Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, June 06, 2009

Mukadimah Kembara Kenduri Kahwin di Kuantan, Pahang

















Assalamualaikum.

Apakabar semua? Harap harap berkeadaan baik dan selamat disamping keluarga tercinta. Insya Allah!

Bagi saya suami isteri, kini kami sedang berada di Kuantan, kampong orang rumah saya.

Memang jenuh memenuhi jemputan kenduri kahwin musim cuti sekolah ini.

Bayangkan saja ada 4 jemputan kenduri kahwin saudara di Kuantan pada hari ini, Sabtu 6hb Jun 2009.

Ini jemputan kahwin saudara belah isteri saya. Mahu tak mahu mesti dipenuhi sebab memang di tuntut didalam ajaran agama kita.

Maka semalam, kami suami isteri pun bertolak dari ibunegara menuju Pantai Timur. Mujur dah buat tempahan awal bilik hotel yang kami selalu menginap semasa bercuti ke sini atau balik kampong.

Saya ni memang tak suka memandu laju semasa di lebuhraya maka saya memandu secara santai sahaja di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur.

Ramai juga warga kota yang sama setujuan dengan kami berbondong bondong memenuhi lebuhraya menuju ke destinasi masing masing.

Semasa singgah di Rehat & Rawat Temerloh, saya sempat mengambil gambar beberapa bayi yang comel comel sebagai kenangan. Ini gambar si comel comel tersebut.













Bila dia sedar diri sedang di ambil gambar, maka terus hendak mengelakkan diri sama seperti artis yang tak hendak glamor gitu ~ hehehehe. Minta maaf le ~ dah terlewat! :D
















Ini pula adegan bayi dah kepanasan!

Bapa dia tengah melayan sebab dah berbolen ha...disebabkan panas sangat! Untung juga jadi bayi, berbolen pun orang tak kisah! Nampak comel lagi.....

Hahahaha...cuba yang dah tua ikut berbolen...ha! Kena hantar ke wad gila gamaknya? :P

Cuaca memang panas terik sepanjang perjalanan. Syukurlah ada pendingin hawa didalam kereta, tak le terasa sangat bahang sepanjang perjalanan.

Tempat makan di R&R Temerloh arah ke Kuantan memang penuh sesak. Harga makanan pun boleh tahan, luarbiasa mahalnya! Sepotong ikan patin dijual sampai RM6! Itu ikannya sahaja. Tak campur nasi dan sayur yang lain!

Saya tak le gemar sangat makan ikan sungai. Asal orang pulau. Makan ikan laut je.

Orang rumah yang suka benar gulai ikan patin ni. Maka makan lah ia dengan berseleranya. Bagi saya, memang tak berkenan sangat makan ikan darat ini.

Saya memilih gulai telor itik masak lemak cili api dan sayur peria. Sambal belacan tu menjadi penyelamat, Jika tidak kena tunggu sampai Kuantan le....:P

Bersambung perjalanan ditengah bahang cuaca panas di sepanjang LPT ini, mata cepat mengantuk. Kena jaga. Bila rasa dah nak terlelap ke apa, maka berhenti sekejap di tempat rehat.

Kekadang kita dok dengar orang kemalangan di LPT ni, bukan apa! Jenis dah mengantuk tetapi digagahi juga hendak memandu didalam keadaan laju. Cium penghalang lebuhraya lah jawabnya!

Tu yang kita nampak ada lekukan di penghadang lebuhraya selang beberapa kilometer. Kekadang nampak bekas hitam tayar memanjat tembok tembok selekoh merbahaya. Itu semua bukti 'chempiang chempiang' lebuhraya yang memecut sambil tidor! Memanjat tebing lah dia!!!

Nak kena berhati hati. bila perut dah berisi. Sedap dok kena hembusan hawa dingin ke muka. Dengar pulak lagu lagu yang boleh mendodoikan, ha cukup syarat lah tu nak terbabas ke tebing!

Sebab tu saya tak berebut. Bila tahu diri dah mengantuk, maka hentian rehat yang nampak ada di depan mata, tetap saya singgah.

Pejam mata barang sepuluh lima belas minit. Gi buang air, basuh muka, minum Nescafe O kosong kaw kaw, menyegarkan diri balik sebelum sambung memandu.

Insya Allah, selamat.













Sesampai kami di bandar Kuantan, saya nampak sebuah ambulans Polis Di Raja Malaysia.

Tak tahu lah saya bahawa pihak PDRM juga mempunyai perkhidmatan ambulans?

Memang bagus jika polis juga ada ambulans mereka sendiri. Soalnya ada hospital sendiri juga ke? Saya harap ada dikalangan pembaca yang dapat memberikan saya maklumbalas tentang ini.

Kami kemudian pergi mendaftar diri di hotel yang kami selalu menginap dan selepas itu pergi mencari makan di simpang Jalan Gambut dan Jalan Bukit Ubi.

Hentian pilihan kami semalam adalah gerai gerai popular mamak di bawah 'pokok ceri'.

Tak nampak pula saya akan pokok ceri. Yang kelihatan hanya pokok pokok ketapang. Nak kena tukar gelaran hentian makanan mamak ini.

Ada satu peristiwa geli hati yang berlaku semasa saya memesan makanan kami.

Bila saya bertanya sup apa yang ada, mamak itu menjawab 'Kolli Sup!'

'Kolli' adalah nama ayam didalam bahasa Tamil. Hahahaha...mamak Kuantan itu memang dah mengenalpasti saya sebagai sama sebangsa dengan dia dan tetap nak berbahasa Tamil dengan saya. Hehehehehe...














Cendol dan mi rebus turut menjadi pilihan kami untuk menjamu selera.

Sesudah mengisi perut, kami pun terus pergi menziarahi sanak saudara kami di kampong isteri saya.

Insya Allah akan saya sambung nanti.
Post a Comment