Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 16, 2009

Ajal Maut ~ Sudah bersediakah kita?



Assalamualaikum.

Wahai saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Hari ini Khamis, 23hb Rejab, 1430 Hijrah. Bersamaan 16hb Julai 2009 Masehi.

Esok hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari dimana dikatakan akan berlaku Kiamat.

Bukan saya nyatakan disini bahawa esok hari Kiamat tetapi bahawa dari apa yang telah saya belajar bahawa Hari Kiamat itu akan berlaku pada hari Jumaat!

Saya mengaku sejak mengetahui perkara ini, menjelang sahaja hari Jumaat, dada saya kan berdebar debar, memikirkan betapa gunungan dosa yang pernah saya lakukan semasa saya di alam jahiliyyah peribadi!

Setelah menjangkau usia 50an , saya sedar bahawa ajal saya semakin hampir dan lagu diatas ini menginsafkan saya bahawa masih terlalu banyak usaha yang belum sempurna saya lakukan.

Belum lagi kesempatan menginjakkan kaki yang hina ini ditanah suci Makkah al Mukkarramah dan Madinah al Munawwarah.

Belum sempat lagi mata ini menatap Baitullah al Haram, kiblat arah solat kita sedunia.

Belum sempat lagi menziarahi bumi para anbiya dan solihin di jazirah benua Arab dan Timur Tengah.

Saya teringat betapa saya menangis tersedu sedu menatap kain Qiswa penutup Kaabah di Muzium Kesenian Islam di ibukota Kuala Lumpur.

Berlinangan airmata saya menyedari akan ketidakpastian saya berkesempatan mengunjungi Masjidil Haram sebelum maut datang menjemput saya.

Lagu ini menginsafkan saya akan kesementaraan hidup saya ini.

Ya Ikhwanul Muslimin, didalam kehidupan dunia yang fana ini, segala nya berlaku dengan pantas membenarkan sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di Akhir Zaman, kita akan hidup dilanda pelbagai fitnah yang belum pernah di hadapi manusia sebelum kita.

Bilamana saya menyedari akan hakikat kebenaran kata kata Nabi itu, maka gementar jiwa ini menyesali diri bahawa masih banyak yang belum sempat saya usahakan untuk menyucikan diri ini untuk menghadap Malaikatul Maut yang senantiasa memantau jiwa ini.

Wallahu `alam samada saya kan sempat menyediakan diri menghadap Sakaratul Maut yang dikatakan sengsara dan azabnya seperti ditetak dengan pedang tajam lebih 300 kali!!!

Ya Allah! Ampunkan lah segala dosa dosa ku dan tanggungan ku, hambaMu yang lemah dan hina ini.

Jauhilah ku dan keluargaku serta Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat baik yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepada Mu Ya Rahman dari mati didalam Su`ul Khatimah ( Seburuk buruk Pengakhiran)!

Berikan lah kami Ya Allah, kematian didalam Husnul Khatimah, (Sebaik baik penamat).

Amin Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment