Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 23, 2009

PM 1Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak menziarahi Jamaah Tabligh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini, kita menyaksikan perhimpunan Jamaah Tabligh sedunia berkumpul dilapangan berdekatan Kuarters Kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia di Labu, Nilai, Negeri Sembilan.

Walaupun ada diantara kita yang tidak berkesempatan menghadiri perhimpunan pendakwah Muslimin dan Muslimat terbesar didalam negara kita yang kali terakhirnya di adakan di Kuala Terengganu 27 tahun yang lepas, kita masih bersyukur kerana dapat mengikuti perkembangan Ijtimak Malaysia 2009 melalui laporan bloggers yang sempat bersama Jamaah Tabligh sedunia disana.

Saya memperolehi rakaman gambar gambar ini dari blog rakan seperjuangan saya iaitu Saudara Kamaluddin yang menyajikan visual visual berkualiti tinggi ini untuk tatapan kita bersama.

Buat pertama kalinya kita melihat seorang Perdana Menteri Malaysia hadir bersama sama dengan ratusan ribu pendakwah Jamaah Tabligh secara sukarela dan bersolat secara berjamaah dengan mereka.

Saya ucapkan syabas kepada Dato Seri Najib dan juga TPM, Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin serta DYMM Yang Di Pertuan Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Munawir serta lain lain pemimpin negara yang turut hadirkan diri bersama karkun karkun dan Amir Sahab sekelian.

Mudah2an akan ada lagi pertemuan sebegini diantara pemimpin negara dan pemimpin agama yang kita hargai.

Eratkan perpaduan; jauhkan perselisihan, Insya Allah, Daulah Islamiyyah akan terbentuk jua.











Post a Comment