Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 10, 2009

Tanjong Api, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum semua.

Seperti dijanjikan, ini dia rakaman gambarfoto yang sempat saya ambil selama berada diKuantan, Pahang Darul Makmur sejak berada disini dari hari Khamis yang sudah.

Pada pagi Jumaat, kami singgah makan tengahari di kawasan Jeti Nelayan dan Pasar Hasil Laut Segar di Tanjong Api, Kuantan.
















Makanan disini memang sedap dan lauk pauk yang disediakan segar dan dijual dengan harga berpatutan.






















































Poster pertandingan Tinju Tomoi yang terpampang di dinding gerai Bakar Nasi Campor, Tanjong Api.

Disebelah pantai timur ni memang popular perlawanan tinju tomoi dikalangan para pemuda Melayu. Masih ada lagi peluang untuk anda menonton pertandingan tinju tomoi pada malam ini dan esok.

Berhadapan Pondok Polis Balok dan bermula jam 9.00 malam. Tiket masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak kanak.
















Seorang kanak kanak lelaki comel yang malu malu bila lensa kamera saya dihalakan kepadanya. Hehehehehe...sebelum itu ada saja benda yang dia terbalikkan kerana leka bermain dengan bekas abu rokok dan sebagainya.

Terus diam bila diambil gambar! Hahahahaha...

Banyak lagi gambar gambar dan video yang perlu diproses dan dimuatnaikkan kesini tetapi biarlah kemudian kemudian pulak.

Nak bersiap mandi manda dan seterusnya checkout dari bilik hotel ini selepas itu jalan jalan cari sarapan. Program seterusnya bertandang kerumah saudara.

Ada Majlis Keraian Hari Ibu disana. :)

Sekian dulu dari saya di Kuantan, Bandar Lestari, Pahang Darul Makmur.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment