Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 23, 2009

"Sebat lah saya segera!" Kartika Sari Dewi Shukarnor





















Begitulah pinta pesalah kes minum arak Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, seorang wanita Muslim berasal dari Sungai Siput, Perak dan hidup berkahwin dengan warga Singapura selama 15 tahun disana. Bekerjaya sebagai seorang peragawati sambilan.

Kartika yang ditangkap ketika meminum arak dikhalayak ramai disebuah hotel di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur dijatuhkan hukum disebat 6 kali dan didenda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Keputusan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Ikuti contoh pelaksanaan hukum sebatan ini di dalam video dibawah ini :

Saya kagum terhadap kesedaran Kartika terhadap kewajipan umat Islam yang melanggar undang undang Allah dan juga undang undang negeri akur terhadap hukuman dunia ini dan betapa bilamana sahaja hukuman itu dijalankan keatas dirinya, ia tidak lagi akan dikenakan hukuman di akhirat.

Berapa ramaikah diantara kita yang mengaku Muslim hari ini berani menerima hukum hakam Syariah Islam seperti Kartika Sari Dewi ini?

Di zaman orang orang yang kaya, berpangkat serta berkedudukan tinggi menggunakan segala kemewahan dan upaya yang ada pada diri mereka untuk melepaskan diri dari belenggu perundangan baik sivil manusia mahupun syariah Allah, kesanggupan ibu muda ini menerima hukuman perundangan Syariah Allah ini amat dialu alukan!

Seandainya Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan berjaya melaksanakan hukuman sebat ke atas Kartika itu sepertimana kita melihat terlaksananya Hukum Hudud di Wilayah Acheh, Sumatera Utara didalam video di atas, maka saya pasti kesan nya akan dapat kita lihat didalam negara kita ini dimana akan mula gerun lah hati pemuda pemudi dan juga yang sudah tua untuk terus melakukan maksiat sesuka hati mereka sepertimana sedang berleluasa sekian lama ini baik didalam negara kita mahupun serantau Asia?

Mereka yang sebelum ini tega memperjuangkan Daulah Islamiyyah sudah beransur ansur diam dan tidak lagi melaungkan slogan 'Tegakkan Negara Islam berpaksikan Hukum Hudud dan Syariah Allah!' sejak berpakat dengan seteru Islam didalam perjuangan siyasah mahu memerintah negara ini.

Apakah akan kita melihat sejarah terjadi dibumi Kuantan, Pahang Darul Makmur yang akan menjulang panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala menegakkan Syiar Islam ditanah bertuah ini kembali ke zaman keagungan Islam dizaman Kesultanan Melayu Melaka yang melahirkan Hukum Kanun Melaka berteraskan Al Quran dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?

Sama sama lah kita menanti perkembangan seterusnya didalam kes Kartika Sari Dewi ini.

Mudah2an Allah Subhanahu Wa Ta'ala menerima taubatnya.

Amin ya Rabbal Alamin.
Post a Comment