak langsung, kita telah melakukan senaman regangan yang amat diperlukan untuk memastikan tubuh kita terus sihat dan normal untuk hidup dengan baik selama ada lagi hayat kita kurniaan Ilahi.

Secara spiritual, kepala yang kita agung agungkan sebagai pusat memproses maklumat yang jasad kita terima turun selaras dengan bahagian pinggul dan punggung kita yang menjadi tempat keluar najis kita dari dubur.

Ego yang bersarang didalam kepala otak kita menjadi datar selaras dengan kedudukan kita semasa ruku'.

Saya berpendapat bahawa ego kita ketika ruku' menjadi normal didalam keadaan itu dan seandainya kita sempat menghayati maksud bacaan didalam ruku' iaitu :
"Subhana Rabbiyyal Azhimi Wabihamdihi!" x 3 kali.

Maksud bacaan itu adalah : ' Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung!'

Cuba bayangkan diri kita ketika itu?

Sedang tunduk ruku' menurunkan kepala kita dimana bersarangnya segala tanggapan kita terhadap diri sendiri tanpa mengambil kira akan pangkat dan kedudukan kita sebagai itu dan ini, tunduk bersama sama dengan jamaah lain, sama sahaja kedudukan kepala kita yang kita agung agungkan itu sekian lama ini, kini mendatar bersama dengan kepala semua anggota jamaah yang lain didalam masjid, surau, ruang pejabat, kediaman kita atau dimana sahaja sedang kita laksanakan perintah Allah tersebut?

Walaupun anda Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atau Sultan dan Raja Melayu, Tengku Mahkota, Raja itu dan ini, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk, Dato' dan apa sahaja, kedudukan kepala anda sama sahaja dengan Pak Mat Penjual Tempe atau Abdul Hameed Nagoor Sultan, Muhammad Saravanan bin Abdullah, Abdul Rahim Tan bin Abdullah dan sebagainya?

Nah! Kita semua sama dihadhrat Allah ketika itu!

Allah Azza Wa Jalla memerintahkan kita supaya tunduk ruku' terhadap Nya kerana Ia Sang Maha Pencipta kita!

Allah Subhanahu Wa Ta'ala tahu akan rahsia didalam hati kita masing masing. Tahap kesombongan dan ego kita yang sentiasa meruap ruap didalam benak fikiran dan minda masing masing!

Kita mungkin boleh berdrama swasta bila berdepan dan dikhalayak ramai tetapi Rabbul Alamin Maha Mengetahui akan apa dia intipati dan kandungan program ego didalam kepala otak kita masing masing!!!

Bagi Muslim dan Muslimat yang sadar diri dan tahu akan kelebihan dan kekurangan diri masing masing serta faham akan erti dan maksud didalam setiap rukun dan bacaan didalam solat sudah pasti akan menyesal dan mengharapkan pengampunan Allah akan setiap dosa dosa yang telah mereka lakukan atau khilaf sebelum ini?

Solat yang dilakukan dengan penuh pengertian dan khusyuk adalah ruang dan peluang terkini untuk menyerahkan diri jiwa dan raga terhadap penghakiman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam kesempatan solat yang sempat kita lakukan.

Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi tetapi natijah setiap amal perbuatan kita pasti akan dibalas bila sampai saat dan waktu Yaum al Qiyamat nanti.

Ini hakikat realiti kehidupan kita sebagai Muslim.

'Qullu nafsin iza iqatul maut!'

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Perlu apa kita tergesa gesa semasa beribadat?

Itu adalah perbuatan yang amat merugikan kerana kita mensia siakan masa yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk bertaubat.

Solat itu adalah ruang dan peluang untuk kita mensucikan diri kita dari kekotoran dosa dosa yang telah kita lakukan secara sedar atau sebaliknya.

Hargailah kesempatan bersolat ini dan kerjakan lah ia sebaik mungkin.

Saya ini jika menulis memang panjang berjela jela kerana ada seribu satu benda lagi yang perlu saya sampaikan selaku seorang Abdillah yang telah dan sedang berusaha bermuhasabah diri sedaya saya sejak sedar akan tuntutan Ilahi terhadap diri saya serta kesekelian umat Islam sedunia yang masih bernyawa dengan Izin Ar Rahman, Tuhan kita yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Insya Allah akan saya sambung lagi nanti.

Semoga tulisan saya kali ini menjadi perangsang kepada anda tuan puan saudara saudari seIslam dengan saya untuk memantapkan lagi mutu amal ibadat tuan puan seiring dengan apa yang diperintah Ar Rahman dan disarankan oleh Sayyidul Mursalin, Nabi kita Muhammad Rahmatulil Alamin, Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saya izinkan anda untuk menyebarluaskan tulisan ini dan apa apa sahaja didalam ruang blog ini demi kebaikan semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.

Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Post a Comment