Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, August 11, 2009

Durian, Cempedak, Rambutan, Manggis, Langsat di Sg Pangsoon.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam yang telah menganugerahkan negara kita nikmat kesuburan bumi di tanahair tercinta Malaysia ini.

Sempena musim buah yang sedang rancak diraikan oleh para pekebun, pemborong dan pembeli buah2an tempatan seperti durian, cempedak, rambutan, manggis dan langsat serta buah2an lain, maka saya tidak ketinggalan pergi mencari buah cempedak di kawasan desa kesukaan saya iaitu di Mukim Hulu Langat, Selangor.

Walaupun hari minggu, namun jalanraya menuju ke destinasi kami tetap penuh sesak dengan deretan kenderaan penduduk kota yang kepanasan ingin pergi berendam dan mandi manda bersama keluarga tercinta di pelbagai tempat perkelahan yang terdapat di Hulu Langat.

Sesudah sampai ke Hulu Langat, saya terus memandu menuju ke Sg Pangsoon untuk melihat suasana disana.

Saya melihat ada beberapa gerai buah yang telah dibina ditepi jalan menuju ke arah Hutan Rekreasi Gunung Nuang.























































































































Pemuda Orang Asli yang berbaju oren ini sibuk menghantar bakul berisi buah cempedak yang dibawa oleh kawannya ini untuk dijual kepada para peraih buah2an tempatan disitu.
































































Kelihatan beberapa wanita Cina sedang memilih buah yang mereka ingin membeli dari bakul bakul buah mengandungi pelbagai jenis hasil tempatan.




























































Durian hutan! Saya tak pernah jumpa sebelum ini. Kata penjual buah disitu bahawa rasanya lebih kurang sama seperti durian biasa cuma saiznya kecil sedikit dan jarang didapati.































Longgokan buah cempedak. Kalau tak salah saya, harga jualannya cuma RM1.00 sekilo!






























Manggis dan langsat. Manggis sekarang sudah naik taraf! Banyak minuman kesihatan yang dihasilkan dari kulit manggis. Mungkin selepas ini ada pula yang akan mengkaji khasiat buah langsat? Maka berebut rebutlah nanti orang hendak menanam pokok buah langsat pula?




























































Sejak disahkan menghidap penyakit 'sweet urine', maka tak dapatlah hamba hendak merasa lagi 'Raja Buah Malaysia' iaitu Al-Durian.




























Hehehehe..setakat tangkap bau boleh lah! Nak merasa sangat, boleh lah kot merasa seulas dua. lebih dari itu, tanggung sendiri....










Memang lazat, memang sedap, lepas makan, ha baru lah mengidap!!! :P















Ini adalah anak sungai yang mengalir dari Gunung Nuang menuju ke Sg Pangsoon. Airnya masih jernih dan bersih, tidak berapa tercemar.






























Soalnya sampai bila kah punca air ini akan dapat bertahan dari pencemaran yang dilakukan manusia?

Saya berharap keindahan alam sekitar di Sg Pangsoon ini akan terus dipelihara oleh para penduduk sekeliling dan para pengunjung tempatan dan asing yang berkelah disana.

Bersama sama lah kita berusaha menjaga warisan yang teramat berharga dan khazanah negara ini bagi manfaat semua sampai Kiamat.

CINTAILAH SUNGAI KITA!

Pesanan ini ditujukan kepada sekelian warga Malaysia dan mereka yang tinggal berhampiran sungai sungai kita.

Peliharalah kebersihan sungai. Ianya punca sumber air minuman bagi kita dan juga habitat semulajadi pelbagai spesis ikan ikan yang hanya terdapat didalam negara tercinta kita ini.

Mudah2an semua yang membaca artikel ini akan sedar tentang kepentingan sungai untuk kesinambungan hidup kita semua.

Insya Allah.
Post a Comment