Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 16, 2009

Kembara Jalanan ke Penor, Pekan, Pahang































Salah satu kegemaran saya bila berada di Pantai Timur ini adalah mengembara ke kawasan luar bandar disini dan 'kembara jalanan' menyusuri pantai serta melalui kampong kampong dikawasan dari arah Tanjong Lumpur dan menuju ke Pekan.

Bermula dari kawasan Pantai Sepat, suasana sekeliling akan berubah didalam tempoh beberapa minit perjalanan dan kita akan melihat pemandangan yang nyaman dan menenangkan. Jalan kampong yang lurus dan tidak begitu tercemar melainkan ada 'bom bom' najis lembu yang dilepaskan sesuka hati oleh haiwan yang saya gelar ' Raja dan Ratu Jalanan'. Hehehehe...

Apa tidaknya? Selamba je melintas sesuka hati dan jalan pula bagaikan 'ratu peragaan' sambil melibaskan ekor ke kiri dan kanan dan sekiranya dah sampai waktu 'qada hajatnya' melepaskan bom bom najis mereka di tengah jalan.

Mahu tak mahu, terpaksa lah kita memperlahankan pemanduan dan melaksanakan 'skill driving' mengelak jerangkap samar yang dilepaskan haiwan haiwan ini. :P






























Ditambah pula dengan gelagat kambing kambing kampong ini yang suka benar berkejar kejaran serta berlaga laga tanduk ikut suka.

Kita ni pula yang naik cemas sebab kambing ni ada kebolehan membuat ' U Turn' pada bila bila masa dan melintas balik didalam sekelip mata.

Silap haribulan ada yang kena langgar penyek maka bersedialah si pemandu kenderaan untuk mengganti rugi kepada pemiliknya yang memang akan menyalahkan kita walaupun ia bersalah tidak mengandangkan haiwan peliharaannya yang dibiarkan berleluasa begini.

Mahu tak mahu, kita ni lah yang terpaksa memperlahankan kenderaan membiarkan putera dan puteri kambing ini bergurau senda mengikut suka di jalan kampong 'mereka'. Hehehehe...






























Sebaik sahaja selamat melepasi kawasan 'bahaya' haiwan berkeliaran itu, maka akan kelihatan dikiri dan kanan jalan, satu pemandangan alam yang agak istimewa.






























Bagaikan lukisan 'surreal', pemandangan diatas memang memukau peminat dan penggemar alam semulajadi seperti diri saya ini.






























Walau ianya cuma rerumput liar dan tunggul pokok yang sudah mati, keindahan semulajadi ini mendorong saya memberhentikan kereta dan mengambil gambar gambar ini untuk tatapan semua.

Maha Suci Allah, Tuhan yang menciptakan semua ini untuk dihayati kita. Alhamdulillah.
Post a Comment