Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Friday, August 28, 2009

Hidup didunia ini ~ Akur kepada Allah atau tunduk kepada kehendak manusia yang engkar terhadap Nya?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Maha Suci Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam dan isinya termasuk diri kita ini, manusia manusia yang terdiri dari pelbagai kaum tetapi berasal dari satu pasangan iaitu Ayahanda kita Sayyidina Adam Alaihis Salam dan Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha.

Kedua mereka adalah Muslim dan beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta akur terhadap perintahNya pada peringkat awal kejadian mereka diJannahtul Firdaus.

Namun dek kerana Perancangan Allah yang Maha Sempurna lagi Maha Berkuasa, maka ditakdirkan Ayahanda dan Bonda kita melanggar perintah larangan menghampiri dan memakan buah khuldi melayakkan mereka berdua diperintah turun ke muka bumi ini bersama Azazil, Ketua Jin yang pada asalnya amat ta'at dan terkenal dengan tawadhuk terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bagi kalangan yang mampu berfikir, tentu akan faham bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia sia tanpa ada perlu atau ada peranan yang akan dimainkan didalam percaturan alam ini.

Seandainya Nabi Allah Adam Alaihis Salam dan Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha tidak memakan buah khuldi tersebut, maka tidak akan adanya alasan atau asbab untuk diperintah turun ke muka bumi dunia ini!

Begitu juga sudah tentu Allah Tuhan yang Maha Mengetahui akan segalanya sudah pasti tahu akan apa apa perkara yang termasuk didalam perancanganNya.

Masakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan tahu bahawa Nabi Adam Alaihis Salam dan isterinya akan memakan buah khuldi tersebut dan begitu juga sebelum itu bilamana selesai sahaja penciptaan Adam Alaihis Salam dan diperturunkan ilmu ilmu pengetahuan kepadanya oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri, kesekelian para Malaikat Allah akan akur tunduk terhadapnya di atas perintah Allah melainkan Azazil, Ketua Jin yang berikrar akan hanya tunduk terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja dan tidak kepada yang lain?

Bagi mereka yang mengkaji perkara ini nescaya akan faham bahawa segala sesuatu yang berlaku itu adalah tertakluk terhadap Qada dan Qadar yang ditetapkan Allah?

Namun dewasa ini, semakin ramai manusia yang alpa terhadap tuntutan menimba ilmu dan berfikiran secara kritis, mempertimbangkan akan baik dan buruknya sesuatu perkembangan itu seandainya kita tidak bertindak dengan cara atau reaksi bersesuaian didalam menangani sesuatu perkara yang timbul.

Mungkin ramai manusia kebelakangan ini berfikir bahawa dunia sekarang ini sudah begitu maju sekali sehingga mereka tidak memerlukan sebarangan kekangan atau keperluan untuk tunduk akur terhadap Allah, Tuhan Maha Pencipta.

Sesekali ada manusia manusia yang berpegangan seperti itu mengirim emel kepada saya mempersoalkan keujudan Allah?

Yang mengirim emel ini bukan semata mata orang orang Kafir tetapi ada juga mereka yang beridentiti dengan nama Islam.

Jadi apakah tandanya ini?

Ini bagi pendapat saya bukti akan ketidakberkesanannya proses tarbiyyah manusia Muslim didalam negara kita ini yang sebenarnya sudah lari jauh dari cara Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam mendidik umat manusia dizaman Baginda.

Para cendekiawan dan ilmuan Islam dewasa ini terpisah dari jamaah umat Islam bilamana terlalu banyak rintangan dan protokol diujudkan diantara mereka dan rakyat jelata.

Terlalu banyak pantang larangnya dan pemisahan diantara ulama dan ummah.

Seolah menjadi satu kemestian dizaman ini untuk memulakan sesuatu majlis ilmu itu dengan berjela jela penghormatan dan pengiktirafan terhadap pangkat dan kedudukan seseorang ilmuan Islam itu yang didalam senyap menebalkan rasa kagum dan ujub terhadap pencapaian diri sendiri para ulama itu.

Ini membuahkan sikap acuh tak acuh para ilmuan Islam itu terhadap nasib dan kekeliruan ummah kebanyakan yang merasa diri terabai dan terkatung katung secara sendirian tanpa kefahaman tentang hakikat dan asas asas ajaran Islam itu sendiri walaupun secara zahirnya mereka sedang berada ditengah tengah kelompok manusia yang ramai.

Ini realiti kehidupan kita sekarang ini.

Didalam forum forum, seminar atau persidangan acara acara berunsur agama, para panelis yang terletak asing diatas pentas tidak mempunyai pertalian jiwa dengan para peserta.

Secara tidak langsung ujud pemisahan spiritual diantara yang berilmu dan yang datang ingin menuntut ilmu atau kefahaman tentang perkara yang dirancang untuk disampaikan oleh mereka yang di-isytiharkan sebagai pakar didalam bidang masing masing.

Tidak ada perasaan kasih sayang diantara para ilmuan dan mereka yang datang ingin untuk belajar dari ilmuan dan cendekiawan ini.

Tiada mahabbah. Maka ujud satu kekosongan didalam jiwa kebanyakan manusia yang hidup dicelah celah kerancakan pembangunan materialisma di kotaraya kotaraya metropolitan ini dan begitu juga dikawasan desa.

Budaya menuntut ilmu secara tradisi sekarang ini semakin lama dilupakan. Terpisah jauh diantara mereka yang bijak pandai dengan generasi anak muda yang baru belajar menjadi dewasa.

Kelesuan pihak pemerintah untuk memperkasakan institusi agama dan menegakkan hukum hakam Syariah Allah kini menunjukkan natijahnya bila ramai mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah didalam negara kita yang baru berakar sejak beberapa puluh tahun yang sudah.

Yang dikesalkan adalah terdengarnya suara suara sumbang mempertikaikan hukum hakam tersebut dari kalangan mereka yang berkedudukan sebagai menteri, ilmuan dan juga dikalangan mereka yang kononnya bijaksana didalam bidang agama itu sendiri?


Apakah menteri wanita yang mengaku Muslim diatas ini arif tentang hukum hakam Syariah Allah yang sebenar atau berkata kata mengikut dorongan pendapatnya sendiri berasaskan kecenderungannya untuk menuruti kehendak kaum munafik, musyrik dan kaffir semasa?

Biar saya paparkan satu di antara beberapa hadis sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam yang memutuskan perintah sebat terhadap peminum khamar:


Sila ikuti pendedahan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman tentang hadis hadis berkenaan jumlah sebatan didalam hukuman terhadap pesalah jenayah syariah meminum khamar disini.

Islam tidak membezakan diantara pesalah lelaki atau perempuan didalam menangani jenayah Syariah.

Kebanyakan dari mereka yang memperbicarakan dan berpendapat didalam kes terhangat dewasa ini iaitu tentang hukuman 6 kali sebatan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor ini keliru tentang cara dan bezanya hukuman sebat di penjara untuk kesalahan jenayah yang diperintah Mahkamah Sivil yang bersifat membalas dengan kesiksaan keatas penjenayah berat seperti perogol, perompak dan pembunuh dengan hukuman sebat untuk jenayah yang dibawah kuasa Mahkamah Syariah yang lebih ringan dan menjurus kepada mendidik sipesalah dengan tidak meninggalkan kecederaan serius pada diri penerima hukuman sebat ini.

Sila tontoni video dibawah ini yang menunjukkan cara menyebat pesalah jenayah berat kes rogol didalam penjara kita yang dibawah perintah Mahkamah Sivil:



Ini pula cara pelaksanaan hukuman sebat menurut perintah Mahkamah Syariah untuk jenayah berkhalwat di Wilayah Autonomi Islam Acheh, Sumatera, Indonesia:


Perhatikan bahawa dibawah Syariah Islam, hukumannya lebih menjurus kepada mendidik sipesalah dan dilaksanakan dikhalayak ramai sebagai satu contoh tauladan supaya jangan menghampiri zina dan lain lain kesalahan menurut ajaran Islam.

Ianya tidak lah 'zalim' seperti pendapat menteri wanita kita di atas yang ternyata kurang faham tentang perbezaan di antara pelaksanaan hukuman menurut perintah Mahkamah Sivil dan perintah Mahkamah Syariah.

Ikut ikut peruntukan hukuman sebat keatas pesalah peminum khamar adalah 40 kali sebatan seperti yang saya buktikan menurut petikan hadis sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam di atas!

Berani sungguh menteri terbabit memperkatakan 'zalim' terhadap perintah hukuman dari Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang cuma menjatuhkan 6 kali sebatan dan denda RM5000 ke atas Kartika?

Bukankah sudah jelas bahawa menteri ni telah bersalah menghina Mahkamah Syariah kita?

Ini lah yang ditegaskan oleh Tuan Haji Muhammad Burok, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia semalam didalam sidang media berkenaan kes ini di Dewan Utama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimana saya turut hadir mewakili Muslim Bloggers Alliance selaku NGO Muslim yang bersama Peguam Pembela Islam dan ACCIN.

Apakah para menteri atau Majlis Peguam tidak tertakluk kepada peruntukan undang undang dan boleh berkata sesuka hati mereka tanpa tindakan dari mahkamah diatas kesalahan jenayah menghina mahkamah seperti ini?

Persoalannya adalah 'Apakah kita ini yang mengaku Muslim dan beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan berhadapan dengan puak puak kaffir, musyrik dan munafik yang menentang keputusan pelaksanaan Hukuman Mahkamah Tinggi Syariah didalam kubur kita masing masing atau dengan Malaikat Munkar dan Nakir bilamana terpisahnya ruh dari jasad kita nanti'?

'Qullu nafsin iza iqatul maut!' Setiap yang bernyawa pasti akan mati!

Cuba renungkan kedudukan perkara ini!

Hidupnya kita sekarang ini.

Apakah ada sebarang kepastian bahawa kita tidak akan mati pada waktu akan datang tanpa sebarang kuasa pada diri kita untuk melengahkan saat kematian itu walau sedetik cuma?


Cuba fikir sekejap wahai insan budiman.

Kepastian bahawa setiap yang hidup ini tetap kan mati bila sampai saat ajal kesudahan kita dimuka bumi ini adalah satu realiti yang mahu tak mahu terpaksa kita terima sepenuhnya tanpa mengira samada kita ini rakyat biasa atau orang bergelar yang begitu kaya raya sehingga melimpah ruah harta dan kemewahan dunia sehingga tak habis dimakan pakai beratus keturunan?

Samada yang bijak atau tongong, alim atau zalim, cerdik atau bengong, Muslim atau Kaffir, kesemua kita pasti kan mati satu hari nanti.

Mungkin sekejap lagi?

Sebagai Muslim dan Mukmin, apakah kita harus tunduk akur terhadap desakan kaum munafik, musyrik dan kaffirin atau kita berusaha menegakkan panji panji Allah dimuka bumi tanahair kita ini wahai saudara dan saudari seiman dengan saya?

Perlu peduli apa kita terhadap ocehan mereka yang tidak akur dengan Kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Siapakah yang menciptakan kita?

Siapakah yang memberikan kita peluag untuk ujud didunia ini?

Kepada siapakah akan kita kembali mungkin sebentar sahaja lagi?

Apakah kita berupaya menghalang saat Malaikatul Maut datang mencabut nyawa kita?





















Keadaan kaum munafik, musyrik dan kaffirin didalam negara kini sudah semakin berani sehingga telah sanggup mempertikaikan urusan urusan dan perkara perkara yang melibatkan hal ehwal dalaman umat Islam Malaysia!

Keadaan ini berpunca dari kelemahan pihak pemerintah mencantas mana mana usaha memperlekehkan kedudukan Ad Deenullah didalam kehidupan seharian kita didalam negara ini menurut Syariah Allah.

Kealpaan `Ulul Amri dan Ulama untuk memerintah dan mentadbir negara menuruti Syariah Allah membuahkan hasilnya melahirkan masyarakat yang keliru dan jahil tentang apa yang halal dan haram menurut ajaran ajaran Islam.

Pengkhianatan para pemerintah terhadap umat Islam bermula bila mereka memerintah menurut acuan penjajah kaffir dan membeda bedakan diantara ummah bila berlawanan dengan perjuangan politik mereka.

Pemerintah lupa bahawa bila kita membiarkan jamaah terpisah menjadi sebegitu banyaknya puak itu dan ini, natijahnya adalah kita menjadi lemah dan mudah diperdaya oleh musuh musuh Allah dan hamba hambaNya.

Doktrin para seteru Allah dibiarkan berkembang pesat melalui media massa dan gerakan itu dan ini sehingga hari ini semakin ramai yang berlaku biadap, berani mempersoalkan kedudukan Islam didalam negara kita sendiri?

Puncanya siapa?

Bukankah mereka yang bergelar sebagai kerajaan pusat?

Dek kerana kekurangan pegangan terhadap Al Quran dan Sunnah, maruah dan martabat para pemerintah didalam negara kini diambang kehancuran.

Salah siapa?

Mereka yang bersemayam di istana dan puncak persada sudah tentu tahu siapa yang empunya angkara!

Yang pasti adalah kita yang berupaya bersuara selagi nyawa dikandung badan usah turut alpa bersama mereka.

Selagi hidup pasti akan hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini bersuara mengajak kepada yang maaruf dan menentang yang mungkar.

Insya Allah.

Bagaimana pula dengan anda?

Mudah2an anda turut sefikrah dengan hamba dan akan bersatu teguh bersama hamba hamba Allah yang lain dibumi tanahair ini mempertahankan kedudukan Ad Deenullah yang kini di asak dari pelbagai sudut oleh musuh musuh Islam dan dibiarkan begitu oleh mereka yang telah mengkhianati kita.

Seperkara lagi buat renungan kita bersama.

Berhati hatilah dengan media massa.

Sila tontoni video senyap ini yang mendedahkan tentang cara media perdana global seperti BBC memutarbelitkan cerita yang berkaitan hukum Syariah di Arab Saudi:



Perhatikan bagaimana pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh pembuat video ini memaparkan salahlaku media gergasi seperti BBC yang mengadu domba, membina satu persepsi negatif terhadap sesebuah negara Islam hanya kerana mereka menegakkan Syariah Allah didalam negara mereka sendiri?

Siapakah yang memberi hak kepada puak puak media Kaffir ini mencampuri urusan dalaman dan keagamaan negara merdeka lain?

Bilamana membaca sesuatu laporan media, baik yang perdana atau yang bebas, pertimbangkan dahulu akan motif laporan tersebut.

Berwaspadalah kita terhadap agenda agenda yang tersurat dan tersirat disebalik setiap berita atau laporan yang diterbitkan mereka untuk paparan dan bacaan massa.

Ingatlah akan amaran Allah Subhanahu Wa Ta'ala tentang spesis begini baik didalam negara kita kini dan diluar sana:







6. Ya ayyuha allatheena amanoo in jaakum fasiqun binaba-in fatabayyanoo an tuseeboo qawman bijahalatin fatusbihoo AAala ma faAAaltum nadimeena

6. O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di-ingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Al Quran Al Karim .(Surah al-Hujurat: ayat ke 6)

Mudah2an tuan puan pembaca budiman mendapat manfaat dari peringatan disini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment