Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 29, 2009

Bebaskan Tahanan ISA yang tidak membahayakan negara!



























Kerajaan 1Malaysia Najib Tun Razak perlu membebaskan mana mana tahanan ISA yang terbukti tidak terlibat didalam sebarang aktiviti anti negara ini di atas dasar perikemanusiaan dan keadilan sejagat!

Bilamana para pimpinan HINDRAF yang bertindak mengadakan protes jalanan dan mengancam mungkin terpaksa menggunakan kekerasan untuk mencapai hajat mereka seperti yang di tuntut itu boleh pula dibebaskan, saya ingin bertanya Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn, di atas alasan apakah masih terpenjara orang orang seperti Mat Shah Mohd Satray dan yang lain lain dimana tidak ada sebarang perbicaraan dijalankan keatas mereka sejak ditangkap dan ditahan pada tahun 2002?

Saya hairan bilamana mereka yang ternyata bertindak ganas dan melakukan huru hara dijalanan boleh dilepaskan tetapi insan insan seperti Encik Mat Shah Mohd Satray masih terus dipenjarakan di Kem Tahanan Kemunting oleh Kerajaan Malaysia?

1hb Ogos ini dikatakan akan berlaku pertembungan diantara 2 pihak yang berlawan prinsip iaitu Gerakan Mansuhkan ISA akan turun berprotes dijalanraya dan ada pula kumpulan Pro ISA seperti PEWARIS akan berdemonstrasi sama tetapi untuk dikekalkan ISA!

Mereka yang menyokong ISA secara membuta tuli sudah pasti belum merengkok didalam penjara, terpisah dari anak isteri serta keluarga tercinta.

Memang seperti kata perumpamaan, 'belum kena belum tahu!'

Saya tidaklah meminta supaya ISA dihapuskan kerana ada perlunya mereka yang bersifat anarkis dan mengancam keselamatan negara ditahan demi menjaga kepentingan bersama tetapi saya merayu agar Kerajaan 1Malaysia ini bebaskan lah mereka yang ternyata tidak membahayakan negara kita ini.

Berdosa besar memisahkan seorang suami dari isterinya, seorang ayah dari anak anaknya dan seorang anak dari ibubapanya tanpa dibuktikan bahawa dirinya bersalah atau disabitkan secara sahih tanpa sebarang keraguan akan tuduhan tuduhan kesalahan yang konon dilakukannya.

Seandainya masih terpenjara orang orang yang tidak bersalah ini secara berterusan, natijahnya nanti akan jatuhlah kerajaan yang zalim serta tidak berperi kemanusiaan kerana begitulah lumrah alam ini.

Saya pinta sekali lagi supaya tahanan tahanan ISA yang terbukti tidak bersalah dibebaskan segera!

Sedangkan ketua ketua HINDRAF boleh dibebaskan, apakah pula masaalahnya untuk membebaskan mereka yang terpenjara selama 7 tahun lebih tanpa disabit kesalahan mereka?

Ingatlah bahawa orang orang yang zalim akan menerima padahnya di Padang Mahsyar nanti!

Senarai tahanan ISA.
Post a Comment