Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, June 02, 2009

Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang - Air sungainya sejuk giler!

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu 30hb Mei 2009 yang lalu, saya bersama isteri telah pergi memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan rakan pensyarah isteri saya di Kg.Jeruas, Mukim Ulu Dong, di Raub, Pahang Darul Makmur.

Ini kali pertama saya sampai ke kawasan yang memang jauh terletak di pedalaman Negeri Pahang.

Bilamana terdengar sahaja nama Mukim Ulu Dong, saya teringat kes pembunuhan paling kejam didalam sejarah negara kita iaitu kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam, Datuk Idros @ Mazlan Idris yang dikerat 18 di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Peruas, Mukim Ulu Dong oleh bekas penyanyi yang menjadi bomoh Mona Fendi, dengan bantuan suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu khas mereka Juraimi Hussin.

Mesti berkerumun para pemberita dan wartawan media berkampong disana mencari bahan untuk penerbitan dan penyiaran mereka.

Apa apa pun kes ini sudah lama berlaku dan ketiga pembunuh kejam itu sudah pun mati di tali gantung Penjara Kajang!
















Ini papantanda menunjukkan arah ke Lurah Bilut, projek Felda pertama didalam sejarah negara kita. Teruja juga hati saya melihat papantanda ini. Insya Allah jika ada peluang, mahu juga saya menjejakkan kaki ke tanah Felda Lurah Bilut yang bersejarah ini.



Jalanraya Bentong ke Raub ini memang agak merbahaya kerana tidak ada pembahagi jalan bagi arus trafik berlawanan arah ini. Kebanyakan kenderaan dipandu dengan agak laju dan merbahaya.

Andainya pembaca memandu di jalanraya ini, saya nasihatkan supaya anda tumpukan perhatian kepada pemanduan dan jangan leka atau mengantuk walau barang sesaat!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara anda semasa didalam perjalanan di jalanraya ini. Amin.

Agak teruja seketika saya ini bilamana memandang papantanda menunjukkan arah ke Lurah Bilut, projek Felda pertama didalam sejarah negara kita di kanan jalanraya dari Bentong ke Raub.

Saya berhenti di tepian jalan untuk mengambil gambar dan bertekad untuk pergi melawat Felda Lurah Bilut pada suatu hari nanti.

Jika ada peneroka Felda Lurah Bilut yang membaca artikel ini, harap harap sudilah kiranya menjadi hos memandu arah saya bilamana tibanya hari lawatan saya ke Felda Lurah Bilut bersejarah ini, Insya Allah!

Selepas mengambil gambarfoto papantanda itu, saya meneruskan perjalanan kami suami isteri ke arah Raub.

Tujuan asal perjalanan kami ini adalah untuk pergi memenuhi undangan ke majlis perkahwinan rakan pensyarah sekolej isteri saya di Kg Jeruas, Mukim Ulu Dong.

Maka setelah memandu mencari tempatnya, jumpalah kami tempat yang di tuju. Setelah menyampaikan hadiah dari kami dan mengucap selamat kepada pasangan pengantin yang kelihatan seolah 'tenggelam punca' sahaja keduanya, kami merasa sedikit nasi kenduri mereka.

Suasana agak hambar tak sama dengan majlis majlis perkahwinan anak anak saudara kami di Johor Bahru dan di Kuantan. Entahlah!

Mungkin persekitaran Ulu Dong yang heboh dengan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam Datuk Mazlan Idris oleh bomoh bekas artis Mona Fandey dengan kerjasama suaminya Mohd Affandi dan pembantu khas Juraimi Hussin di sebuah rumah tak bernombor di Kg Peruas, Mukim Ulu Dong pada 6hb Julai 1993 dahulu membuatkan penduduk di situ sebegitu?

Apa apa pun, saya tidak mahu mengambil kisah sangat akan peribadi orang orang disana dan mahu ceria menjelajah kawasan pedalaman ini.

Terpulang kepada orang di sana untuk berperwatakan mengikut citarasa mereka, ya tak? Nasib le Labu......hehehehe...

Selepas meminta diri dari majlis perkahwinan itu, saya terus memandu meninjau persekitaran yang pernah dibanjiri pelapor berita dan jurugambar media massa negara pada bulan Julai, 1993 dahulu.

Saya tiba di hadapan Balai Polis Dong dan berhenti sekejap merakam gambar balai tersebut. Suasana depan balai memang klasik. Macam zaman dulu dulu. Tak berubah.

Saya kemudian menuju ke arah yang menunjukkan papantanda Lata Jarum dan Hutan Rekreasi Pulau Chekas, Ulu Dong.

Selepas memandu seketika sambil menikmati pemandangan suasana desa dengan seribu satu tarikan istimewanya, saya ternampak satu gerai menjual hasil hasil kampong.

Ada dijual sayur bayam, jagung manis, gula kabung bersirap, kelapa tua, gula kabung berbungkus upih, dsbnya.

Saya pun berhenti sekejap dan mengambil beberapa shot gambarfoto peniaga di situ dan suasana sekeliling.

Saya membeli seketul gula kabung berbalut upih yang dijual dengan harga RM5.50. Memang mahal tetapi sebagai kenang kenangan apa salahnya?

Selepas membeli gula kabung itu saya teruskan perjalanan kami, memandu masuk jauh ke dalam pedalaman di Ulu Dong itu.

Kelihatan seorang wanita sedang bertungkus lumus mengacau dodol tradisional didepan rumahnya. Apa lagi?

Berhentilah saya lantas terus pergi merakam video operasi mengacau dodol tersebut. Saya berjanji akan singgah kemudian untuk membeli dodol darinya.

Saya teruskan perjalanan kami, melalui jalan kampong yang disempadani dengan tumbuh tumbuhan asli desa. Terasa ketenangan semasa memandu dijalan kampong sebegitu diselangi deruan enjin motosikal yang ditunggang muda mudi kampong tanpa memakai topi keledar!

Keras kepala gamaknya orang orang Ulu Dong? Brutal! Dari anak anak muda sampai ke orang tua tua yang nampak macam dah nak sadaqallah hal azhim masih tega menunggang kapcai berdesiung ke sana sini! Kelas gitu! Hero hero kampong agaknya? Hehehehe....biarlah!!!

Kereta kami terus meluncur menuju destinasi. Lata Jarum. Nama yang bermain dibenak fikiran saya dan mengharapkan ianya tidak akan mengecewakan jiwa ini yang amat gemar untuk meneroka alam sekitar negara ini dan mandi manda disungai sungai yang masih tidak tercemar dengan kerakusan manusia warga negara Malaysia yang terkenal dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka membuang sampah menjahanamkan sungai sungai dan sumber air asli tanahair tercinta!

Tempat tujuan masih belum kelihatan pada mata. Yang jelas kelihatan adalah nun jauh didepan sana hutan hutan menghijau dengan bukit bukit kelihatan berbalam balam menggamit kami supaya lekas tiba sementara hari masih siang.

Sejurus kemudian kami tiba di satu kawasan dimana ada sebuah rumah papan usang tetapi diatas bumbung zinknya tersergam megah pepiring ceper penerima isyarat digital televisyen satelit Astro!!!

Hahahahaha! Jangan main main brader! Rumah biar koman tara mana , Astro tetap kena ada!

Tabik spring kepada tuanrumah itu! Respek habis beb!!! :D

Pepohon pisang memagari kawasan dan memang satu pemandangan yang susah untuk dilupakan!

Saya terus menyerahkan kamera meminta buah hati saya merakam gambar kenangan. First class! Hanya di Malaysia!!!

Saya teruskan pemanduan menuju Lata Jarum, destinasi yang saya cita citakan.

Alhamdulillah, sampai kami ke satu kawasan dimana ada banyak kenderaan diletakkan di tepi jalan. Ada gerai gerai menjual makanan dan minuman.

Saya memilih untuk berhenti sekejap meninjau kawasan. Rupanya tempat itu cuma Jeram Ulu Dong dan masih jauh lagi Lata Jarum yang dicari.

Kami berhenti rehat sekejap dan membeli kuih muih tradisional yang dijual oleh penduduk disana. Saiz kuih kuihnya boleh tahan, besar dan segar. Sedap! 3 seringgit.

Kalau di KL, saiznya kecil sepertiga dari saiz kuih yang dijual di Kawasan Perkelahan Jeram Ulu Dong. Terdengar deruan air sungai membising, memenuhi suasana di persekitaran. Saya sempat mengambil rakaman video untuk kenangan kita bersama dan memuatkannya didalam video di atas.

Saya memesan dua mangkok cendol tetapi orang rumah tak haus jadi batal lah pesanan dua itu tinggal satu sahaja untuk saya. Anak penggerai cendol menyediakan pesanan saya dan mutu persediaan cendolnya boleh tahan. Alhamdulillah. Baru RM1.20 semangkok! Murah tu!!!

Turut dijual muruku dari kekacang pis. Hijau warnanya. Sedap dan rangup. Buatan orang Melayu Ulu Dong. Bijak ! Bijak! Semoga laris perniagaan mereka! Amin.

Bersambong selepas ini. Insya Allah!
Post a Comment