Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, June 14, 2009

Majlis Fatwa Kebangsaan disarankan menyiasat SIS.

USUL MUKTAMAR PAS SUPAYA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MENYIASAT AKTIVITI SISTERS IN ISLAM (SIS).

Saya amat mengalu-alukan usul Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang diluluskan tanpa bahas yang menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan agar menyiasat aktiviti Sisters in Islam (SIS) dan jika mendapati ianya bertentangan dengan ajaran Islam mengharamkan pertubuhan tersebut. SIS adalah sebuah badan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebagai sebuah pertubuhan yang membawa nama Islam sudah seharusnya aktiviti SIS tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat perkara ini kerana Majlis tersebut adalah badan yang berotoriti mengkaji samada aktiviti SIS bertentangan dengan ajaran Islam atau tidak. SIS tidak perlu gusar sekiranya mereka berpendapat aktiviti mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam malah SIS hendaklah membantu Majlis Fatwa Kebangsaan dalam siasatan mereka dengan mengemukakan apa sahaja bukti yang diperlukan bagi mencapai keputusan yang adil. Janganlah tergopoh gapah membuat kesimpulan Majlis Fatwa Kebangsaan akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada SIS.

Sayugia diingatkan orang bukan Islam khususnya Majlis Peguam agar tidak mencampuri urusan dalaman agama Islam (intrafaith) semata-mata atas nama hak asasi. Perkara ini melibatkan hal ehwal dalaman agama Islam dan adalah tidak wajar orang bukan Islam mencampuri urusan ini sebagaimana orang Islam tidak pernah mencampuri urusan agama bukan Islam lain.

Sudah sewajarnya sebarang pertubuhan yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tertakluk kepada agama Islam itu sendiri. Piawaian yang digariskan Islam hendaklah dipatuhi dan diikuti dengan ketat agar tidak menimbulkan salah sangka atau representasi salah terhadap nama yang dibawa itu. Adalah amat tidak masuk akal jika sebuah pertubuhan itu menggunakan nama Islam tetapi tidak memperjuangkan Islam. Perkara inilah sebenarnya yang harus disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagaimana yang diusulkan oleh PAS.

Hal ehwal sesuatu agama hanya boleh ditadbir oleh golongan agama itu sahaja sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 11(3) Perlembangaan Persekutuan. Malah telah termaktub di bawah Perlembagaan Perseketuan Artikel 11(4) pula, kedududukan orang Islam di bawah Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri di dalam Persekutuan boleh memulihara kepentingan Islam dan Muslim dengan memperuntukan undang-undang bagi memuliharanya dari anasir-anasir yang silap, salah dan menyeleweng saperti juga yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes-kes Sulaiman Takrib (pengikut Ayah Pin), Abdul Kahar (Rasul Melayu) dan Mamat bin Daud. Sayugia di ingatkan bahawa kepada mereka yang merujuk pada dasar Perlembagaan Perseketuan sebagai dasar polemik harus juga menghormati peruntukan yang ada yang telah di tafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut

Walaupun demikian saya akur perlunya diadakan dialog yang terurus dengan SIS ataupun mana-mana pertubuhan lain berkaitan dengan sesuatu isu ataupun pendirian. Ia bertujuan bagi memahami aspirasi dan objektif sesuatu perkara itu. Ruang dialog hendaklah tidak ditutup dan gunakanlah ruang ini bagi menyelesaikan segala permasalahan mengikut kehendak agama. Namun di dalam berdialog mencari kebenaran itu kedua dua belah pihak hendaklah mempunyai niat yang ikhlas dan suci bagi mencari penyelesaian yang tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

Inilah pandangan peribadi saya setelah beberapa pihak bertanyakan kepada saya berhubung perkara ini.

Wallahu a’lam.

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar #

12 Jun 2009

# Zainul Rijal Abu Bakar adalah bekas Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, sekarang beliau adalah Setiausaha Peguam Pembela Islam (PPI) dan Penolong Setiausaha Agong Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Post a Comment