Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 20, 2009

Kosmo menjaja aurat artis wanita ~ Tak serik serik lagi ke?

Bilamana saya membaca akhbar Kosmo hari ini, sakit terasa dihati melihat cara akhbar yang dibawah Kumpulan Utusan ini begitu tidak mengambil peduli akan keperluan menjaga maruah dan aurat seorang wanita Muslim yang dipaparkan didalam ruang hiburan hari ini!

Kasihan saya melihat artis wanita itu dipaparkan didalam akhbar edaran perdana seperti Kosmo ini dengan tidak mengambil berat akan natijah auratnya didedahkan seperti itu sekali!!!

Ingin saya bertanya.

Kosmo ini dimiliki siapa? Orang Islam atau Kaffir?

Apakah Ketua Pengarang suratkhabar Kosmo ini tidak prihatin langsung akan kewajipan sesama Islam menjaga maruah dan kehormatan wanita yang mereka tonjolkan sebegitu rupa?

Mana hilangnya sifat kasihan penerbit akhbar Kosmo terhadap diri seorang wanita Muslim yang didedahkan aurat tubuhnya untuk tatapan seluruh negara begitu?

Apakah wartawan, jurukamera serta pengarang mahupun penerbit akhbar Kosmo ini sanggup untuk memaparkan keadaan isteri ataupun anak dara mereka sendiri berposing posing begitu?

Akal letak dimana Syeikh?

Tak cukup ke bala bencana yang menimpa negara kita sekian lama ini?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan membiarkan mana mana pihak pengambil kesempatan ke atas kenaifan seorang wanita bergambar sedemikian rupa hanya untuk mencari keuntungan diatas jualan suratkhabar menjaja kehormatan seseorang itu tanpa pembalasan!!!

Sharifah Sofia mungkin tidak sedar akan hukum hakam larangan dan batasan agama didalam keadaan dirinya sebagai seorang pelakon drama dan filem tetapi mana perginya akal dan pertimbangan kalian yang menerbitkan akhbar Kosmo itu sebegini?

Nak cerita tentang diri Sharifah Sofia hendak berkahwin?

Silakan! Tetapi apakejadahnya memaparkan gambar wanita Muslim itu sebegitu?

Bawa bawa berhenti lah menjaja maruah anak orang!!!

Ingatlah! Sanggup ke jika anak bini kamu pula didedahkan bentuk susuk tubuhnya seperti itu dan kemudian menjaja cerita dia hendak berkahwin dan sebagainya?

Kemana perginya adat resam dan kebudayaan Melayu kamu?

Apa sudah hilang ditelan zaman atau memang dah mangli, tak kenal mana satu maruah manusia seagama yang kamu jaja hanya untuk menambah jualan suratkhabar kamu?

Astaghfirullah hal azhim!

Saya berharap sangat sangat supaya hentikan lah mengeksploitasi maruah dan kehormatan mereka yang terlibat didalam bidang dan dunia hiburan ini.

Nak berhibur? Silakan.

Cuma jagalah pantang larang agama kita. Jika tidak tak ada bezanya kita dengan Kaffir Laknatullah!

Sama sama terdedah! Ingat ni Amerika atau UK ke? Nak jadikan akhbar kita seperti suratkhabar di negara barat?

Ish!!!! Kadang kadang naik semak otak kita dibuat nya memikirkan kecelaruan manusia di tanahair ini!!!

Nak kata bodoh? Masing masing mengaku belajar sampai universiti dan sebagainya...

Nak kata pandai, dok buat kerja ba alif ngang!!! Hish!!!!!..........
Post a Comment