Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, June 03, 2009

Politik Malaysia kini dan kebarangkalian keputusan PRU ke 13 nanti.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari, warganegara seMalaysia sekelian.

Umum mengetahui bahawa sepanjang perjalanan parti parti politik didalam negara, suasana percaturan politik semasa menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan yang dibawah perintah Barisan Nasional dari zaman kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 kini telah sampai kepada saat dan ketika dimana Barisan Nasional berada di kedudukan paling lemah didalam sejarah pemegangan kuasa mereka!

Pemerintahan BN dibawah Perdana Menteri sekarang iaitu Dato Seri Najib Tun Razak yang mendapat kuasa melalui perletakan jawatan PM sebelumnya Tun Abdullah Badawi berkeadaan paling rapuh didalam sejarah politik negara.

UMNO yang merupakan parti teras Barisan Nasional pada hari ini sudah berada didalam kedudukan paling lemah sepanjang penubuhan parti terbesar orang orang berbangsa Melayu.

Parti parti komponen BN lain juga bermasaalah sehingga ramai diantara calon calon mereka tewas kepada gabungan pakatan DAP-PKR dan PAS.

Hasilnya terujud sekarang suasana turun naik kuasa paksi politik yang terbukti akan condong menyebelahi pihak lawan walau hanya dua atau 3 orang ahli mana mana parti politik berpaling tadah dan belot terhadap keputusan para pengundi yang memangkah kertas undi memenangkan mereka?

Keadaan ini telah terbukti didalam peralihan kuasa politik di Negeri Perak akibat petualangan 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP didalam Dewan Undangan Negeri itu.

Walaupun PM sekarang Dato Seri Najib Tun Razak sedang berusaha mengambil hati para pengundi parti parti Pakatan DAP-PKR dan PAS dengan mencabut satu persatu dari keistimewaan orang orang Melayu, namun pada hemat saya semua pengorbanan polisi mengutamakan kaum Melayu adalah satu usaha sia sia belaka.

Kebanyakan warganegara Malaysia kini sudah celik akan hak diri masing masing sebagai anak watan negara pelbagai kaum di Malaysia dan mereka sedang melakukan undi protes terhadap segala salah laku BN dengan mengundi pihak lawan setiap kali adanya pilihanraya kecil akibat kematian ADUN atau Ahli Parlimen di mana mana sahaja kawasan didalam negara kita ini.

Punca peralihan sokongan daripada BN

Kita semua tahu bahawa ramai dikalangan anggota masyarakt di Malaysia ini tidak suka bila pesalah laku dikalangan orang orang yang berkuasa selalunya terlepas dari tindakan penguatkuasaan undang undang bila di hadapkan ke mahkamah.

Amat jarang penjenayah yang mempunyai pangkat atau kedudukan yang menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan.

Ada terlalu banyak contoh ketidakadilan ini berlaku untuk saya sebutkan satu persatu tetapi anda yang mengikuti perkembangan semasa dalam negara sudah pasti akan dapat ingat mana mana jerung yang terlepas dan bilis yang dipenjarakan?

Ketidakpuasan rakyat melihat semua ini dinyatakan secara undi protes terhadap Kerajaan BN didalam PRU ke 12 yang lalu.
















Akibatnya jatuh 4 lagi negeri ke tangan pembangkang DAP-PKR dan PAS.

Sekarang Negeri Perak yang sebelum ini dibawah perintah Pakatan DAP-PKR dan PAS kehilangan kuasa bila berlakunya pengkhianatan 3 ADUN yang disebut. Secara teknikal, BN memperolehi majoriti mudah dan kini memerintah Perak kembali.

Namun kerajaan yang dibentuk berteraskan petualangan 3 orang ADUN yang tidak bertanggungjawab itu membuatkan ianya goyah dan tidak kukuh oleh kerana tidak mendapat mandat dari rakyat Perak.

Pemerintahan berdasarkan paksaan undang undang ini sudah tentu akan menyebabkan para pengundi 3 kawasan terbabit bertekad untuk memangkah calon calon bukan BN didalam PRU ke 13 nanti!

Ini sudah pasti. Kekecewaan massa yang tidak dapat merubah keadaan mahupun mereka berdemonstrasi ke apa akan membulatkan tekad didalam hati sanubari masing masing untuk mengajar BN nanti!

1Malaysia.

Seperti biasa bila sekali air bah, sekali pasir kan berubah.

Setiap Perdana Menteri yang mengambil alih kuasa memerintah tidak sunyi dari mengusulkan sesuatu konsep atau dasar peribadi mereka sendiri.

Begitu juga dengan Najib Tun Razak. Beliau telah mencanangkan konsep 1Malaysia sebagai gagasan pemerintahannya selaku PM ke 6.

Sekali pandang, tak ubah seperti konsep Malaysian Malaysia yang menjadi dasar perjuangan DAP dibawah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh yang sekian lama ini lantang menghalang sebarang usaha untuk penubuhan 'Negara Islam' didalam Malaysia tetapi kesamarataan hak diantara penduduk negara ini berasaskan 'meritokrasi.

Kekadang nampak 'seperti lebih sudu dari kuah' atau 'cakap tak serupa bikin'?

Kuasa ditangan selalunya membuatkan seseorang pejuang politik berubah prinsip dan laku! Ini terbukti didalam sejarah mana mana negeri ataupun negara.

Sekian lama ini , ahli politik kebanyakan sebelum berkuasa akan membantah itu dan ini dan senantiasa menuduh pihak berkuasa sebagai korup, perasuah jijik dan pengkhianat amanah negara!

Bilamana si pembantah ini pula yang berkuasa, tak ada banyak tara mana sangat perubahan yang berlaku?

Keadaan ini dipersalahkan kepada keadaan dimana sudah menjadi kelaziman pihak berwajib melakukan sesuatu kerja itu mengikut lumrah dan kelaziman semasa.

Hanya orang nya sahaja yang bertukar, cara budaya kerja di agensi agensi kerajaan tetap sama walau beralih pemerintah.

Ini dia yang membawa kepada punca masaalah.

Bukan mudah untuk merubah bilamana akar paksi kelaziman zaman berzaman tertanam jauh kedalam kebiasaan seseorang atau kelompok!

Masaalah setempat.

Dewasa ini sudah menjadi kelaziman pemerintah melaksanakan dasar serupa melangkaui sempadan negeri negeri.

Dasar sesuatu agensi harus dijalankan sesuai dan selari dengan cara gaya masyarakat tempatan.

Cuba kita ambil sebagai contoh, kaedah pelaksanaan upacara khutbah Jumaat.

Zaman saya dahulu, khatib tidak membaca teks khutbah!

Para khatib akan berkhutbah kepada para jamaah sesuai dengan keadaan dan keperluan masyarakat sekeliling masjid.

Dewasa kini, saya perhatikan kebanyakan khatib di masjid membaca skrip atau teks khutbah yang disediakan JAKIM.

Mana perginya kebebasan para khatib khatib Muslim bila berdiri di atas mimbar mimbar masjid?

Bila para khatib disekat dan dicengkam oleh pemerintah untuk membaca khutbah dengan skrip teks yang disediakan, maka hilanglah sudah talian persaudaraan terus diantara khatib dengan para jamaah!

Jamaah terus mengantuk sebab merasa khutbah yang disampaikan tidak ada kena mengena dengan diri mereka. Mata mulai mengantuk dan silap haribulan ada yang berdengkur karang sebab terlalu 'monotone' sangat bunyi suara pembaca teks khutbah berkenaan?

Ketidakpuasan didalam hati jamaah juga akan membuahkan hasilnya nanti didalam PRU ke 13 dan natijahnya, akan ada satu revolusi senyap tidak terisytihar yang akan mengalahkan Kerajaan Najib Tun Razak didalam PRU ke 13 nanti!

Seandainya JAKIM tidak membebaskan mimbar, undi protes jamaah akan mengkuburkan UMNO didalam PRU ke 13 yang akan datang!
















Tengok sahajalah nanti. Wallahu`alam bissawab.
Cara keluar bagi BN dan UMNO dari kemelut ini?

Tidak lain tidak bukan dari kembali kepada fitrah dan belajar memerintah mengikut Sunnah Nabi bukan kelaziman yang membawa rebah!

Negara ini terlalu banyak undang undang tetapi yang kurang nya adalah penguatkuasaan undang undang itu.

Pemerintah perlu ikhlas. Jangan bersandiwara dengan rakyat!

Ini bukan zaman komunis lagi. Masyarakat sekarang lebih arif tentang hukum hakam agama serta sudah ramai yang berilmu pengetahuan tinggi tentang bab bab siyasah baik syariah mahupun sivil.

Berubah atau tunggu di ubah?

Tepok meja tak guna YB!

Tepok dada dan tanya akal!

Ada akal ke tidak?





















Jangan nanti sampai pegang kepala begini!

Ketika itu otak dah kematu; minda dah jem macam batu. Tak dapatlah nak ditolong karang!!!

Menyesal kemudian tak ada faedahnya beb!!!
Post a Comment