Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 22, 2009

Wanita MCA mahu KDN menghalalkan anak haram?

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bahawa Wanita MCA kini mendesak Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk memberi status 'sah' kepada anak diluar nikah mendiang Teoh Beng Hock!

Apa dah gila ke Wanita MCA sampai menuntut sedemikian rupa terhadap Kementerian Dalam Negeri?

Saya sedang memerhati agenda dan cara satu demi satu pihak didalam negara kita ini yang semakin naik tocang, menuntut itu dan ini ; lupa diri dan semakin melampaui batas kesopanan dan kesusilaan mengikut nafsu serakah masing masing sejak kebelakangan ini.

Apa kejadahnya semua ini?

Apakah pihak berkuasa Malaysia sejak dibawah pemerintahan Abdullah Badawi yang lalu dan kini beralih kuasa kepada Najib Tun Razak sudah tidak tahu mengatakan tidak kepada permintaan yang semakin melampau ini?

Kemanakah perginya suara suara ulamak yang ada didalam negara atau apakah benar mereka sekadar bagaikan ular didalam semak?

Tidak berani bersuara kerana dayus takut kehilangan pangkat dan kedudukan sementara dunia ini?

Saya harap kekhuatiran saya ini akan terbukti salah kerana selepas terbitnya artikel ini akan kedengaran suara sang mufti, menyatakan yang hak dan menyangkal yang batil!!!

Seandainya diam membisu juga selepas saya selaku seorang warga negara Muslim ini bersuara masih juga tidak kedengaran mana mana mufti negeri berkata apa apa mengenai cadangan celupar ini, maka sah lah bahawa bijak pandai ugama didalam negara ini hanya sekadar hiasan dinding sahaja di setiap pejabat agama negeri dan negara!

Bayangkan tahap kejahilan puak wanita MCA ini menuntut supaya seorang anak yang sah sah bertaraf haram diluar perkahwinan mahu dirasmikan secara sah?

Jika Menteri Dalam Negeri akur terhadap permintaan sebiadap ini, maka tengoklah nanti natijahnya macam mana?

Setiap anak haram yang akan lahir didalam negara ini akan menuntut hak yang sama!

Seandainya Hishamudin akur terhadap permintaan ini, maka semakin hancurlah institusi kekeluargaan didalam Malaysia yang kononnya negara Islam ini bilamana semakin ramailah nanti pasangan pasangan bersekedudukan tanpa nikah dan melahirkan anak anak diluar nikah tanpa malu dan segan kerana sudah boleh berbinkan bapa kandung yang tidak kahwin dengan ibu mereka!!!

Tak kiralah agama mana sekalipun didalam dunia ini, saya rasa tak ada nya sebarang agama atau fahaman yang membenarkan pasangan tanpa nikah atau kahwin secara sah berlaku zina sesuka mereka dan kemudian menerima pula anak hasil zina itu sebagai anak yang sah dan boleh diterima masyarakat mereka.

Mungkin masyarakat yang tak ada sebarang agama atau kepercayaan, hidup didalam hutan rimba ikut suka mungkin boleh terima tuntutan Wanita MCA ini?

Namun saya rasa masyarakat Orang Asli sedunia sekalipun ada adat dan resam mereka dan tidak akan membiarkan mana mana pasangan bersekedudukan tanpa berkahwin secara rasmi mengikut kepercayaan mereka!

Beranikah Hishamudin Tun Hussein Onn melawan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan memenuhi permintaan puak ini?

Saya nak tengok apa keputusan KDN? Beranikah menghalalkan yang haram? Sanggup kah menerima azab dan bala bencana dari Allah Azza Wa Jalla nanti?

Nampaknya semakin celupar puak puak seteru Allah kebelakangan ini....

Bagaikan cacing kerawit naik ke mata!

Bagaikan kadok naik junjung!
Post a Comment