Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 17, 2009

Warkah untuk PM 1 Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak






Assalamualaikum Dato Seri,













Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Bertugas kepada Dato Seri yang kami sedia maklum sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan seribu satu kemelut yang sedang melanda pentadbiran Dato Seri.

Biasalah. Dah namanya Jabatan Perdana Menteri. Sudah semestinya kalut dengan segala kerenah politik dan pentadbiran yang merangkumi seluruh Kerajaan Persekutuan dan juga kerenah Kerajaan Kerajaan Negeri yang dibawah kuasa dan pengawasan Dato Seri.

Dato Seri,

Saya selaku seorang warganegara yang prihatin tentang apa yang sedang melanda negara dan negeri ingin cuba memberikan Dato Seri maklumbalas tentang beberapa perkara yang pada hemat saya menjadi punca ketidakpuasan umum terhadap tindakan kerajaan dibawah perintah Dato Seri.

Yang paling utama menjadi masaalah yang membawa kepada penghakisan sokongan ummah terhadap UMNO dan Kerajaan BN adalah :

1. Kedudukan Agama Islam didalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Terus terang saya katakan disini dari pihak saya sendiri, memang tidak menyokong usul kerajaan BN sebelum ini dibawah pentadbiran Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi membawa konsep 'Islam Hadhari' seolah pemahaman umat Islam kita perlukan pembaharuan pandangan mahupun pembawaan secara kaedah baru tentang ajaran Islam yang maha sempurna dibawa oleh Nabi Muhammad ibni Abdullah, Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, semulia mulia makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan yang kita semua mengaku taat dan setia terhadap Baginda Rahmatulil Alamin selama hayat kita.

Bilamana timbul pembawaan Islam Hadhari, maka saya percaya kebanyakan umat Islam yang menyokong UMNO mula tawar hati dan menjauhkan diri dari pemerintah yang pada hemat kami cuba memandai mandai memperbaharui ajaran Islam yang telah sedia sempurna.

Saya tidak akan sokong sesiapapun yang cuba membawa apa apa saja cara atau kaedah baru bersifat bida'ah lawwamah didalam cara menerapkan Islam kerana bagi saya Islam sudah sedia sempurna dan yang perlu adalah supaya pemerintah atau sesiapa sahaja Muslim yang berkuasa keatas kami, rakyat Malaysia berterusan melaksanakan perintah Allah seadanya dan usah memandai mandai merubah konsep atau cara memerintah kami hamba Allah menurut fikrah terpesong manusia akhir zaman seperti yang cuba dilakukan pentadbiran yang lalu.

Kebencian terhadap usaha terpesong 'Islam Hadhari' dokongan Abdullah Badawi membuatkan saya memilih tidak bersekongkol dengan orang yang cuba membawa satu kaedah baru didalam hidup secara Muslim sejati dan membawa istilah baru yang belum pernah ada sekian lama ini didalam kehidupan umat Islam sejagat.

Bagi pendapat saya, ini punca utama kenapa umat Islam serta warganegara pribumi mula menjauhkan diri dari menyokong UMNO dan BN.

2. Kelemahan penguatkuasaan undang undang sedia ada terutama yang melibatkan perbuatan orang orang kaffir menghina Islam dan umatnya didalam negara.

Saya percaya Dato Seri sendiri sedia maklum akan berpuluh puluh kes penghinaan keatas Islam dan ajaran ajarannya telah dilakukan oleh mereka yang bukan Islam dan juga oleh mereka yang Islam hanya pada nama tetapi kekadang lebih celupar dan kurang ajar terhadap kita yang sujud kepada Allah Azza Wa Jalla serta amat menghormati serta memuliakan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kenapakah tidak ada tindakan keras diambil pihak berkuasa keatas mereka ini dan selalunya hanya sekadar berjanji akan menyiasat kes kes ini tetapi akhirnya didiamkan begitu sahaja baik oleh pihak perundangan mahupun Polis Di Raja Malaysia?

Tindakan Majlis Peguam Malaysia didalam beberapa kes melibatkan kesucian Islam dan kes kes murtad tidak dikendalikan oleh pihak kerajaan secara tegas dan adil terhadap maruah umat Islam sehingga memaksa NGO NGO Islam dan orang kebanyakan mengambil langkah drastik berdemonstrasi terhadap petualang petualang ini secara sendiri!

Kenapa sampai begitu lemah sekali reaksi atau lemahnya tindakan dari pihak berkuasa agama?

Terus terang saya menyatakan disini bahawa nasib UMNO dimasa hadapan tergantung kepada langkah Dato Seri selaku Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan mengendalikan urusan agama negara ini.

Salah bawa keputusan yang akan menjejaskan kedudukan Agama Islam didalam Malaysia ini akan membawa kepada penguburan UMNO dikancah politik hasil dari penangan undi umat Islam Malaysia didalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Abdullah Badawi dengan konsep Islam Hadharinya ternyata membuatkan ramai umat Islam Malaysia jauh hati dengan percubaan nya itu dan membuatkan mereka berubah hati kepada menyokong pakatan DAP-PKR dan PAS walaupun DAP itu secara nyata menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan Hudud Allah yang dicita citakan PAS yang dahulu.

PAS sekarang nampak macam memegang konsep 'Bisa di atur Pak! Pokoknya kuasa!' :(

Entahlah Dato Seri.

3. Kemelut Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dato Tajol Rosli dan Datuk Zambry beriya iya bertanyakan PAS Perak dibawah perintah Dato Seri Nizar akan kenapa tidak dilaksanakan Hukum Hakam Islam selepas berjaya memerintah Negeri Perak tetapi diwaktu yang sama buat buat lupa bahawa sejak Merdeka lagi UMNO yang memegang kuasa di negeri yang kini dirundung malang itu?

Apakejadahnya yang UMNO buat sekian lama memerintah Negara Malaysia ini?

Ini bukan soal siapa yang perintah? Dua dua mengaku pemerintah Islam tetapi masing masing hanya cakap berdegar degar sahaja ~ pelaksanaan Hukum Allah secara hakiki tiada!!!

Dua kali lima sama sahaja! Retorik kosong semata mata!

Susah benarkah hendak menguatkuasakan Hukum Allah sepertimana ada didalam Al Quran dan Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?

Negara kita ini setiap tahun beriya mengadakan Musabaqah Al Quran dan sebagainya dan mendakwa memiliki beratus ratus malah ribuan alim ulamak yang sarat mengendong sijil sijil tauliah ilmu agama Islam tetapi tak ada bezanya dengan manusia kaffir yang gah dengan segala kedoktoran falsafahnya dengan segala tok nenek ilmu tetapi masih buntu hendak membawa kepada penguatkuasaan pelaksanaan Hukum Hakam Al Islam dibumi bertuah ini.

Apakah gunanya Dato Seri segala drama swasta dan rasmi ini?

Akan mati terkilan lah kami warganegara Malaysia beragama Islam menantikan Daulah al Islamiyyah dibumi Mamluk al Malaisie ini ya?

Memang begitulah nampak gaya negara yang kononnya berkerajaan Islam ini, bukan?

Gajah sama gajah berjuang, kami ni yang serupa pelanduk mati kering ditengah tengah!

Segala tanda tanda Kiamat sudah jelas kelihatan sepertimana di ingatkan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam didalam Hadith hadith Sahih Baginda tetapi pemerintah dan pemimpin pemimpin kerajaan BN dan PAS masih beradu domba macam tak sudah!

Dua dua pihak degil dan bersifat egois macam tak nampak nampak kesan dan natijahnya pada kami umat Islam sesama agama dengan Dato Seri dan pihak disana!

Nak tunggu kita 'menang sorak ; kampong tergadai' ke Dato Seri?

Memang dah nampak dah benda ni berlaku dibeberapa negeri. Nampak gaya akan semakin melarat didalam waktu terdekat ini.

Apa Dato Seri mahu melihat perkara ini berterusan? Sanggup ke nanti melihat segalanya hancur musnah dan nasib umat Islam disini menjadi serupa di Bosnia dan Herzegovina atau negara negara lain dimana penduduk asalnya hilang segala hak dan keupayaan?

Bawa bawa bermuhasabah sekejap Dato Seri!

Jika diturutkan nafsu, lesu jadinya. Ini bukan soal remeh. Ini soal masadepan ummah!

Saya utamakan bab bab melibatkan Islam didalam tulisan saya didalam warkah terbuka kepada Dato Seri kali ini.

Namun secara peribadi saya memang tidak selesa melihat kacau bilau yang sedang melanda Negeri Perak Darul Ridzuan yang kini beralih kembali kepada perintah BN secara teknik.

Cara berkuasa diatas penyelewengan ADUN ADUN yang terlibat itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi seorang pemerintah Islam yang sebenar.

ADUN ADUN yang mengkhianati pengundi pengundi mereka ternyata tidak layak terus berada didalam kedudukan mereka.

Begitu juga ADUN ADUN pakatan DAP dan PKR yang berlaku biadap tempohari didalam sesi persidangan DUN Perak yang baru berlalu.

ADUN PAS mujur tidak keloloh seperti kebanyakan yang lain semasa huru hara persidangan yang berlangsung tempohari.

Jika sekiranya akan diadakan pilihanraya semula, saya pohon Dato Seri meminta mereka yang terbukti bersalah laku dihalang bertanding semula dan dipilih calon calon lain dari parti parti yang bertanding supaya layak digelar Yang Berhormat.

Yang saya nampak tempohari hanya lah Yang Biadap semata mata.

Saya tidak mahu menulis terlalu panjang didalam warkah spontan ini kepada Dato Seri.

Seandainya Dato Seri ingin melihat umat Islam didalam Malaysia ini menyokong Kerajaan 1Malaysia Dato Seri maka usahakanlah berbincang dengan Ulama PAS untuk menegakkan Hukum Allah didalam negara ini atau bersedialah melihat PRU ke 13 menjadi paksi perubahan kuasa politik negara.

Semoga ada usaha yang baik dari pihak Dato Seri memelihara kedudukan Islam di Malaysia.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Abdillah,
Zainol Abideen @ Mahaguru58,
Bandar Tun Razak, 56000, Kuala Lumpur.
Post a Comment