Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, June 09, 2009

4 Jemputan Kenduri Kahwin didalam sehari ~ Rekod Peribadi

Assalamualaikum.

Sambungan dari artikel sebelum ini ~ Mukadimah Kembara Kenduri Kahwin di Kuantan, Pahang.

Memang tak pernah terfikir akan berada didalam keadaan sebegini. Memenuhi 4 jemputan ke majlis perkahwinan sanak saudara sebelah isteri saya didalam hari yang sama.

6hb Jun 2009. Cuti umum sempena sambutan hari keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di Pertuan Agong ke 13 Malaysia.

Terasa seperti di zaman kanak kanak, pergi beraya ke rumah itu dan ini. Cumanya kali ini pergi menunaikan tuntutan fardhu kifayah iaitu meraikan pengantin baru. 4 pasangan pulak tu!













Jemputan pertama adalah majlis perkahwinan anak sepupu biras saya. Tak sempat nak jumpa pengantin. Jumpa ayah dia sahaja. Kg.Pelindung, Beserah, Kuantan.













Selepas bersalam dan mengucap tahniah kepada tuan rumah, kami bergegas ke jemputan kenduri yang kedua. Di Jalan Alor Akar, Kuantan.













Pengantin perempuan adalah anak kepada sepupu isteri saya . Semoga berbahagia hendaknya kedua mempelai yang sama cantik, sama sepadan. Insya Allah!






















Kami kemudian pergi memenuhi jemputan majlis kenduri perkahwinan ke3 di Taman Cenderawasih, Kuantan.

Bayangkan ada 6 majlis perkahwinan dikawasan yang sama! Mujur ada diletak banner mengiklankan pasangan mana yang sedang mengadakan majlis mereka disitu. Macam banner peminat AF saja, siap dengan gambar lagi! Hehehehehe...





















Semoga berkekalan hendaknya jodoh mereka ini dan dikurniakan Ilahi dengan cahayamata yang akan menyambung warisan keturunan mereka, Insya Allah.

Singgahan seterusnya adalah di Kampong Jawa, Kuantan. Dua pasangan bermajlis nikah di situ. Anak saudara biras saya Haji Jamil. Tema majlis biru segala. Siap dengan agar agar biru lagi. :P
















Bagaikan pinang dibelah dua. Semoga kekal bahagia aman sentosa selamanya. Amin.
















Ini pengantin lelaki kedua didalam majlis yang sama. Isteri beliau sedang menunaikan fardhu solat ketika saya bergambar bersamanya. Semoga selamat selamanya pasangan muda ini.

Saya sengaja tidak mahu menamakan pengantin pengantin baru ini diatas tujuan keselamatan.

Suasana dunia blogging sekarang ini tidak lagi selamat bagi kita mendedahkan maklumat peribadi ahli keluarga kita kerana ramai petualang didalam dunia siber ini sudah tidak segan silu menyerang peribadi bloggers lain dan juga mengancam keselamatan ahli keluarga mereka seperti kes yang berlaku baru baru ini pada Rusdi Mustapha yang dilaporkan Rocky Bru disini.

Inilah sebab utama kenapa saya jarang menyiarkan apa apa gambar ahli keluarga saya. Demi menjaga keselamatan mereka. Bagi saya, kesejahteraan ahli keluarga saya amat saya utamakan!!! 'Family comes first!'

Walau apa pun, marilah kita bersama sama mendoakan pasangan pasangan pengantin baru kita ini dengan harapan mereka semua akan berbahagia, hidup dengan rukun dan aman damai bersama sama pasangan tercinta.

Amin. Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment